Pengikut

Hadith Hari Ini

SESI PENGAJIAN KITAB TANBIIH AL-GHAAFILIIN

MUQADDIMAH
BAHAGIAN 1

TEKS KITAB:

بسم الله الرحمن الرحيم
(Aku mulai mukhtasor ini) Dengan nama Allah Taala yang Amat Pemurah didalam negeri dunia ini lagi yang Amat Mengasihani akan hambanya yang mukmin didalam negeri akhirat. (Muka Surat 2)


Huraian:

Di awal penulisan kitab ini, penulis kitab ini menceritakan bahawa beliau memulakan penulisan kitab ini dengan lafaz basmalah sebagaimana yang disebutkan di atas. Mukhtasor yang dimaksudkan oleh pengarang kitab ini ialah ringkasan iaitu beliau mengandaikan kitab ini adalah suatu ringkasan walaupun kita dapat melihat isu kandungannya begitu padat dengan ilmu dan hikmah. Inilah dia sikap ulamak-ulamak terdahulu yang sentiasa menganggap diri mereka tidak berilmu sedangkan mereka sangat berilmu. Menjadi amalan para ulamak apabila memulakan penulisan mereka, mereka akan mendahuluinya dengan basmalah dengan harapan apa yang mereka nukilkan itu mendapat keberkatan dan keredhoan Allah SWT. Sepatutnya,, sebagai umat Islam, segala tindakan yang dilakukan mestilah dimulakan dengan basmalah. Sama ada makan, minum, memulakan perjalanan, tidur dan sebagainya. Artinya segala apa yang hendak dilakukan yang bertujuan baik hendaklah dimulakan dengan basmalah. Kita mengharapkan agar segala tindakan kita akan mendapat rahmat Allah SWT.

Dalam lafaz basmalah terkandung lafaz Allah, al-Rahman, dan al-Rahiim. Lafaz Allah sememangnya sangat masyhur dikalangan umat Islam. Adalah sangat baik jika sentiasa berzikir dengan menyebut YA ALLAH sebanyak yang mungkin mengikut kemampuan. Kelebihannya hanya Allah yang mengetahui.Begitulah juga dengan lafaz al-Rahman dan al-Rahiim. Amatlah beruntung vagi manusia yang dapat mengisi masa mereka dengan berzikir umpamanya YA RAHMAN YA RAHIIM. Sesungguhnya tidak rugi manusia mengingati Allah SWT dengan menyebut namanya yang indah itu bahkan kehidupan manusia juga akan mendapat kberkatan. Lafaz al-Rahman bermaksud yang Amat Pemurah. Allah SWT sangat pemurah kepada hambanya. Allah SWT sentiasa mengurniakan berbagai-bagai nikmat kepada manusia di atas muka dunia ini sama ada beriman ataupun tidak. Manakala al-Rahiim bermaksud yang Amat Mengasihi hambanya yang mukmin. Inilah bezanya manusia yang beriman dan tidak beriman. Bagi manusia yang beriman akan dikasihi oleh Allah dan begitulah sebaliknya. Oleh itu umat Islam amat beruntung kerana Allah SWT sentiasa mengasihi umat Islam.

Bersambung.......

0 ulasan:

Catat Ulasan