Pengikut

Hadith Hari Ini

Bahru al-Maazi (Bahagian Satu)

Bab Pada Menyatakan Hadith Bicara Niat

(Ketahuilah) Kiranya ya saudaraku, memberi taufiq kiranya Allah Taala akan daku dan akan kamu kepada taatnya dan memohon aku kepadanya mengarang kitab ini semata-mata wajahnya yang karim sebagaimana sabda Nabi SAW ((انما الأعمال بالنيات الحديث)) hanya sanya amal-amal itu dengan niat. Maka dengan hadith ini dapat kita beberapa faedah daripadanya manakala diterangkan segala maksudnya. Dan pula hadith ini ialah masyhur dikeluarkan oleh ulamak hadith dengan riwayat daripada Saidina Umar r.a. Maka dengan kerana itu sukalah aku menerangkan sedikit tarikh hayatnya lebih dahulu. Kataku:……………….


Penjelasan:
Di awalnya, pengarang kitab ini (Sheikh Idris al-Marbawi) menekankan kepada pembaca bahawa hanya Allah SWT jua yang mengurniakan taufiq serta hidayahnya sama ada akan dirinya (Sheikh Idris al-Marbawi) dan kepada pembaca kitab agung ini. Pengarang memohon kepada Allah SWT agar mengikhlaskan dirinya di dalam mengarang kitab ini semata-mata kerana Allah berdasarkan kepada hadith Saidina Umar itu yang mana akan dibincangkan secara terperinci di masa akan datang. InsyaAllah. Hadith tersebut yang membawa maksud: “hanya sanya amal-amal itu dengan niat”. Maknanya, setiap amalan itu mestilah disertakan dengan niat. Apa saja amalan yang kita lakukan di atas muka dunia ni mestilah berniat agar ianya mendatangkan natijah yang baik. Daripada hadith ini, dapat dicungkil beberapa faedah dan manfaat untuk manusia itu sendiri disamping penerangan maksud serta kepentingannya secara menyeluruh. Muhaddithin kebanyakkannya mengatakan hadith ini diriwayatkan oleh Saidina Umar r.a.
Bersambung………….(Kisah hidup Saidina Umar r.a secara ringkas)


0 ulasan:

Catat Ulasan