Pengikut

Hadith Hari Ini

Pusat kewangan Islam - Malaysia perlu strategi baharu

SUMBER: http://www.yadim.com.my/berita/

KUALA LUMPUR – Negara ini memerlukan inisiatif dan strategi baharu sekiranya mahu terus kekal sebagai pilihan pelabur bagi perniagaan perbankan Islam.

Pengerusi Panel Penasihat Antarabangsa Pusat Russia bagi Ekonomi dan Kewangan Islam (RCIEF), Profesor Datuk Dr Sudin Haron menjelaskan, meskipun negara ini masih unggul sebagai pusat kewangan Islam utama, namun, negara-negara lain di Asia sudah mampu melakukan perkara yang sama dan giat mempromosi dan menarik pelabur.


"Hong Kong contohnya, percaya ekonomi pesat China akan menarik pelabur dan pengurus dana untuk menyimpan wang mereka di sana, justeru ia merupakan pilihan dan tempat yang lebih baik bagi mereka,” katanya.

Tambahnya, mana-mana dasar dan insentif baharu yang diperkenalkan kerajaan boleh ditiru oleh negara-negara lain.

“Dalam perkara ini, strategi yang digunakan mereka ialah memperkenalkan insentif lebih menarik berbanding yang diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu. Jadi, selain menyediakan insentif kepada peserta sistem kewangan Islam, kita juga perlu akur dengan keperluan mereka yang menggunakan produk dan perkhidmatan sistem kewangan Islam,” ujar beliau.

Oleh itu katanya, sistem risikan pasaran yang baik perlu digunakan kerana ini akan menyediakan gambaran sebenar tentang pasaran dan kehendaknya.


0 ulasan:

Catat Ulasan