Pengertian
Bahasa:
Bersih dan hening jernih
Syarak:
Membersihkan diri daripada sifat-sifat kekejian, kekurangan serta membersihkan ibadah semata-mata kepada Allah.
(Teks asal kitab Zaadu al-Mutaa’llim)
Huraian Penulis
Ilmu tasawuf adalah ilmu yang sangat penting di dalam kehidupan manusia disamping ilmu-ilmu yang lain seperti akidah dan fekah. Ketiga-tiga ilmu ini adalah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain serta dapat melahirkan manusia yang benar-benar berkualiti sama ada dari sudut keimannya, peribadatannya dan tingkahlakunya. Dalam bahasa modennya, saya masih belum menemui istilah yang menepati dengan tasawuf ini. Ada orang sebut sebagai akhlak. Ada orang sebut sebagai syakhsiyyah, ada orang sebut sebagai tingkahlaku. Namun bagi saya, apa yang diistilahkan itu boleh la diterima pakai sehingga datangnya istilah yang sesuai untuk itu. Kalau nak kata tepat sangat pun, tidak juga. Bolehla guna istilah itu dulu. Bagi saya, saya lebih senang menyebut secara terus dengan istilah tasawuf kerana ianya lebih menepati akan keperluan ilmu ini ada pada manusia. Takpa la. Tak usah la kita berselisih tentang itu.
Kalaulah nak saya bawakan contoh tentang betapa pentingnya ilmu tasawuf ini bergandingan dengan ilmu akidah dan fekah, boleh saja saya bawakannya. Contoh yang mudah yang boleh saya berikan ialah sepohon pokok. Anggaplah pokok itu sebagai manusia. Diumpamakan tunjang pokok itu adalah akidah, dahannya adalah fekah manakala daun-daunnya diumpamakan sebagai tasawauf. Baik,cuba bayangkan kalau sebatang pokok yang tidak ada tunjang. Sudah tentu pokok itu akan mati. Begitu juga kalau manusia. Hati dan iman manusia juga akan mati tanpa akidah. Umpama bangkai bernyawa. Begitu juga kalau sepohon pokok yang tidak berdahan. Apa erti pada pokok itu? Manusia juga tidak punya erti kehidupan bila mana tidak betul-betul memahami ilmu fekah ini. Macam mana nak puasa, nak buat haji, nak solat, nikah kahwin dan sebagainya. Seterusnya umpamaan bagi tasawuf, iaitu diumpamakan sepohon pokok yang tiada daunnya. Kan tak cantik kita tengok pokok tu. Tunjang ada, dahan pun ada, tapi ranting tiada. Macam mana ni? Macammana nak nikmati kelazatan buahnya? Sudah tentu tidak. Macam tu la juga manusia. Tak dak manfaat hidupnya kalau tidak ada tasawuf dalam dirinya.
Kesimpulan tentang perkaitan ini agar kita semua lebih faham saya coretkan begini. Sempurnakah seseorang manusia jika mempunyai kekuatan iman, baik amalan ibadatnya, tapi perangai atau akhlak atau sikap atau syakhsiyyah macam syaitan. Sudah tentu keburukan itu akhirnya akan menjejaskan iman dan amalannya. Begitulah juga kalau kalau seseorang yang shohih imannya, baik akhlak dan peribadinya tapi buruk dari segi ibadatnya. Tak berpuasa, solat entah kemana dan sebagainya. Ini juga tidak sempurna. Contoh lagi, seseorang itu baik peribadatannya, baik akhlak dan peribadinya, tetapi imannya yang tidak shohih. Sudah pasti amalannya serta sikapnya yang terpuji itu sedikitpun tidak diterima oleh Allah SWT. Yang sempurnanya, seseorang yang shohih imannya, baik peribadatannya, baik pula akhlak,sikap,syahksiyyah dan sebagainya. Inilah yang perlu dikejar dalam kehidupan manusia itu sendiri.
Berbalik kepada takrif tasawuf,segi bahasanya bersih dan jernih. Secara sepintas kita dapat membayangkan sesuatu yang baik dan suci. Jika kita menyebut baju yang bersih. Maka ini sesuatu yang menggembirakan pemilik baju itu. Dan kalaulah manusia itu bersih maka sudah pasti mendatangkan kasih sayang pemilik manusia kepada manusia itu yakni Allah SWT. Manakala dari sudut syarak pengarang kepada kitab ini meletakkan dua tonggak utama iaitu membersihkan diri dari sifat keji serta kekurangan dan mengikhlaskan ibadat semata-mata kerana Allah. Ertinya manusia membersihkan diri dari sifat-sifat yang Allah SWT tak meredhoinya serta membetulkan niat dalam beribadat semata-mata kerana Allah SWT sahaja. Dari penakrifan ini, jelas kepada kita tasawuf ini mestilah hasil gabungan dua elemen iaitu hati dan sikap zahir. Hati perlu dijaga serta tindakan juga perlu dipelihara agar selari dengan kehendak Islam. WALLAHU A’LAM.
Bersambung………………
0 ulasan:
Catat Ulasan