Pengikut

Hadith Hari Ini

Isu kalimah Allah ke Mahkamah Rayuan

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, beliau akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membawa isu kalimah Allah ke Mahkamah Rayuan.


Katanya, usaha itu bagi memastikan kesucian agama Islam di negara ini tetap terpelihara dan mendapatkan pembelaan yang sewajarnya.
"Saya ingin menasihati semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan umat Islam di negara ini agar bertenang dan menghormati keputusan mahkamah serta memberi peluang agar perkara ini dapat diselesaikan melalui proses perundangan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Jamil berkata, beliau akan berjumpa dengan semua NGO berkaitan dalam masa terdekat untuk membincangkan perkara tersebut.
Tambah beliau, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus untuk agama dan umat Islam.
Oleh itu, tegasnya, perkara tersebut tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain dan wajib bagi setiap umat Islam untuk menjaganya dengan cara yang terbaik

Sumber: Kosmo

0 ulasan:

Catat Ulasan