Pengikut

Hadith Hari Ini

Kenali APIUM Nilam Puri-Bahagian 1

SUMBER: http://apiumnp.um.edu.my/

Sejarah APIUMNP
Kursus Pra Akademi Islam Universiti Malaya bermula sejak 1981 hasil daripada pengambil alihan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan oleh pengurusan Universiti Malaya.


Kursus Pra Akademi Islam ini adalah sebagai sumber utama kemasukan ke fakulti Syariah, Usuluddin, dan Pendidikan Islam.

Bermula sesi 1999/2000, struktur Pra Akademi Islam ini ditukar kepada Program Integrasi di mana pelajar ditawarkan kepada program Ijazah pertama dalam bidang Syariah, Usuluddin dan Pendidikan Islam dengan tempoh pengajian minima sembilan semester. Mulai sesi 2001/2002, Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan satu program baru iaitu Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains.

Kemudian bermula sesi 2003/2004, Program Intergrasi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sekali lagi atas arahan pihak Kementerian Pendidikan telah diubah kepada Program Asasi Syariah, Asasi Usuluddin, Asasi Pendidikan Islam dan Asasi Pengajian Islam dan Sains.

Program Asasi Pengajian Islam merupakan program persediaan bagi pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah, Usuluddin, Pendidikan Islam, dan Pengajian Islam dan Sains di kampus utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Tempoh pengajian di peringkat asasi adalah selama empat semester di mana pelajar akan mengambil purata 15 jam kredit pada setiap semester.

0 ulasan:

Catat Ulasan