Pengikut

Hadith Hari Ini

SESI PENGAJIAN KITAB TANBIIH AL-GHAAFILIIN

MUQADDIMAH
BAHAGIAN 1

TEKS KITAB:

بسم الله الرحمن الرحيم
(Aku mulai mukhtasor ini) Dengan nama Allah Taala yang Amat Pemurah didalam negeri dunia ini lagi yang Amat Mengasihani akan hambanya yang mukmin didalam negeri akhirat. (Muka Surat 2)


Huraian:

Di awal penulisan kitab ini, penulis kitab ini menceritakan bahawa beliau memulakan penulisan kitab ini dengan lafaz basmalah sebagaimana yang disebutkan di atas. Mukhtasor yang dimaksudkan oleh pengarang kitab ini ialah ringkasan iaitu beliau mengandaikan kitab ini adalah suatu ringkasan walaupun kita dapat melihat isu kandungannya begitu padat dengan ilmu dan hikmah. Inilah dia sikap ulamak-ulamak terdahulu yang sentiasa menganggap diri mereka tidak berilmu sedangkan mereka sangat berilmu. Menjadi amalan para ulamak apabila memulakan penulisan mereka, mereka akan mendahuluinya dengan basmalah dengan harapan apa yang mereka nukilkan itu mendapat keberkatan dan keredhoan Allah SWT. Sepatutnya,, sebagai umat Islam, segala tindakan yang dilakukan mestilah dimulakan dengan basmalah. Sama ada makan, minum, memulakan perjalanan, tidur dan sebagainya. Artinya segala apa yang hendak dilakukan yang bertujuan baik hendaklah dimulakan dengan basmalah. Kita mengharapkan agar segala tindakan kita akan mendapat rahmat Allah SWT.

Dalam lafaz basmalah terkandung lafaz Allah, al-Rahman, dan al-Rahiim. Lafaz Allah sememangnya sangat masyhur dikalangan umat Islam. Adalah sangat baik jika sentiasa berzikir dengan menyebut YA ALLAH sebanyak yang mungkin mengikut kemampuan. Kelebihannya hanya Allah yang mengetahui.Begitulah juga dengan lafaz al-Rahman dan al-Rahiim. Amatlah beruntung vagi manusia yang dapat mengisi masa mereka dengan berzikir umpamanya YA RAHMAN YA RAHIIM. Sesungguhnya tidak rugi manusia mengingati Allah SWT dengan menyebut namanya yang indah itu bahkan kehidupan manusia juga akan mendapat kberkatan. Lafaz al-Rahman bermaksud yang Amat Pemurah. Allah SWT sangat pemurah kepada hambanya. Allah SWT sentiasa mengurniakan berbagai-bagai nikmat kepada manusia di atas muka dunia ini sama ada beriman ataupun tidak. Manakala al-Rahiim bermaksud yang Amat Mengasihi hambanya yang mukmin. Inilah bezanya manusia yang beriman dan tidak beriman. Bagi manusia yang beriman akan dikasihi oleh Allah dan begitulah sebaliknya. Oleh itu umat Islam amat beruntung kerana Allah SWT sentiasa mengasihi umat Islam.

Bersambung.......
Baca selanjutnya...

Ada Kenduri Arwah La Pulak!

Sebelum solat Isyak kat masjid tadi, Pak Imam tegur saya dan ajak saya ke Majlis kenduri arwah. Sepintas saya menjawab "tak tau kat mana rumah yang buat kenduri arwah tu"."takpa, lepas solat ikut saya ja ke rumah kenduri tu ya sheikh" kata Pak Imam. Jadi tak dapat la nak mengelak dari tak pergi ke majlis kenduri arwah tersebut. Baca selanjutnya...

Tahun Baru Hijrah 1431/Masihi 2010: Sedarkah?

Tahun baru masihi akan menjengah tidak lama lagi.Manakala tahun baru hijrah telah pun beralu lebih dua minggu. Ini bermakna usia dunia ini makin tua. Usia manusia pun makin meningkat. Tapi sejauhmana manusia menyedarinya saya pun tak tahu. Kadang-kadang manusia selalunya leka dan lalai. Namun apa pun, peluang untuk manusia bertaubat di atas segala kemaksiatan masih terbuka luas. Manfaatlah masa dan umur yang masih dipinjamkan Allah ke jalan yang diredhoinya.INSYAALLAH selamat dunia akhirat. Baca selanjutnya...

Pusat kewangan Islam - Malaysia perlu strategi baharu

SUMBER: http://www.yadim.com.my/berita/

KUALA LUMPUR – Negara ini memerlukan inisiatif dan strategi baharu sekiranya mahu terus kekal sebagai pilihan pelabur bagi perniagaan perbankan Islam.

Pengerusi Panel Penasihat Antarabangsa Pusat Russia bagi Ekonomi dan Kewangan Islam (RCIEF), Profesor Datuk Dr Sudin Haron menjelaskan, meskipun negara ini masih unggul sebagai pusat kewangan Islam utama, namun, negara-negara lain di Asia sudah mampu melakukan perkara yang sama dan giat mempromosi dan menarik pelabur.


"Hong Kong contohnya, percaya ekonomi pesat China akan menarik pelabur dan pengurus dana untuk menyimpan wang mereka di sana, justeru ia merupakan pilihan dan tempat yang lebih baik bagi mereka,” katanya.

Tambahnya, mana-mana dasar dan insentif baharu yang diperkenalkan kerajaan boleh ditiru oleh negara-negara lain.

“Dalam perkara ini, strategi yang digunakan mereka ialah memperkenalkan insentif lebih menarik berbanding yang diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu. Jadi, selain menyediakan insentif kepada peserta sistem kewangan Islam, kita juga perlu akur dengan keperluan mereka yang menggunakan produk dan perkhidmatan sistem kewangan Islam,” ujar beliau.

Oleh itu katanya, sistem risikan pasaran yang baik perlu digunakan kerana ini akan menyediakan gambaran sebenar tentang pasaran dan kehendaknya.


Baca selanjutnya...

Sudut pidato diwujudkan semula

Sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) dibenarkan mewujudkan semula sudut pidato khas bagi meningkatkan kemahiran pengucapan awam di kalangan mahasiswa.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, langkah itu bagi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan berhujah serta meningkatkan bakat pengucapan awam.

Katanya, kemahiran berucap perlu dikuasai oleh mahasiswa dan tidak terhad kepada kumpulan pelajar tertentu sahaja seperti pemidato universiti.


“Kebenaran itu akan menghidupkan budaya keilmuan dan intelektual di universiti selain melahirkan mahasiswa cemerlang bukan sahaja dari segi akademik semata-mata.

“Bagaimanapun, sudut pidato berkenaan perlu dilakukan secara beretika, berhemah dengan persetujuan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti masing-masing, kita yakin ia tidak akan menimbulkan implikasi negatif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pertandingan Pidato Kemerdekaan antara IPT 2009 di sini hari ini.

Turut hadir, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid dan Pengerusi Yayasan Tunku Abdul Rahman, Dr. Tengku Abdul Aziz Tengku Zainal.

Program yang dianjurkan oleh Yayasan Tuanku Abdul Rahman, Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM) dan UIAM turut menyediakan wang tunai bernilai RM5,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.

Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Amirrudin Abdul Rahman dinobatkan pemenang kategori pidato bahasa Melayu dan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ain Anissa Mohamed bagi kategori bahasa Inggeris.

Sudut pidato yang diharamkan berikutan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1975 sejak 34 tahun lalu dibenarkan semula di semua IPT dan IPTS selepas pindaan mengenainya diwartakan pada Februari tahun lalu.

Menurut Saifuddin, pindaan AUKU 1975 itu memberi lebih kebebasan bersuara kepada mahasiswa.

Jelasnya, mahasiswa dapat menggunakan platform tersebut untuk berhujah dan berbincang mengenai isu semasa secara lebih meluas termasuk melibatkan isu-isu politik tanah air.

“Kita berharap ia dapat meningkatkan kualiti lapan teras kokurikulum di universiti.

“Teras kokurikulum di universiti ada lapan, satu daripadanya adalah pengucapan awam. Malangnya status pengucapan awam pada hari ini berada di tangga paling bawah dari segi jumlah program yang dianjurkan oleh universiti dan penyertaan penuntut,” katanya.

Baca selanjutnya...

Prinsip meritokrasi untuk masuk ke IPTA kekal

Sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 30 Dis. — Prinsip meritokrasi yang mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum dikekalkan untuk pengambilan kemasukan institut pengajian tinggi awam (IPTA).

"Markah kokurikulum 10 peratus diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia memandangkan penganjuran, pemantauan, penilaian dan penglibatan pelajar adalah di bawah kawalan kementerian berkaitan,” kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Radin Umar Radin Sohadi dalam satu kenyataan di sini hari ini. Baca selanjutnya...

Salam Perjuangan

Assalamualaikum. Alhamdulillah saya diberi kesempatan oleh Allah untuk mempunyai blog sendiri dan insyaAllah dapat bekongsi pandangan serta maklumat. Baca selanjutnya...