Pengikut

Hadith Hari Ini

25 Ajaran Difatwakan Sesat di Selangor

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

SHAH ALAM: Sebanyak 25 ajaran telah difatwakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor sebagai ajaran sesat di negeri ini sejak tahun 1990an hingga kini.


Antara ajaran yang telah difatwakan sebagai sesat ialah, Tarekat Naksabandiyah Kadirun Yahya, Ajaran Nordin Puteh, Tarikat Mufarduyah, Ajaran Hj Ghazali Othman, Ajaran Zamree Ab Wahab, Fahaman Syiah, Tarikat Al-Hasaniah, Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol, Ajaran Tijah@Khadijah Ali, Ajaran Islam Lamaah, Ajaran Qadani, Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit.

Selain itu, Ajaran Ilmu Ahmad Laksaman, Ajaran Tarikat Zikrullah Hassan Anak Rimau, Ajaran Martabat Tujuh, Golongan Anti Hadis, Ajaran Kahar Ahmad, Aurad Ismailiah, Al-Arqam, Ajaran Syed Mohamad Al Masyhor, Ajaran Sulaiman, Ajaran Qadani dan Ajaran Banuar Roslan turut dikategorikan sebagai ajaran sesat.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, selain 25 ajaran yang telah disahkan sebagai sesat itu, pihaknya juga sedang menyiasat 35 kes lagi yang dilaporkan sebagai sesat.

"Ini termasuk kes perbomohan, ada juga kes seorang budak dapat melihat alam ghaib dan dapat mengubat orang sakit," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama mStar Online.

Beliau menjelaskan, tidak sepertimana yang disangka ramai, pihak jabatan tidak terus menjatuhkan fatwa hanya berdasarkan aduan atau laporan awam melainkan setelah menjalankan siasatan terperinci mengenai kandungan ajaran sesuatu tarikat atau amalan sebelum dibawa kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri untuk diputuskan.

"Memang kita memerlukan masa yang panjang kerana kita memerlukan bukti kukuh. Tetapi ada juga ajaran yang tidak dapat difatwakan kerana tidak cukup bukti.

"Untuk memfatwakan seseorang itu salah dan sesat bukan mudah kerana ini soal akidah. Kalau kita silap kita bertanggungjawab ke atas keputusan yang dibuat. Sebab itu kita mengambil masa yang lama untuk putuskan,” katanya.

Beliau menambah, Jais tidak boleh mengambil tindakan terhadap kumpulan yang sedang disiasat sehingga ia difatwakan.

Ditanya sama ada 'freemason' dan 'illimunati' tergolong dalam ajaran sesat, Mohammed Khusrin berkata: "Pada pendapat saya ia bukan ajaran Islam maka ia tidak boleh dikira sebagai ajaran sesat.

Menurut beliau yang ditafsirkan sebagai ajaran sesat ialah ajaran yang telah menyeleweng daripada ajaran Islam.

"Selalunya orang yang menyebarkan ajaran sesat ini mengaku dirinya Islam tetapi dia menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan akidah," katanya.

Mengulas lanjut isu berkenaan, beliau berkata, tempoh masa yang agak lama diperlukan untuk menyiasat dan mengumpulkan bukti mengenai sesuatu ajaran sebelum ia dikategorikan sebagai ajaran sesat.

Mengenai garis panduan yang digunakan Jais, Mohammed Khusrin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap ajaran yang didapati bertentangan dengan syarak dan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Kita berpandukan ajaran al-Quran, hadis, Ijmak Ulamak dan fatwa. Contohnya kumpulan tarekat memang sukar untuk dipastikan mereka menyeleweng atau sebaliknya.

"Ini kerana kita terpaksa ikut dan masuk dalam kumpulan itu dan kita lihat serta kaji zikir mereka," katanya.

Tambah beliau, ajaran sesat bukan mudah untuk dikesan dan untuk mengesan ajaran sebegini pegawai-pegawai Jais akan menyamar dengan menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan tersebut bagi melihat sendiri ajaran yang dibawa oleh kumpulan berkenaan.

Justeru, bagi membendung masalah tersebut, Mohammed Khusrin berkata, Jawatankuasa Panel Akidah yang dipengerusikan oleh Mufti Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Tamyes Abdul Wahid dan beberapa pakar dalam bidang syariah dan akidah akan menjalankan sesi kaunseling dengan mereka yang disyaki terlibat dalam menyampaikan ajaran sesat di negeri itu.

"Kita akan panggil mereka yang kita disyaki ini dan kita berdialog mengenai ajaran yang mereka bawa.

"Akan datang kita akan panggil Tarekat Nasabandiyah untuk dapat penjelasan dan cuba membetulkan akidah pemimpin kumpulan ini," katanya.

Selain itu, katanya, Jais dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sentiasa mengadakan ceramah dan dialog dengan orang-ramai dari semasa ke semasa.

"Kita akan pergi memberi ceramah dan dialog di daerah dan kawasan yang kita kenalpasti seperti di Gombak, Ampang kerana kawasan ini menjadi tumpuan.

"Kita juga turut mengedarkan risalah dan menyampaikan khutbah Jumaat untuk sedarkan masyarakat tentang bahayanya ajaran sesat ini," kata beliau.

Baca selanjutnya...

Di Sebalik Kelembutan Suaramu

Oleh SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM

RAMAI wanita pada zaman ini yang merelakan diri mereka menjadi bahan komoditi. Tidak hanya wajah dan tubuh yang menjadi barang dagangan, suara mereka juga boleh menghasilkan banyak wang. Suara lunak dan tawa seorang wanita terlalu sering kita dengar di sekitar kita, baik secara langsung atau melalui radio dan televisyen. Lebih-lebih lagi apabila wanita itu berkerjaya sebagai penyiar atau juruhebah kerana memang termasuk modal utamanya adalah suara yang lunak dan merdu.

Begitu mudahnya wanita tersebut memperdengarkan suara mereka yang bak buluh perindu, tanpa ada rasa takut kepada Allah s.w.t. Padahal Dia telah memperingatkan, yang bermaksud: “Maka janganlah kalian merendahkan suara dalam berbicara sehingga berkeinginan buruklah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang makruf.” (Al-Ahzab: 32)

Rasulullah s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud: “Wanita itu adalah aurat, apabila ia keluar rumah, maka syaitan menghias-hiasinya (membuat indah dalam pandangan lelaki sehingga ia terfitnah).” (Riwayat Tirmizi)

Suara merupakan sebahagian daripada wanita sehingga suara termasuk aurat, demikian fatwa yang disampaikan oleh Asy Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdillah Al-Fauzan dan Asy Syaikh Abdullah bin Abdirrahman Al-Jibrin sebagaimana ditulis di dalam kitab “Fatawa Al-Mar’ah Al-Muslimah” (1/ 431, 434).

Para wanita diwajibkan menjauhi setiap perkara yang boleh mendekati kepada fitnah. Apabila mereka memperdengarkan suara, kemudian dengan itu terfitnahlah kaum lelaki, maka seharusnya mereka menghentikan ucapan. Oleh hal yang demikian itu, para wanita diperintahkan untuk tidak mengeraskan suara mereka ketika bertarbiah. Ketika mengingatkan imam yang keliru dalam solatnya, wanita tidak boleh memperdengarkan suaranya dengan bertasbih sebagaimana lelaki, tetapi cukup sekadar menepukkan tangannya, sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Ucapan tasbih itu untuk lelaki, manakala tepuk tangan untuk wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga dalam masalah azan, tidak disyariatkan bagi wanita untuk mengumandangkannya melalui menara-menara masjid kerana hal itu melazimkan suara yang keras. Ketika terpaksa harus berbicara dengan lelaki disebabkan ada keperluan, wanita dilarang melembutkan dan memerdukan suaranya sebagaimana larangan Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab di atas. Dia dibolehkan hanya berbicara seada-adanya atau apabila perlu, tanpa berpanjang kata melebihi keperluan awal.

Al-Imam Ibnu Katsir berkata dalam tafsirnya, mengatakan: “Makna daripada ayat ini (Al-Ahzab: 32), ia berbicara dengan lelaki yang bukan mahramnya tanpa melembutkan suaranya, yakni tidak seperti suaranya ketika berbicara dengan suaminya.” (Tafsir Ibnu Katsir, 3/491).

Maksud penyakit dalam ayat ini adalah syahwat (nafsu/keinginan) berzina yang kadang-kadang bertambah kuat dalam hati ketika mendengar suara lembut seorang wanita atau ketika mendengar ucapan sepasang suami isteri, atau yang sepertinya.

Suara wanita di radio dan telefon, Asy Syaikh Muhammad Shalih Al-‘Utsaimin pernah ditanya: “Bolehkah seorang wanita berprofesyen sebagai penyiar radio, di mana ia memperdengarkan suaranya kepada lelaki yang bukan mahramnya? Apakah seorang lelaki boleh berbicara dengan wanita melalui telefon atau secara langsung?”

Asy Syaikh menjawab: “Apabila seorang wanita bekerja di stesen radio, maka dapat dipastikan ia akan ‘ikhtilath’ (bercampur-baur) dengan kaum lelaki. Bahkan seringkali ia berdua saja dengan seorang lelaki di ruang siaran. Yang seperti ini tidak diragukan lagi kemungkaran dan keharamannya. Telah jelas sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Jangan sekali-kali seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita.”

‘Ikhtilath’ yang seperti ini selamanya tidak akan dihalalkan. Lebih-lebih lagi seorang wanita yang bekerja sebagai penyiar radio tentunya berusaha untuk menghiasi suaranya agar dapat memikat dan menarik. Yang demikian ini juga merupakan bencana yang wajib dihindari disebabkan akan timbulnya fitnah.

Adapun mendengar suara wanita melalui telefon maka hal tersebut tidaklah mengapa dan tidak dilarang untuk berbicara dengan wanita melalui telefon. Yang tidak dibolehkan adalah berseronok-seronok (menikmati) suara tersebut atau terus-menerus berbincang-bincang dengan wanita kerana ingin menikmati suaranya.

Seperti inilah yang diharamkan. Namun bila hanya sekadar memberi khabar atau meminta nasihat mengenai sesuatu permasalahan tertentu, atau tujuan lain yang sepertinya, maka hal ini dibolehkan. Akan tetapi apabila timbul sikap-sikap lunak dan lemah-lembut, maka bergeser menjadi haram. Walaupun seandainya tidak terjadi yang demikian ini, namun tanpa sepengetahuan si wanita, lelaki yang mengajaknya bicara ternyata menikmati dan berseronok-seronok dengan suaranya, maka haram bagi lelaki tersebut dan wanita itu tidak boleh meneruskan pembicaraannya sewaktu ia menyedarinya.

Sedangkan mengajak bicara wanita secara langsung maka tidak menjadi masalah, dengan syarat wanita tersebut berhijab dan selamat dari fitnah. Misalnya wanita yang diajak bicara itu adalah orang yang telah dikenalinya, seperti isteri saudara lelakinya (kakak/adik ipar), atau anak perempuan bapa saudaranya (sepupunya) dan yang seperti mereka. (Fatawa Al-Mar’ah Al-Muslimah, 1/433-434).

Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdirrahman Al-Jibrin menambahkan dalam fatwanya tentang permasalahan ini: ‘Wajib bagi wanita untuk bicara seperlunya melalui telefon, sama saja apakah dia yang memulai menelefon atau ia hanya menjawab orang yang menghubunginya melalui telefon, kerana ia dalam keadaan terpaksa dan ada faedah yang diperolehi bagi kedua belah pihak di mana keperluan boleh disampaikan padahal tempat saling berjauhan dan terjaga dari pembicaraan yang mendalam di luar keperluan dan terjaga dari perkara yang menyebabkan bergeloranya syahwat salah satu dari kedua belah pihak. Namun yang lebih utama adalah meninggalkan hal tersebut kecuali pada keadaan yang sangat mendesak.’ (Fatawa Al-Mar’ah, 1/435)

LELAKI BERBICARA MELALUI TELEFON DENGAN WANITA YANG TELAH DIPINANGNYA

Kenyataan yang ada di sekitar kita, apabila seorang lelaki telah meminang seorang wanita, keduanya menilai hubungan mereka telah teranggap separuh resmi sehingga apa yang sebelumnya tidak dibenarkan sekarang dibolehkan. Contoh yang paling mudah adalah masalah pembicaraan antara keduanya secara langsung ataupun melalui telefon.

Si wanita memperdengarkan suaranya dengan mendayu-dayu kerana menganggap sedang berbincang dengan calon suaminya, orang yang bakal menjadi kekasih hatinya. Pihak lelaki juga demikian, menyapa dengan penuh kelembutan untuk menunjukkan dia adalah seorang lelaki yang penuh kasih sayang. Tetapi sebenarnya bagaimana timbangan syariat dalam permasalahan ini?

Asy Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan menjawab: “Tidak apa-apa seorang lelaki berbicara melalui telefon dengan wanita yang telah dipinangnya (di-khitbah-nya), apabila memang pinangannya (khitbah) telah diterima. Dan pembicaraan itu dilakukan untuk saling memberikan pengertian, sebatas keperluan dan tidak ada fitnah di dalamnya. Namun bila keperluan yang ada disampaikan melalui wali si wanita maka itu lebih baik dan lebih jauh dari fitnah. Adapun pembicaraan antara lelaki dan wanita, antara pemuda dan pemudi, sekadar perkenalan (ta’aruf) – kata mereka - sementara belum ada khithbah di antara mereka, maka ini perbuatan yang mungkar dan haram, mengajak kepada fitnah dan menjerumuskan kepada perbuatan keji.”

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Maka janganlah kalian merendahkan suara dalam berbicara sehingga berkeinginan buruklah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang makruf.” (Al-Ahzab: 32) (Fatawa Al-Mar’ah, 2/605) ? (Dikutip dari fatwa Asy Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin, Asy Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdillah Al-Fauzan dan Asy Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin)


Baca selanjutnya...

Nasihat Untuk Remaja

Oleh SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM
17 December 2007

SESUNGGUHNYA seluruh alam ini, baik yang besar mahupun yang kecil dan yang ada di dalamnya, semua menuju kepada Allah s.w.t, bertasbih kepada-Nya (menyucikan-Nya), mengagungkan-Nya dan bersujud kepada-Nya. Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan tidak ada sesuatu pun kecuali dia bertasbih kepada Allah s.w.t dengan memuji-Nya.” (Al-Isra’: 44)


Sesungguhnya semua makhluk yang telah diciptakan oleh Allah s.w.t akan berhenti, menundukkan kepalanya, merendahkan diri kepada Allah s.w.t, mengakui anugerah yang dilimpahkan kepadanya. Akan tetapi masih banyak tersisa di alam ini makhluk yang kecil lagi rendah, diciptakan daripada setitis air mani, tetapi tiba-tiba dia menjadi musuh. Dia berjalan di suatu lembah, sedang alam seluruhnya berada di lembah lain. Dia tidak mentaati Allah s.w.t, tidak tunduk kepada-Nya dan tidak bertasbih kepada-Nya, walaupun semua makhluk yang ada di sekitarnya tekun berzikir dan bertasbih kepada Allah s.w.t.

Sesungguhnya makhluk ini adalah manusia yang bermaksiat kepada Allah s.w.t. Padahal Allah s.w.t adalah Maha Besar, alangkah rendah dan hinanya dia ketika menyendiri di alam yang teratur ini. Sesungguhnya syaitan selalu berusaha menyesatkan manusia dan menghancurkannya dengan berbagai cara, di antaranya menghiasi kemaksiatan dengan keindahan serta mengajak manusia untuk melakukan kemaksiatan tersebut agar ia mendapat murka Allah s.w.t.

Semua manusia kehendaknya lemah dalam menghadapi keinginan buruknya dan nafsu syahwatnya. Jika kamu melihat ada kelemahan dan kecenderungan dirimu untuk melakukan maksiat, maka berhentilah sebentar sebelum kamu melangkukan kemungkaran. Dan fikirkanlah tentang dunia ini dengan segala kerendahannya, sedikit kenyataannya, banyak sia-sianya dan cepat berakhirnya.

Fikirkanlah tentang para penghuni dunia dan keasyikannya, yang mereka dalam keadaan mabuk terhadap nikmat sementara itu. Sungguh, dunia telah menyeksa mereka dengan berbagai-bagai seksaan, memberikan mereka minuman yang pahit, dan dunia telah menjadikan mereka sedikit tertawa dan banyak menangis.

Sebelum kamu melakukan kemungkaran terhadap Allah s.w.t, kamu harus fikirkan tentang akhirat. Kekalnya dan bahawa akhirat adalah kehidupan yang hakiki, negeri abadi, tempat berhentinya bepergian dan akhir perjalanan.

Sebelum kamu bermaksiat kepada Allah s.w.t, kamu harus fikirkan tentang neraka, bahan bakarnya, perapiannya, kedalaman dasarnya, kedahsyatan panasnya, dan besarnya azab penghuninya. Kamu juga harus fikirkan tentang penghuninya, yang berada dalam kepanasan yang sangat, diseret di atas wajah-wajah mereka, dan di neraka mereka seperti kayu bakar yang dinyalakan.

Sebelum kamu bermaksiat kepada Allah s.w.t, fikirkanlah syurga dan segala yang telah Allah s.w.t janjikan untuk orang-orang yang taat, yang belum pernah terlihat mata, terdengar oleh telinga, dan juga belum terlintas di hati manusia. Berupa kenikmatan abadi lagi mencukupi dan dengan berbagai puncak kenikmatan berupa makanan, minuman, pakaian, gambar-gambar, kebahagiaan dan kegembiraan. Tidak akan merindui syurga kecuali manusia yang rugi dan bodoh.

Wahai para remaja,
Sebelum kamu melakukan kemungkaran kepada Allah s.w.t, ingatlah berapa lama kamu akan hidup di dunia ini? 60 tahun, 80 tahun, 100 tahun atau 1000 tahun? Kemudian datanglah kematian. Setelah itu syurga kenikmatan atau neraka jahim, kita mohon perlindungan kepada Allah s.w.t.

Yakinlah dengan seyakin-yakinnya bahawa malaikat maut selain menuju orang lain, maka ia juga berjalan menuju kepadamu. Tidaklah kematian itu melainkan tinggal beberapa tahun lagi, atau beberapa hari saja, atau bahkan beberapa saat lagi! Kemudian kamu akan sendirian di alam kuburmu. Tidak ada harta, tidak ada teman. Lantaran itu fikirkanlah kegelapan kubur, kesendiriannya, kesempitannya, kengeriannya, kedahsyatannya, awal kedatangannya serta keras himpitannya.

Ingatlah hari kiamat, pada hari dilihatkan semua amalan kepada Allah s.w.t. Ketika hati dipenuhi rasa takut, ketika kamu terpisah dari anakmu, ibumu, ayahmu, suamimu dan saudaramu. Ingatlah segala kejadian itu beserta kedahsyatannya. Ingatlah pada hari diletakkannya mizan dan lembaran-lembaran catatan amal berterbangan. Berapa banyak kesalahan, berapa banyak cacat dalam buku amalmu.

Fikirkanlah seolah-olah kamu berdiri di hadapan Zat Yang Maha Kuasa, Yang Maha Besar, Uang Maha Menjelaskan segala sesuatu menurut hakikat sebenarnya. Yang kamu lari daripada-Nya, padahal Dia memanggilmu, tetapi kamu berpaling daripada-Nya.

Bayangkan, kamu berdiri sedangkan lembaran catatan amal di tanganmu tidak meninggalkan segala dosa dan pahala yang kecil dan besar kecuali telah dihitung. Kerananya dengan telapak kaki yang mana kamu mampu berdiri di hadapan-Nya? Dengan mata mana kamu sanggup melihat-Nya? Dan dengan hati yang mana kamu menjawab ketika disodorkan pertanyaan kepadamu: “Hamba-ku, kamu telah meremehkan pengawasan-Ku terhadapmu? Bukankah Aku telah berbuat baik kepadamu? Bukankah Aku telah memberikan kenikmatan? Tetapi mengapa kau bermaksiat kepada-Ku padahal Aku telah memberimu kenikmatan?’

Wahai para remaja,
Di sana masih ada para wanita yang berkeyakinan bahawa mereka diciptakan tanpa ada hikmah dan mereka dibiarkan begitu saja. Sehingga kehidupan mereka hanya sia-sia dan permainan, pandangan mereka terselubungi oleh sesuatu, di telinga mereka ada tersumbat dari mendengarkan petunjuk, mata hati mereka buta, hati mereka terbalik, mata mereka tertutup dan hati mereka dibutakan. Kamu dapati di majlis-majlis mereka segala macam kemungkaran, dan kamu tidak akan mendapati al-Quran dan zikrullah.

Mereka laripada dari Allah s.w.t, padahal mereka di hadapan Allah s.w.t adalah hamba -hamba-Nya dan mereka berada dalam genggaman-Nya. Allah s.w.t menyeru mereka tetapi mereka tidak mahu memenuhi seruan-Nya. Bahkan mereka penuhi seruan syaitan, seruan keinginan buruk mereka dan seruan hawa nafsu mereka.

Bagaimana mungkin mereka penuhi ajakan syaitan sedang mereka meninggalkan seruan Allah s.w.t? Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada.” (Al-Hajj: 46)

Keburukan apa yang telah Allah s.w.t berikan kepada mereka, hingga mereka bermaksiat kepada Allah s.w.t dan tidak mahu mentaati-Nya? Allah berfirman yang bermaksud: “Apakah mereka merasa aman daripada tipu daya Allah s.w.t. Tidak akan merasa aman daripada tipu daya Allah s.w.t kecuali orang-orang yang rugi.” (Al-A’raf: 99)

Maka wahai para remaja, hendaklah kamu berhati-hati. Jangan sampai menjadi seperti wanita-wanita tersebut. Menjauhlah kamu dari mereka, dan beramallah sesuai dengan tujuan kamu diciptakan. Allah berfirman yang bermaksud: “Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah-Ku.” (Ad-Dzariyat: 56)

Wahai orang yang bermaksiat kepada Allah s.w.t,
Kembalilah kepada Rabb-mu dan takutlah kepada api neraka, takutlah neraka sa’ir. Sesungguhnya di depanmu kedahsyatan-kedahsyatan dan kesulitan-kesulitan. Sesungguhnya di depanmu ada neraka jahim dan azab yang pedih. Sesungguhnya di depan ada ular yang sedia mematukmu dan segala perkara-perkara yang dahsyat.

Demi Allah yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain-Nya, berbagai-bagai nyanyian, hiburan, sinetron-sinetron dan hal-hal remeh lainnya tidak akan mendatangkan manfaat buatmu. Demikian juga segala cerita dan sandiwara-sandiwara, tidak akan berguna untukmu. Keluarga dan anak-anak juga tidak akan memberikan manfaat kepadamu. Saudara dan teman-temanmu juga tidak akan memberi manfaat kepadamu. Juga segala baju, model-model, permata-permata dan perhiasan-perhiasan tidak akan memberi manfaat kepadamu.

Apa yang akan memberikan manfaat kepadamu hanyalah seluruh kebaikan dan amalan soleh setelah mendapat rahmat Rabb langit dan bumi.

Wahai para remaja,
Demi Allah, tidaklah kita mengungkapkan semua perkara ini kecuali kerana rasa takut kita terhadap wajah-wajah yang putih akan berubah menjadi hitam pada hari kiamat. Kita bimbang wajah yang bercahaya ini akan menjadi gelap, tubuh yang segar akan dibakar api neraka.

Maka, sentiasalah kita bertaubat . Ketahuilah bahawa orang-orang yang buruk dan rosak selalu mengintaimu, mereka ingin agar kamu melepas hijab dan meninggikan pakaianmu. Mereka ingin kamu terbuka di pasar-pasar, mereka juga ingin kamu berakhlak buruk dan jelek. Lantaran itu hindarkanlah hasutan orang-orang yang lemah akal itu. Berpeganglah dengan agamamu, kemuliaanmu dan hijabmu. Sesungguhnya dunia itu hanya bayang-bayang yang menggelincirkan kamu, sedang akhirat adalah kampung keabadian.

Yakinlah bahawa kamu tidak akan pernah menyesal atas semua itu selamanya. Bahkan justeru sebaliknya, kamu akan bahagia dengan izin Allah s.w.t. Dan jangan sekali-kali kamu ragu dan menunda waktu untuk melakukan kebaikan di dalam hidup kamu.

Sumber: http://www.yadim.com.my/Remaja/RemajaFull.asp?offset=5&Id=149
Baca selanjutnya...

Pasaran Modal Islam

PENGENALAN
Dalam pasaran modal Islam (ICM), urus niaga pasaran dijalankan dengan cara yang tidak mendatangkan konflik dengan hati nurani umat Islam dan agama Islam. Di sini, terdapat ketegasan undang-undang Syariah supaya pasaran bebas daripada aktiviti yang dilarang oleh Islam seperti usury( riba), perjudian (maisir) dan kesamaran (gharar).

Pasaran Modal Islam merupakan satu komponen daripada keseluruhan pasaran modal di Malaysia. Ia memainkan peranan penting dalam menjanakan pertumbuhan ekonomi bagi negara ini. Fungsi ICM sebagai sebuah pasaran yang selari dengan pasaran modal konvensional, dan memainkan peranan sebagai pelengkap kepada sistem perbankan Islam dalam memperluas dan memperdalam pasaran kewangan Islam di Malaysia.

Ketika pasaran menjadi semakin kompleks dan canggih, ia memerlukan sokongan infrastruktur supaya sistemnya boleh beroperasi dan berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan. Inisiatif awal SC dalam menubuhkan sebuah Jabatan Pasaran Modal Islam (ICMD) yang berdedikasi dalam Kumpulan Urusan Strategi dan Pembangunannya adalah untuk menyediakan sokongan infrastruktur yang amat diperlukan. Mandat bagi ICMD adalah untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan termasuk membentuk dan memudahcarakan satu pelan jangka panjang bagi memperkukuh ICM di Malaysia.

Majlis Penasihat Syariah (MPS) ditubuhkan pada bulan Mei 1996 untuk menasihati Suruhanjaya mengenai perkara-perkara yang berkaitan Syariah, yang membabitkan ICM. Ahli-ahli MPS merupakan individu berkelayakan yang boleh memberikan pandangan mengenai Syariah dan mempunyai pengalaman luas dalam pengaplikasian hukum Syariah, terutama dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam.

Hari ini, ada pelbagai produk pasaran modal untuk orang Islam yang hanya mahu melabur dan berurus niaga dalam ICM. Produk-produk tersebut termasuk dalam senarai sekuriti patuh Syariah SC, sukuk , unit amah Islam, indeks Syariah, waran (TSR), waran panggilan dan kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah.

Baca selanjutnya...

Ilmu Tasawuf (Kitab Zaadu al-Mutaa’llim): Syarat-Syarat Bertaubat

Sambungan(Bahagian 3)

Syarat-syarat taubat:
1. Meninggalkan perkara yang jadi berdosa dengan sebabnya.
2. Menyesal di atas perbuatan yang jadi berdosa itu.
3. Bercita-cita tidak akan kembali melakukan perbuatannya itu.
4. Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizholimi.
5. Mengerjakan fardhu-fardhu yang telah luput.


(Petikan Teks Asal kitab Zaadu al-Mutaa’llim)

Huraian:

Sebagaimana yang kita ketahui dalam melakukan sesuatu ibadah terutamanya ibadah wajib maka sudah barang pasti perlu menuruti garis panduan dan syarat-syarat yang perlu dituruti. Dalam solat misalnya, terdapat syarat-syarat yang mesti dipatuhi, begitu juga puasa, ibadah haji, zakat dan sebagainya. Begitulah juga halnya dengan bertaubat. Taubat juga merupakan suatu ibadah yang sangat-sangat dituntut ke atas manusia terutama yang banyak melakukan dosa. Perlu diingat tiap-tiap kita ni pasti melakukan kesilapan dan dosa. Sebaik-baik mereka yang berdosa ialah bertaubat. Bagi memastikan taubat manusia betul-betu berkualiti dan dengan harapan ianya diterima oleh Allah, maka terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Dalam kitab ini pengarang menukilkan terdapat lima syarat yang perlu dilaksanakan sebagaimana yang tersebut di atas. Syarat-syarat tersebut ialah:

1)Meninggalkan Perkara Yang Jadi Berdosa Dengan Sebabnya
Iaitu, meninggalkan perkara yang maksiat atau mendatangkan dosa tersebut. Maka tidak dinamakan taubat jika sekiranya masih mengekalkan perbuatan maksiat yang dilakukan sebelum ini. Orang yang bertaubat ialah mereka yang berhenti terus daripada buat maksiat. Ada orang bila buat sesuatu dosa, kemudian kembali bertaubat, kemudian kembali melakukan dosa yang sama dan begitulah seterusnya sampai mati. Perbuatan begini umpama mempermainkan Allah SWT sahaja. Mempermainkan Allah SWT merupakan dosa yang sangat besar. Kalau nak bertaubat, bertaubatlah dengan bersungguh-sungguh.

2)Menyesal di atas perbuatan yang jadi berdosa itu
Syarat yang berikutnya ialah menyesal di atas dosa yang telah dilakukan. Merasa sangat bersalah dengan Allah SWT di atas perbuatan maksiat itu. Tapi malangnya ramai di kalangan masyarakat hari ini, bila buat maksiat tiada sikit pun rasa kesal di atas kemungkaran itu bahkan berbangga pula. Maka amat malang bagi orang-oarang yang buat dosa dan berbangga dengan dosa yang dilakukan itu.

3)Bercita-cita tidak akan kembali melakukan perbuatannya itu
Setelah bertaubat, maka perkara yang penting yang perlu ada dalam diri manusia ialah menanam keazaman untuk tidak mengulangi perbuatan mungkar itu lagi. Dalam masa yang sama, perlu berusaha bersungguh-sungguh mengelakkan diri daripada menjebakkan semula ke kancah dosa tersebut. Misalnya seseorang yang bertaubat untuk tidak meminum arak. Bila dah bertaubat tak nak minum arak, sepatutnya memelihara diri daripada mengunjungi tempat yang menyediakan arak umpamanya kelab malam dan sebagainya. Barulah taubat tersebut menepati syarat-syaratnya.

4)Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizholimi
Jika sekiranya dosa tersebut dilakukan melibatkan manusia, maka ianya perlu diselesaikan dengan manusia itu. Contohnya, jika seseorang mengambil sesuatu yang menjadi miik orang lain(mencuri), maka menjadi kewajipan kepadanya untuk mengembalikan barang yang dicurinya itu kepada pemiliknya. Jika tidak, taubat tidak akan diterima Allah SWT.

5)Mengerjakan fardhu-fardhu yang telah luput
Syarat lain yang terdapat dalam kitab ini ialah mengerjakan semula amalan fardhu yang ditinggalkan, baik puasa, solat, zakat dan sebagainya.

Bersambung
Baca selanjutnya...

Selamat Mengundi Mahasiswa/i UM

Salam,
Selamat menunaikan tanggungjawab kepada semua sahabat-sahabat mahasiswa/i Universiti Malaya. Ingat! Undi calon yang terbaik untuk membina harapan baru untuk mahasiswa.
Keluar awal untuk mengundi terutama mahasiswa luar kampus.

Baca selanjutnya...

Bahru al-Maazi(Bahagian Tiga)

sambungan.....

5)Masalah: Diperanakkan Saidina Umar itu pada tahun yang ketiga belas kemudian daripada tahun Gajah dan umurnya berjumlah enam puluh tiga tahun sahaja. Telah berkata seorang daripada sahabat rapat bagi Nabi namanya Abdullah Ibn Mas’ud. Tiadalah kami berupaya hendak sembahyang di sisi Kaabah sebelum Islam Saidina Umar Bin al-Khattab.Maka manakala Islam ia berperanglah ia dengan Quraisy hingga sembahyang ia dan sembahyang kami di sisi Kaabah Allah al-haram.

Teks Asal Daripada Kitab Bahru al-Maazi Muka Surat 5)

Huraian:

Bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat meneruskan membuat pembacaan dan penelitian kepada masalah yang seterusnya iaitu masalah yang kelima. Masalah yang kelima ini masih lagi mengisarkan tentang atau perihal Saidina Umar al-Khattab r.a. Apa yang pasti membaca mengenai kisah Khalifah Islam yang kedua ini sangat menarik sekali.

Sebagaimana dinyatakan dalam kitab ini, Saidina Umar al-Khattab r.a dilahirkan pada tahun ketiga belas selepas daripada tahun Gajah. Dikatakan beliau wafat ketika umurnya 63 tahun. Telah diceritakan oleh salah seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abdullah Ibn Mas’ud:

”Tiada kami mampu untuk bersolat disisi Kaabah sebelum Saidina Umar Bin al-Khattab memeluk Islam. Maka setelah ia memeluk Islam, berperang ia dengan Quraisy sehingga ia dan kami dapat bersolat disisi Baitullah al-Haram”

Saidina Umar al-Khattab r.a terkenal dengan sifat beraninya dikalangan masyarakat arab ketika itu. Penyertaannya dalam Islam telah memberi kekuatan baru dikalangan orang Islam ketika itu. Contohnya sebagaimana yang dinyatakan di atas, jika sebelum ini orang Islam ketika itu tidak berani untuk bersolat di sisi kaabah akibat ancaman daripada kafir Quraisy. Namun setelah Saidina Umar Bin al-Khattab memeluk Islam, beliau dan sahabat yang dapat bersolat di sisi Kaabah tanpa gangguan daripada kafir Quraisy. Inilah keberanian Saidina Umar Bin al-Khattab yang tiada bandingannya sehingga memberikan kekuatan yang luar biasa kepada orang Islam hasil penyertaanya dalam Islam. Bahkan beliau juga tersangatlah banyak dalam membantu perjuangan Islam serta di zaman pemerintahannya lah berjaya memperluaskan Kerajaan Islam diseluruh pelosok dunia.

Kalau kita lihat pada masakini tiada lagi manusia yang seberani Saidina Umar Bin al-Khattab. Masing-masing takut untuk menyatakan kebenaran Islam. Kalau ada pun mungkin terlalu sedikit dan tidaklah seberani Saidina Umar bin al-Khattab r.a. Semuanya disebabkan takut kehilangan jawatan dan pangkat serta kedudukan dan sebagainya.

Bersambung.....
Baca selanjutnya...

Empat Golongan Manusia Mengenai Ilmu Pusaka

Sambungan Ilmu Pusaka.....

Terdapat empat golongan iaitu:


a)Golongan yang mewarisi serta diwarisi
Mereka terdiri daripada adik beradik, suami isteri, anak-anak, ibu bapa dan sebagainya.

b)Golongan yang hanya mewarisi tetapi tidak diwarisi
Golongan tersebut ialah para anbiya'.

c)Golongan yang diwarisi tetapi tidak mewarisi
Mereka adalah hamba yang tidak merdeka sepenuhya.

d)Golongan Yang tidak mewarisi dan tidak diwarisi
Hamba dab juga mereka yang murtad.
Baca selanjutnya...

Fatwa: Kumpulan Black Metal Serta Langkah-Langkah Menanganinya

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
23 Januari 2006
Muzakarah Kali ke 72


Keputusan:
Amalan dan perbuatan Kumpulan Black Metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu, umat Islam diminta menjauhi Kumpulan tersebut kerana perbuatan dan amalan mereka boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam.

Sumber: JAKIM

Baca selanjutnya...

Pengurusan Harta Pusaka

Tuntutan Terhadap Harta Peninggalan Si Mati

Terdapat lima perkara yang perlu diberi perhatian serius terhadap harta yang ditinggalkan si mati. Antaranya:


a)Tuntutan secara lansung
Antaranya, zakat terhadap harta yang wajib dizakatkan serta memenuhi syarat-syarat tertentu, persoalan gadaian, hutang, wang pinjaman dan sebagainya.

b)Pengurusan Jenazah
Harta yang ditinggalkan si mati hendaklah digunakan juga bagi menyelesaikan urusan pengurusan jenazah. Dalam hal ini, pihak yang menguruskan hendaklah tidak terlalu boros atau terlampau berjimat untuk urusan pengurusan jenazah.

c)Hutang Si Mati
Hendaklah diselesaikan hutang si mati seberapa segera yang mungkin dengan menggunakan harta yang ditinggalkan.

d)Wasiat
Pelaksaan wasiat si mati hendaklah tidak melebihi satu pertiga daripada harta yang ditinggalkan. Peaksanaan wasiat ini hanya berlaku setelah selesai perkara a, b dan c di atas.

e)Perwarisan/Pusaka
Pembahagian harta pusaka akan mula dilaksanakan setelah langkah-langkah a hingga d dilaksanakan.


Sedikit Celoteh:

Sebenarnya, perkara di atas adalah perkara yang sepatutnya di amalkan di dalam masyarakat Islam apabila berlaku sebarang kematian yang memerlukan pengurusan terhadap harta peninggalannya. Namun kebanyakkan masyarakat lebih kepada semata-mata untuk membahagikan harta pusaka tanpa melaksanakan tuntutan lain yang wajib dilaksanakan.
Baca selanjutnya...

Televisyen dan kekeluargaan

30 April 2009

Oleh ZALILA ISA

Kita masih dalam perjalanan merealisasikan hasrat kerajaan membentuk Pelan Integriti Nasional (PIN) sebagai persediaan menjadi negara maju yang bukan saja membangun dari segi fizikal dan ekonominya, tetapi juga akhlak dan sahsiah individu dalam masyarakat hari ini serta masa depan.


Cabaran merealisasikan hasrat itu turut terkandung dalam dasar Wawasan 2020, dan ia bermula dengan pemantapan institusi keluarga hari ini bagi mendepani situasi itu kira-kira 11 tahun lagi dan harapan ianya berpanjangan sehingga bila-bila.

Pengukuhan itu penting berikutan pemerhatian yang berlaku di negara Barat, mereka mundur dari segi akhlak dan moral individu dan mewujudkan pelbagai masalah sosial meskipun maju dalam ekonomi.

Namun, hakikat keruntuhan nilai sosial dan institusi keluarga ini bukan sahaja melanda di negara Barat, malah telah menular dan membarah di negara kita sendiri.

Usah lihat ‘kuman seberang laut’ yang telah lama kita tahu sedang bertungkus-lumus memperbaiki sistem sosial masyarakat dan institusi kekeluargaan mereka dengan apa cara sekalipun.

Lihat sahaja ‘gajah di hadapan mata’ kita yang turut sama terkena tempias keruntuhan nilai sosial ini.

Bercakap mengenai institusi keluarga, pelbagai perkara akan saling berkait dengan isu ini.

Antaranya peranan ibu bapa, peranan ahli keluarga, masyarakat sekeliling, pihak dan agensi terlibat dan terutama sekali pemimpin masyarakat yang membuat dan meluluskan sesuatu dasar yang berkaitan dengan modal insan ini.

Televisyen dan keluarga

Umum mengetahui bahawa peranan media elektronik amat penting pada zaman ini. Televisyen, radio, internet dan sebagainya menjadi medium yang terutama untuk masyarakat hari ini memperoleh maklumat terkini, berita semasa tempatan dan antarabangsa, bahan-bahan ilmu dan sebagainya.

Televisyen menjadi barang keperluan setiap isi rumah yang berperanan sebagai pemberitahu, pencerita, penghibur dan juga menjadi pendidik kepada orang yang menontonnya. Ini kerana, melalui televisyen, kita boleh memperoleh banyak maklumat ilmiah atau tidak, hiburan untuk menghapus tekanan di tempat kerja, dan ‘guru’ yang mengajar erti kesilapan dan kebenaran melalui drama-drama dan segala rancangan yang dipertontonkan.

Kempen ‘tidak menonton televisyen selama seminggu’, anjuran Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang bertujuan mempererat silaturahim dalam keluarga tidak mendapat sambutan malahan kritikan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Kempen itu dikatakan tidak berkesan kerana televisyen bukanlah penyebab yang kuat terjadinya jurang antara ahli keluarga.

FOMCA dikatakan melancarkan kempen tersebut untuk menggalakkan ibu bapa dan anak-anak meluangkan masa bersama-sama dan menjalankan aktiviti bermanfaat bersama-sama.

Kempen ‘tidak menonton televisyen selama seminggu’ itu juga dilihat menjadi salah satu kempen yang boleh memberi kesan kepada sistem kekeluargaan berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Pusat Informasi Pemakanan Asia (AFIC) yang menunjukkan 30 peratus kanak-kanak di negara ini menghidapi masalah obesiti kerana menghabiskan masa lapan jam sehari menonton televisyen dan bermain komputer.

Di samping itu, individu yang banyak menonton televisyen juga akan mewujudkan sikap suka menyendiri, dan tidak banyak melakukan aktiviti fizikal.

Benar, menonton televisyen terlalu lama boleh mengundang pelbagai kesan yang negatif kepada individu seperti yang diketengahkan oleh kajian tersebut. Namun, dalam era globalisasi dan teknologi yang semakin berkembang, tidak menonton televisyen adalah satu usul yang tidak begitu berkesan dalam usaha mengeratkan silaturahim dalam keluarga.

Televisyen dan ikatan kekeluargaan.

Televisyen boleh menjadi medium terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga dengan syarat tertentu. Antaranya, ibu bapa harus memantau jadual menonton televisyen di rumah. Berapa jam harus dihadkan serta program televisyen apa yang harus ditonton atau dihindar.

Selain itu, dalam usaha mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga, sebaiknya sesebuah program televisyen itu di tonton bersama serta mempunyai aktiviti atau proses pembelajaran iaitu mengambil tahu, menghayati dan mengamalkan.

Di sini sudah pasti proses soal jawab antara anak dengan ibu bapa akan berlaku.

Komunikasi yang berlaku ini merupakan satu cara paling berkesan untuk ibu bapa mendekati dan mengenali potensi serta tingkah laku anak-anak.

Dengan komunikasi ini juga memberitahu kepada anak-anak bahawa ibu-bapa merupakan orang yang boleh diharapkan untuk mereka belajar dan mengetahui sesuatu hal yang baharu.

Selain itu, persekitaran semasa menonton televisyen juga perlu diambil kira seperti makanan dan minuman yang dihidangkan serta kedudukan televisyen di dalam rumah. Hal ini turut berkait rapat dengan faktor ‘perasaan’ (mood) yang bakal mempengaruhi tingkah laku seseorang serta melibatkan hal kesihatan.

Contohnya, kedudukan cahaya yang boleh merosakkan mata dan cara duduk atau berbaring semasa menonton yang boleh mempengaruhi kesihatan tulang belakang.

Walaupun begitu, televisyen bukanlah satu-satunya cara yang terbaik dalam usaha memupuk kemesraan ahli keluarga. Banyak cara yang boleh dilaksanakan demi kesejahteraan ahli keluarga seperti;

1. Memperbanyak komunikasi dalam rumah. Contohnya semasa minum petang, mengemas rumah dan bersantai hujung minggu.

2. Sentiasa peka dengan perubahan dalam keluarga sama ada baik atau buruk.

3. Sentiasa memperbaiki hubungan kekeluargaan

4. Ibu bapa memainkan peranan bukan sekadar sebagai penjaga kepada anak-anak, malah lebih daripada itu. Ibu bapa yang bertanggungjawab akan bersedia menjadi guru, rakan, pemimpin dan pelindung terbaik buat ahli keluarganya.

5. Bagi keluarga yang beragama Islam, solat berjemaah adalah cara terunggul dalam mendekatkan hati setiap ahli keluarga.

Mengeratkan silaturahim sesama keluarga memerlukan usaha banyak pihak. Paling penting peranan ibu bapa itu sendiri dalam membentuk keluarga yang harmoni dan punya keutuhan silaturahim. Didikan awal kepada anak-anak tentang peri pentingnya pengukuhan silaturahim harus diberikan agar setiap ahli keluarga tidak berasa sendiri-sendiri.

Jadi di sini, kempen ‘tidak menonton televisyen selama seminggu’ seharusnya, bukan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama keluarga tetapi untuk hal yang lain iaitu, untuk mengelak obesiti dan penyakit-penyakit lain yang disenaraikan oleh para doktor seperti penyakit diabetes, tekanan darah tinggi dan kardiovaskular.


Sumber: http://www.yadim.com.my/Keluarga/KeluargaFull.asp?Id=162

Baca selanjutnya...

Wanita: Di Mana Hilangnya Malu?

Oleh ZALILA ISA

SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.


Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik.

Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian sopan.
Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.

Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Mereka menghisap rokok.

Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang ke arah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.

Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu.

Apa hukuman untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan memalukan itu? Ini merupakan musibah yang memudaratkan maruah wanita iaitu kehilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka.

Di tengah–tengah masyarakat tidak kira sama ada di bandar atau desa, wanita seperti yang digambarkan di atas boleh ditemui. Kononnya dahulu, gadis atau wanita yang seksi begini hanya boleh ditonton di bandar-bandar besar.

Namun kini, pemandangan seperti itu sudah menular dan boleh dilihat di mana-mana jua.
Kampung atau bandar, desa atau pekan, sekolah, universiti, taman, pasar, pusat membeli belah dan sebagainya.

Secara realitinya, zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya terdapat di kelompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Malahan, hal-hal yang berkaitan ‘menconteng arang ke wajah’ juga sukar ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar secara lucah, pelacuran dan sebaginya.

Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat malu itu merencatkan pembangunan sosial dan kemajuan dalam dunia wanita.

Tidak hairan, kini wanita mula dipandang sebagai golongan yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Wanita mula memegang pelbagai peranan dalan masyarakat, berkerjaya, bebas melontar pendapat dan berani dalam melakukan sesuatu tindakan.

Tidak hairan juga komoditi pasaran ekonomi sebahagian besarnya untuk wanita, daripada wanita, dan mengeksploitasi wanita. Hal sebegini banyak dibincangkan bukan sahaja oleh peneliti sosiobudaya malahan golongan wanita sendiri yang mendakwa diri mereka feminis atau pejuang hak wanita.

Mereka memperkata tentang penindasan terhadap wanita, hak sama rata yang harus dinikmati oleh wanita dan pelbagai perkara lagi yang menuntut suatu keadaan di mana wanita boleh menikmati apa yang dinikmati oleh kaum lelaki. Persoalan gender sebegini tidak akan habis sampai bila-bila.

Suatu hal yang kurang diperjuang oleh golongan feminis terutama untuk wanita yang beragama Islam ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat malu.

Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan emmelihara maruah kerana Allah.

Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...”

Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan.Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan.

Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat.

Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang dilarang oleh Allah, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat.

Wanita Muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden.

Mementingkan pandangan Allah s.w.t lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu.

Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin.

Rasulullah juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik.

Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap wanita menilai kembali sifat semulajadi atau lahiriah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu.

Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak. Insya-Allah.

Sudah tiba masanya, kumpulan atau golongan yang memperjuangkan hak wanita dan dunia wanita mengubah persepsi mereka terhadap peranan dan diri wanita dalam dunia masa kini. Mengejar kejayaan, kemodenan, kesamarataan taraf, menghindar penindasan dan sebagainya harus diperjuang, tanpa mengikis sifat wanita yang hakiki iaitu pemalu.

Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)

Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.

Sumber: http://www.yadim.com.my/Wanita/WanitaFull.asp?Id=151

Baca selanjutnya...

Fiqh Halal Dan Haram

مبادئ الإسلام في الشأن الحلال والحرام

الأصل في الأشياء الإباحة

التحليل والتحريم حق الله وحده

تحريم الحلال وتحليل الحرام قرين الشرك بالله

التحريم يتبع الخبث والضرر

في الحلال ما يغني عن الحرام


ما أدى الى الحرام فهو حرام

التحاليل على الحرام حرام

النية الحسنة لا تبرر الحرام

اتقاء الشبهات

لا محاباة ولا تفرقة في المحرمات


الضرورات تبيح المحظورات



(كتاب: الحلال والحرام في الإسلام(دكتور يوسف القرضاوي)


Terjemahan:

Prinsip-Prinsip Islam Dalam Perkara Yang Berkaitan Halal Dan Haram

•Asal sesuatu perkara adalah harus
•Menghalal dan mengharamkan sesuatu adalah semata-mata hak Allah SWT.
•Mengharamkan sesuatu yang halal dan menghalalkan sesuatu yang haram menyamai dengan perbuatan syirik kepada Allah SWT.
•Pengharaman sesuatu adalah bertepatan dengan sesuatu keburukan dn kemudharatan
•Pada yang halal itu tidak perlu mencari yang haram
•Apa yang menjurus atau membawa kepada haram adalah haram
•Berhelah pada sesuatu yang haram adalah haram hukumnya
•Sesuatu niat yang baik tidak boleh menghalalkan yang sedia haram
•Berhati-hati terhadap perkara yang shubhat(keraguan)
•Tidak berpura-pura serta membezakan perkara yang haram
•Dharurat membolehkan sesuatu yang dilarang
Baca selanjutnya...

Dari Mimbar Jumaat

تاجوق خطبة:فلقسنأن كونسيق ميرو يغ معروف دان منجكه يغ منكر ددالم مشركة

الحمد لله الذي نحمده ونستعينه ونستغفروه ونستهديه,ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا,من يهده الله فلا مضل له,ومن يضلل فلا هادي له, أشهد أن لا اله إلا الله, وحده لا شريك له,وأشهد أن سيدنا محمد عبده ورسوله,اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين.

أما بعد,
أيها المسلمون, عباد الله! اتقوا الله, واعلموا, أن الله مع المتقين.

سيدغ جمعة يغ درحمة الله سكلين,
ماريله سام-سام كيت ممفرتيغكتكن كإيمانن دان كتقواءن كفد الله دغن ملقسناكن سوروهن دان منجاؤهي لارغنن,مودهموداهن كيت ترماسوق دكالاغن اورغ-اورغ يغ برأونتوغ ددنيا دان أجيرة.

سيدغ جمعة يغ درحمة الله سكلين,
إسلام اداله اكام يغ برصفة شمول.سكل فندوان يغ دكاريسكن اوليه إسلام اداله اونتوق ممليهارا مأنسي كسلوروهنن.سكل حكوم دان فراتورن يغ دتتفكن بوكنله اونتوق ميوسهكن مأنسي تتافي اونتوق ممندو مأنسي منوخو كجالن يغ دريضائي الله.إسلام ممندو مأنسي اونتوق ملاكوكن سكل عمل كباجيكن دسمفيغ منجاؤهي كمنكران.نامون بكيتو,كيني,حاصل درفد فركمباغن سائينس دان تيكنولوجي,مأنسي سوده دليهت تنفا كاريس فندوان.فريلاكو كهيدوفن اومفام بيناتغ.دسان سيني كيت مندغر برلاكون فلباكاي جنيس كروسقن حاصل درفد مأنسي.برلاكون ككياتن كجورين,رومفاكن,فمبونوهن,كجالا معصية,فناكيهن داده,فغأباين ترهادف إينستيتوسي صلاة,فنديديقن إسلام دكتفيكن,رسواه برمهاراج ليلا ددالم مشركة دان بايق لاكي ككياتن منكر يغ دلاكوكن اوليه مأنسي.فرسوالنن مغافكه كمنكران اين ترجادي ددالم نكارا كيت؟جوابن,عمالن ميرو يغ معروف دان منجكه يغ منكر تله دأبايكن اوليه مشركة إسلام فد هاري اين.حاصلن,كهيدوفن مأنسي اومفام بيناتغ,تنفا هلوان دان كاريس فندوان.لوفاكه كيت كفد فرمان الله ددالم القراءن :

  •             



مقصودن,
"دان هندقله اد دأنتارا كامو يغ ميرو كفد كبائيكن,ميوروه كفد معروف ِدان منجكه داري يغ منكر,مريكله اورغ-اورغ يغ براونتوغ".

برداسركن كفد اية تادي ممبري كفاهمن كفد كيت تنتغ بتاف فنتيغن ميرو يغ معروف دان منجكه يع منكر.حال إين دمكين سباكاي كلنسوغن دعوه سبنر يغ دجتوسكن اوليه نبي محمد صلى الله عليه وسلم.سموا اورغ مغتاهؤي بتاف بسرن دوكائن يغ ترفقسا دتمفوهي اوليه بكيندا دالم اوسها ميرو يغ معروف دان منجكه يغ منكر.نامون اومة إسلام برأونتوغ جابرن يغ دهادفي تيدقله سهيبة جابرن كأتس نبي محمد صلى الله عليه وسلم.نامون بكيتو,تردافت سبيلاغن بسر درفد مأنسي يغ ملوفاكن فلقسنأن ميرو يغ معروف دان منجكه يغ منكر.

سيدغ جمعة يغ درحمة الله سكلين,
ككياتن ميرو يغ معروف دان منجكه يغ منكر بوليهله دبهاكيكن كفد ببراف بهاكين برسندركن كفد حديث نبي محمد صلى الله عليه وسلم:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
مقصودن,
"بارغ سياف يغ مليهت كمنكارن,هندقله داوبهن دغن تاغنن.جك إي تيدق ممفو هندقله داوبه دغن ليدهن دان جك إي تبدق ممفو جوكا,هندقله داوبه دغن فراسائن بنجي ددالم هاتي ترهادف سسواتو كمنكارن ايت دان ايت اداله سلمه-لمه إيمان"

برداسركن كفد حديث اين,فلقسنأن أونتوق ميرو يغ معروف دان منجكه يغ منكر مليبتكن ككواتن تاغن اتاو ككواسأن,مليبتكن ليده دان ملالوئي هاتي يائت تيدق سوكا كفد كمنكران ترسبوت.بركناءن ميرو يغ معروف دان منجكه يغ منكر ملالوئي ككواسأن سوده تنتوله مليبتكن فيهق بركواسا سام اد فيهق بركواسا فريغكت كامفوغ,دائيره,نكري دان نكارا.فيهق بركواسا بوليه ممائينكن فرنن يغ أمت بركسن ددالم أوسها مرياليساسيكن كونسيف ميرو يغ معروف دان منجكه يغ منكر.مانكالا ميرو يغ معروف دان منجكه يغ منكر دعن ليسان إيان مليبتكن كولوغن علماء اونتوق ملقسناكنن.فارا علماء برتغكوغجاوب ممندغكن علماء اداله كولوغن يغ ممفويائي علمو فغتاهوان دان بوليه دكوناكن سام اد ملالوئي جرامه أكام,خطبة جمعة,تذكره,كليه مغرب دان سباكاين.فرلو دإيغتكن فارا علماء هندقله براني اونتوق ميرو يغ معروف سرتا منجكه يغ منكر ولوفون مليبتكن كفيمفينن.إين كران سؤال كبنرن تيدق مغنل سياف.كبنرن واجب دتكقكن دمان ساج براد.تاهف يغ بريكوتن إياله ملالوئي هاتي.أفبيلا مأنسي ايت تيدق ممفو منجكه كمنكارن ملالوئي كواسا دان ليسان,مك ممادائيله منجكه كمنكارن ترسبوت ملالوئي هاتين دغن برإلتزام تيدق اكن ملاكوكن فربواتن كجي ترسبوت.

سيدغ جمعة يغ درحمة الله سكلين,
أوسها ميرو يغ معروف دان منجكه يغ منكر مستيله بردسركن كفد فندكاتن ترتنتو يغ برسسواين دغن فركمبغن زمن كيني.

فرتام: ملالوي فنديديقن,
تيدق بوليه دنفيكن فنديديقن اداله مروفاكن إيليمن ترفنتيغ دالم ممبنتوق فريبادي سسأورغ, اين ملالوى فنديديقن دالم كفهمن أسلام يغ مرغكومي كهيدوفن دنيا دان أخيرة دافت دترافكن سجارا تيدق لغسوغ دافت ممبري كفهمن تنتغ كفنتيغن ميرو يغ معروف دان منجكه يغ منكر. فغتاهون يغ جلس تنتغ إسلام سوده فستي دافت ممبنتوق إنسان مغنالي يغ مان دوسا دان فهلا, مان حرم دان مان حلال, مان بأيك دان بوروق, مان يغ درضأي الله دان دموركأي الله دان سبكاين. ملالؤي علمو سهاج دافت مغغكت درجة مأنسي, سبكيمان فرمان الله :

              


مقصودن,
"الله أكن منيغغيكن أورغ-أورغ يغ برأيمان دأنترا كامو دان دأنترا أورغ-أورغ يغ دبري علمو فغتاهون ببراف درجة. دان الله مها مغتاهوي أف يغ كامو كرجاكن".

كدوا:فرانن ميديا ماس دالم نكارا,
فركارا يغ ممبري أنجامن يغ بسر يغ مندوروغ كفد كمنكرن إياله ميديا ماس, جكالاو دساله كوناكن. هاري إين كيت دافت ليهت دالم تيليوشين(tv), فروغرم يغ بربنتوق هيبوران, ترلمفاو بايق جك هندق دبنديغكن دغن فرغرم يغ بربنبوق كأكامأن. فلبكاي فرغرم هيبوران د وجودكن يغ سجارا عمومن بوليه ممباوا كفد كمنكرن. بكيتو جوك ددالم ميديا جيتق. كيت بوليه ليهت بتفا بايقن مجاله دالم نكارا كيت يغ لبيه برصفة مروسقكن مشركة بربنديغ ممبنتوق مشركة كأراه كبأيكن.
جادي, فيهاق يغ تربابيت سفاتوتن مغكوناكن ميديا ماي ترسبوت أونتوق ميرو يغ معروف دان منجكه يغ منكر . حال اين كرانا ميديا ماسا أمت برفغاروه ددالم مشاركة. سكالا أف يغ ددغر أكن دعملكن دالم كهيدوفن. ملالؤي ميديا ماس بوليه دوجودكن فروغرام كأكامأن يغ بوليه ممبنتوق مشركة إسلام.

كتيكا: فرانن فنوليسن دالم مشركة.
فنوليسن دالم مشركة جوكا تيدق كوراغ فنتيغن دالم مشركة. كولوغن أكادميك تيدق هان فرلو تومفوكن كفد فنوليسن بربنتوق فييليديقكن سمات-مات تتافي سفاتوتن جوكا منوليس باهن-باهن بجأن يع برسسواين دغن مشركة عوام يغ أمت ممرلوكن باهن بجائن ترسبوت.

كأمفت: جرامه/ سمينار أكام إسلام.
فندكاتن ستروسن اياله إنتراكسي سجارا لغسوغ انتارا كولوغن علماء دان مشركة ملالؤي جرامه أكام دان سبكاين. فروغرام سبكيني أكن لبيه مندكتكن مشركة دغن أجاران إسلام. متلامتن دفت ملاهيركن أومة إسلام يغ برفكغ تكوه دغن أجاران إسلام.

سيدغ جمعة يغ درحمة الله سكلين,
دالم أوسها ميرو يغ معروف دان منجكه يغ منكر اين, بوكن هنيا سهاج مليبتكن فيهق ترتنتو سهاج بهكن مليبتكن سموا فيهق.

كسداران إنديويدو إيت سنديري.
حال اين أمت فنتيغ دالم أوسها ميرو يغ معروف دان منجكه يغ منكر. كسداران اين سوده تنتو أكن لاهير درفد سيستم فنديديقن يغ بركواليتي. فنديديقن اين هندقله مرغكومي فنديديقن يغ بربنتوق كأكامأن دان فنديديقن يغ بربنتوق كدنيأن.

فرانن يغ دمأينكن أوله إيبو باف.
إيبو باف ممفويأي فرانن يغ أمت بسر دالم منرافكن سيكف ميرو يغ معروف دان منجكه يغ منكر. اين كران فنديديقن أول اداله برمولا درومه. إيبو باف سمستين مغمبيل فرهاتين ترهداف أنق – أنق والاوفون سيبوق بركرجا. أنق – أنق بوكن بيناتغ ترناقكن يغ هنيا ممرلوكن مكانن سمات-مات أونتوق هيدوف, تتافي أمت ممرلوكن فمبنتوقكن روحاني يغ منتف. إيبو باف له يغ ممفو ممبنتوق أنق-أنق مريك برأسسكن أجاران إسلام يغ شمول.

فرانن مشركة دان اورغ عاوم,
ددالم كهيدوفن مأنسي سمأدا دكمفوع أتاو دبندر سوده تنتو هيدوف برسام مشركة. مأنسي تيدق ممفو هيدوف سليسا تنفا بركأول دالم مشركة. دالم فرسوألن اين سوده تنتو مشركة ممفويأي تغكوغجواب دالم أوسها ميرو يغ معروف دان منجكه يغ منكر. جك مليهت سسواتو كمونكاران يغ برلاكو دالم مشركة , مك مشركة فرلو بغكيت منجكة كمونكاران ترسبوت. ياقينله جك مشركة ممأينكن فرانن يغ بأيق, مك مشركة ترسبوت أكن منجادي مشركة يغ برادا دالم كريضأن الله.

فرانن فمرينته دان فيهق بركواس,
فيهاق بركواس أتاو فمرينته مروفاكن فيهق يغ فاليغ برأوتوريتي دالم أوسها ميرو كفد يغ معروف دان منجكه يغ منكر. فيهق كراجأن بوليه مغكوناكن كواس يغ أدا أونتوق مغهالغ كمنكران سمأدا ملالوي فغواتكواسأن أنداغ-أونداغ دان سبكاين. أفبيلا فغواتكواسأن أنداغ-أونداغ إين دلقسناكن, سوده فستي مشركة تيدق براني أونتوق ملاكوكن كمنكران ممنداغكن ريسيكو تينداقكن يغ أكن دكناكن أوليه كراجأن كأتس مريك. دغن إين, كمنكران دافت دجكه سجارا لغسوغ.

سيدغ جمعة يغ درحمة الله سكلين,
كسن بوروق فغأباين ميرو يغ معروف دان منجكه يغ منكر اياله:
• كمنكارن تروس برللواسا ددالم مشركة
• الله منورونكن بلا سباكايمان يغ برلاكو كفد أومة ترداهولو
• دعاء تيدق دمقبولكن أوليه الله

• نكارا أكن براد دالم كوجر كاجير سرتا تيدق دريضأي الله
• أومة إسلام اكن دفندغ سيروغ

سيدغ جمعة يغ درحمة الله سكلين,
كسيمفولنن :
• كواجيفن ملاكوكن سوروهن ميرو يغ معروف دان منجكه يغ منكر اداله تغكوغجواب سموا فيهق دان بوكنن تغكوغجواب فمرينته سمات-مات.
• مشركة إسلام هندقله سنتياس برسديا منريما تكوران دأتس كمنكارن يغ برلاكو دالم مشركة دان برأوسها برساما-ساما ممبتتوق مشركة يغ برفكغ تكوه دغن أجاران إسلام.
• كفاهمن تنتغ أجران إسلام هندقله دتروكأي أكر فمبنتوقن مشركة إسلام دافت دبنتوق دغن بركسن تنفا برلاكون فغأباين كفد ميرو يغ معروف دان منجكه يغ منكر.
• كسن فلقسنأن سوروهن يغ معروف دان منجكه يع منكر أكن ملاهيركن أومة يغ بركواليتي سرتا مشركة دان نكرا يغ أمن سرتا معمور سرتا مندفت كأمفونن الله سبكايمان فرمان الله:
    

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم,
  •  ••                     
مقصودن,
"كامو اداله أومة يغ تربأيق يغ دلاهيركن أونتوق مأنسي, ميوروه كفد يغ معروف دان منجكه دري يغ منكر, دان برأيمان كفد الله. سكيران أهلي كتاب برإيمان, تنتوله إيت لبيه بأيق بكي مريك, دأنترا مريك أد يغ برأيمان, دان كبايقن مريك أداله أورغ-أورغ يغ فاسيق".

بارك الله لي ولكم في القراءن العظيم, ونفعني وإياكم بالأيات والذكر الحكيم, وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم.أقول قول هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم.


Nota: Harap maaf terdapat masalah teknikal pada font jawi dan tulisan ayat al-Quran.
Baca selanjutnya...

Sesi Pengajian Kitab Tanbiih al-Ghaafiliin

Sambungan

Muqaddimah
Bahagian Tiga(Dorongan Mengarang Kitab Ini)


TEKS ASAL KITAB:

Amma ba’du,
Adapun kemudian dari itu maka adalah tatkala hijrah Nabi SAW seribu seratus lapan puluh empat tahun maka sanya telah meminta kepada aku oleh seorang daripada sahabatnya yang besar pada aku pada menghimpunkan suatu risalah pada menyatakan ilmu hadith yang muwafaqah atas mazhab ahl sunnah wal jamaah pada hal aku memudahkan daripada Bahasa Arab kepada Bahasa Melayu supaya beroleh manfaat dengan dia kiranya siapa bagi barangsiapa yang tiada tahu berbahasa arab maka memperkenankan oleh faqir yng doif lagi bebal yang tiada mempunyai ilmu dan amal pada hal aku berpegang kepada Allah Taala iaitu Haji Abdullah anak Abdul Mubin Syafie mazhabnya dan bahawa dijadikan kiranya mukhtasar ini tulus ikhlas bagi yang hadratnya yang mulia dan kunamai hadith ini Tanbiih al-Ghaafiliin(تنبيه الغافلين) ertinya mengingatkan bagi orang yang lalai kerana sabda Nabi SAW: (bermula) menunjukkan atas kebajikan itu serasa-rasa pahala berebutdia, riwayat Bukhari dan Muslim.


Huraian:

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat meneruskan lagi penerokaan kitab ini serta dapat diambil segala manfaat yang ada di dalam kitab ini. Pada kali ini, kita akan membincangkan mengenai faktor dorongan pengarang kitab ini menulis kitab ini untuk menjadi bahan tatapan yang berguna pada generasi demi generasi.

Pengarang kitab ini menyatakan bahawa pada tahun 1184 hijrah, seorang sahabat akrabnya(mungkin) telah memintanya menghimpunkan sebuah risalah(kitab ini) yang membincangkan mengenai ilmu hadith yang bertepatan dengan mazhab kita Ahli Sunnah wal Jamaah. Sebenarnya risalah ini adalah hasil penterjemahan penulis daripada kitab yang berBahasa Arab kepada Bahasa Melayu bagi memudahkan serta dapat memberi faedah kepada para pelajar dan orang awam yng tidak boleh memahami Bahasa Arab. Maka atas permintaan itu, pengarang bersedia menghimpunkan kitab ini. Pengarang membahasakan dirinya tiada ilmu dn bebal yang sentiasa bergantung kepada Allah SWT jua. Begitulah para ulamak yng ikhlas dalam menyampaikan ilmu mereka. Mereka tidak pernah berbangga dengan ilmu yang ada bahkan sentiasa merendah diri. Tidak seperti ulamak hari ini, berbangga dengan ilmu yang ada bahkan sentiasa menganggap dirinya yang serba tahu. Tidak semua ulamak bersikap begitu. Ada juga yang ikhlas.

Pengarang kitab ini namanya Haji Abdullah Bin Abd Mubin yang bermazhab Syafie. Beliau menulis kitab ini hanyalah semata-mata ikhlas kepada Allah SWT jua. Maka pengarang kitab ini menamakan kitab hadith ini dengan nama Tanbiih al-Ghaafiliin yang bermaksud peringatan bagi orang yang lalai yang bertepatan dengan hadith yang menyatakan bahawa menunjukkan atas kebajikan dan kebaikan serta kebenaran itu adalah sebanyak-banyak pahala.

Memberi peringatan ini adalah tanggungjawab manusia. Jika tidak ada manusia yang saling ingat mengingati maka masyarakat akan dipenuhi dengan kemaksiatan. Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk memberi peringatan dan berita gembira. Begitu juga selepasnya yang digalas tanggungjawab itu oleh para sahabat, para tabiin, serta para ulamak dulu dan kini. Sebaik-baiknya manusia pada hari ini menuruti panduan yang dibawa oleh para ulamak yang pada asalnya dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Wallahu Subhaanahu Wa Taala A’lam.

Bersambung.......................
Baca selanjutnya...

al-Qawaid al-Fiqhiyyah

Lima Kaedah Utama

i)الأمور بمقاصدها
setiap perkara dilihat berdasarkan niat.

ii)اليقين لا يزال بالشك
Keyakinan tidak dihiangkan dengan keraguan

iii)المشقة تجلب التيسير
Kesukaran membawa kepada kemudahan

iv)الضرر يزال
Kemudharatan mesti dihilangkan

v)العادة محكمة
Adat(kebiasaan) menjadi hukum




Baca selanjutnya...

Jawatan Kosong ,Diperlukan Segera!!!!!!!

Kemasukan segera!!!!!
Tiada Had Kekosongan!!!!!!
Memerlukan Seramai Mungkin!!!!!


Kepada semua muslimin/muslimat yang berkelayakan anda semua digalakkan untuk mengisi kekosongan jawatan yang tersebut di bawah ini. Penyertaan anda adalah sangat-sangat dialukan.

Butirannya adalah seperti berikut:

Jawatan: Pejuang Islam
Majikan: Allah SWT
Kemasukan: Segera
Gaji : Berdasarkan Keikhlasan dan istiqamah
Taraf: Tetap(sepenuh masa)
Penempatan: Tidak terhad
Bidang Kerja: Tidak terhad

Syarat-Syarat Permohonan:
Ikhlas
Istiqamah
Sabar
#Syarat-syarat lain akan dipantau dari semasa ke semasa.

Sesiapa yang berminat bolehlah memohon segera. Pengisian jawatan adalah segera. Sebarang kemusykilan sila hubungi al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas.

Ulasan Pengiklan:

Kepada semua, macam mana ? Dah antar resume nak mohon jawatan ke? Harap-harap semua berminat dengan jawatan tersebut.hehe
Sahabat sekalian, sebenarnya semua diantara kita ini adalah bertanggungjawab untuk menjadi pejuang kepada agama Islam ini. Tiap-tiap diantara kita bertanggungjawab. Disini saya perincikan maklumat mengenai item-item diatas.

a)Kemasukan Segera:
Sesungguhnya kekuatan Islam adalah bergantung kepada kekuatan umatnya. Islam amat memerlukan pejuang-pejuang yang sanggup memperjuangkan agama yang suci setiap masa dan secara segera.

b)Tiada Had Kekosongan:
Jawatan Pejuang-Pejuang Islam ini tiada had kekosongannya. Islam memerlukan seramai mungkin para pejuang untuk menyampaikan dakwah dan risalah Islam ini. Permohonannya dibuka sepanjang tahun.

c)Jawatan: Pejuang Islam
Nama jawatan yang diberikan adalah Pejuang Islam. Jawatan pejuang Islam ini mampu dimiliki oleh semua orang yang berminat. Tiap-tiap kita adalah pejuang Islam.

d)Majikan: Allah SWT
Sebagaimana yang kita ketahui, Islam adalah agama yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad dan disampaikan kepada manusia. Manusia juga diciptakan oleh Allah SWT. Dalam Islam, segala kerja buat dan kelakuan kita adalah kerana Allah SWT. Baik solat kita, politik kita, ekonomi kita, sosia kita , semuanya kerana Allah SWT. Oleh itu, perkhidmatan kita untuk Islam juga adalah semata-mata kerana Allah SWT. Apa kerja pun mesti kerana Allah SWT.

e)Gaji : Berdasarkan Keikhlasan dan istiqamah
Dalam perjuangan Islam ini, segala kebaikan yang diperolehi dan bakal diperolehi hanya Allah SWT yang mengetahuinya. Apa yang penting, hidup kita sentiasa dalam keadaan diredhoi Allah SWT. Namun begitu, dalam perjuangan ini keikhlasan dan istiqamah amat penting agar segala tindakan kita diterima Allah SWT.

f)Taraf: Tetap(sepenuh masa)
Dalam perjuangan Islam juga, tiada istilah part time. Tetapi perjuangan Islam adalah sepenuh masa. Dalam usaha untuk menyampaikan kebenaran Islam itu tidak terhad pada sesuatu masa sahaja bahkan dalam keadaan dan apa jua situasi sekalipun.

g)Penempatan: Tidak terhad
Begitu juga kerja-kerja Islam ini tidak hanya terhad kepada sesuatu tempat atau keadaan sahaja. Tetapi merangkumi semua tempat dan keadaan. Di mana sahaja kita berada risalah Islam mesti disampaikan dan ditegakkan semampu mungkin.

h)Bidang Kerja: Tidak terhad
Dalam usaha untuk menyebarkan Islam ini, ianya merangkumi pebagai metod yang boleh diaplikasi. Lakukan apajua bentuk asalkan ianya mampu membantu menyampaikan kefahaman Islam kepada masyarakat. Contohnya: blogger. Ini juga adalah merupakan wasilah dalam menyampai kerja-kerja Islam asalkan sesuatu yang ditulis itu menguntungkan Islam.

Syarat-Syarat Permohonan:

a)Ikhlas
Sebagaimana yang kita ketahui keikhlasan adalah merupakan prasyarat utama yang menjamin sesuatu yang dilakukan diterima Allah SWT. Lebih-lebih lagi dalam perjuangan Islam yang mulia ini, amat-amatlah memerlukan keikhlasan yang sangat baik. Menyertai perjuangan Islam bukan bertujuan mengumpul pangkat dan kekayaan, tetapi mencari keredhaan Allah SWT.

b)Istiqamah
Istiqamah amat penting dalam perjuangan Islam. Bagi mereka yang ikhlas sahaja yang mampu untuk istiqamah dalam perjuangan ini. Bagi mereka yang berjuang bukan kerana Allah SWT, maka mereka tidak akan mampu istiqamah dalam perjuangan mereka. Berapa ramai manusia yang tidak memperolehi jawatan, kekayaan, pangkat dan kedudukan akhirnya akan melupakan perjuangan Islam yang suci. Itulah hasil ketidakikhlasan yang menyebabkan mereka tidak istiqamah dalam perjuangan.

c)Sabar
Dalam perjuangan Islam ini, sesungguhnya para pejuang akan berhadapan dengan pelbagai dugaan dan rintangan. Rintangan itu adakalanya ringan dan adakalanya sangat berat untuk dihadapi. Namun bagi mereka yang bersabar, ujian itu akan dihadapi dengan tenang bahkan mampu menguatkan keimanan mereka serta semangat mereka untuk menegakkan Islam. Hendaklah diingatkan, bahawa dalam perjuangan Islam ini, para pejuang pasti akan diuji. Jika seseorang yang mengaku berjuang Islam tetapi belum diuji, maka perlu disemak atau dilihat kepada beberapa perkara. Pertamanya, benarkah perjuangan tersebut perjuangan Islam. Jika ianya bukan perjuangan Islam, maka sudah tentu anda tidak diuji. Jika memang benar, perjuangan itu perjuangan Islam tetapi anda belum diuji, maka lihat perkara yang kedua iaitu, sejauhmana penglibatan anda dalam perjuangan Islam. Adakah sekadar berjuang ditepi-tepian saja? Takutkan hilang jawatan? Kedudukan? Dan sebagainya. Jika demikian, sudah pasti anda tidak diuji. Kerana apa? Kerana belum memenuhi syarat perjuangan Islam iaitu, perjuangan yang benar-benar perjuangan Islam dan penglibatan yang menyeluruh dalam perjuangan Islam.

Sekian, moga ada manfaatnya.
Baca selanjutnya...

Pengajian Hudud (Muqaddimah)

Konsep Hudud

Takrif Dari Sudut Bahasa


Dewan Bahasa Dan Pustaka:
Hudud bermaksud had ataupun batas, perenggan, hingga dan setakat.

Kitab Lisan al-Arab:
Had ialah pemisah antara dua perkara agar kedua-duanya tidak bercampur-aduk atau bertembung antara satu sama lain.
Perkataan ini juga digunakan bagi erti hujung sesuatu atau untuk membezakan antara sesuatu dengan yang lain.

Berasaskan pengertian ini, apabila disebut hudud Allah, ia bererti sesuatu yang telah dinyatakan oleh Allah SWT sebagai halal atau haram dan memerintahkan supaya ketentuan itu dipatuhi.

P/s: Maklumat ini adalah diringkaskan daripada sumber berikut:

Sumber: Hudud Hukum Dan Pelaksanaan
Oleh: Prof Madya Datin Dr Paizah Hj Ismail
Penerbit Karya Bestari Sdn Bhd(Shah Alam)

Baca selanjutnya...

Muqaddimah 'Ilmu al-Faraid

Sambungan.....


المبادىء العشرة(Sepuluh Perkara Penting/Pokok Mengenai Ilmu Pusaka)

Penyusunan:
Allah SWT telah menjelaskan di dalam al-Quran, kemudian diterangkan oleh Nabi Muhammad seterusnya para sahabat dan Imam-Imam mujtahid.

Nama:
Ilmu al-Faraid, Ilmu al-Mawarith. Dalam bahasa kita disebut ilmu pusaka.

Sumber Rujukan:
Al-Quran, al-Hadith dan al-Ijmak.

Hukum Mempelajari:
Fardhu kifayah

Skop Perbincangan:
Masalah tentang kaeadh perwarisan, perkara-perkara yang menghalang perwarisan, serta cara memcari masalah pembahagian pusaka ini.


Baca selanjutnya...

Muqaddimah 'Ilmu al-Faraid

المبادىء العشرة(Sepuluh Perkara Penting/Pokok Mengenai Ilmu Pusaka)


Definisi:
Ilmu yang berkisar perbincangannya mengenai cara-cara yang wajar di ambil berat dalam proses pembahagian pusaka kepada yang berhak.

Perkara Yang Berkaitan Perbahasan:
1)Pengertian pusaka
2)Pengenalan tentang waris
3)Cara pembahagian

Faedah:
Pembahagian pusaka menurut Islam

Kelebihan:
Hadith yang bermaksud: " Pelajarilah ilmu al-Faraid sebagaimana kamu mempelajari al-Quran" Riwayat Ibn Umar

Perbandingan:
Merupakan salah satu cabang daripada ilmu al-fiqh.


bersambung.......
Baca selanjutnya...

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day

22-24 November 2005(Muzakarah Kali Ke 71)

Keputusan:

Amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adaah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Sumber: JAKIM

Baca selanjutnya...

Manusia Ka Apa?

Kalau kita semua ambil perhatian dan prihatin dalam minggu ni saja terdapat dua kes buang bapa. Biasanya kita duk dengar kes buang anak terutama sekali melibatkan anak haram. Tapi sekarang ni dah lain pulak. Buang bapa pulak. Sungguh pelik manusia sekarang. Apa yang tak dak kat Malaysia ni. Semua benda boleh buat. Hebat sungguh!


Cubalah bayangkan seorang warga emas yang dah nak tunggu hari kematian pun diperlakukan macam binatang oleh keturunan dia sendiri. Ada ka patut bapa pegi terima rawatan pun tak sanggup nak pegi ambik. Bukan apa pun. Bukan suruh dia yang buat rawatan. Cuma tolong pegi hantar dan ambil kat pusat rawatan bila dah selesai rawatan. Itu pun tak boleh ka.

Betullah kata orang tua-tua. Ibu bapa boleh jaga anak sampai 7, 8 orang, bahkan sampai berbelas orang pun ada. Tapi anak yang ramai tu tak mampu nak jaga ibu bapa dia. Lupa daratan sungguh. Manusia yang tak bersyukur dan tak berhati perut. Ibu bapa masa jaga anak, mereka kalau boleh tak mahu anaknya disakiti hatta dihinggapi nyamuk sekalipun. Kalau anak demam, sanggup tak tidur malam.

Dalam Islam seorang anak wajib berbuat baik kepada kedua ibubapanya hatta ibu dan bapa mertua sekalipun. Berbuat baik itu bukan hanya sekadar bagi makan, pakai, perubatan sahaja bahkan apa yang paling penting kasih sayang dari anak-anak. Saya yakin ibu bapa tidak mengharapkan sangat bantuan material dari anak-anak. Tapi anak-anak yang dah kerja besar dan pendapatan lumayan tak kan la tak boleh hulur sikit sebanyak sama ada dalam bentuk kewangan dan sebagainya.

Perlu diketahui ibu bapa yang telah melangkaui usia emas emosinya cepat tersentuh. Kadang-kadang sesuatu yang tidak disedari oleh anak melukakan hati mereka. Tapi bila dah buang bapa tepi jalan tu, memang sah la melukakan hati bapa tu. Anak sepatutnya menjaga perasaan mereka serta melayani kehendak dan keperluan mereka.

Dalam isu ini seperkara yang saya nak sebutkan ialah mengapa anak-anak sekarang menjadi begitu. Bagi saya punca utama yang menyebabkan anak-anak bersikap tidak menghormati dan tidak menghiraukan ibu bapa ialah tiada didikan agama. Kebanyakannya itulah masalah pokoknya. Kalau anak-anak diberi didikan agama yang cukup, saya yakin isu ini tidaklah sampai ketahap yang berlaku sekarang. Kalau ibu bapa dah bagi didikan agama tapi anak masih bersikap begitu, maka sahlah anak tu anak derhaka dan nak terjun dalam api neraka.

Akhir sekali, bagi ibu bapa yang tidak dipedulikan oleh anak-anak, saya menyarankan supaya dengan sisa baki umur yang masih ada itu, pergilah ke pondok-pondok pengajian Islam yang masih wujud di negara kita. Di sana mereka boleh menghabiskan sisa hidup mereka dengan menuntut ilmu yang dijalankan tiap-tiap hari disamping dapat beribadat dengan sempurna. InsyaAllah di sana adanya ketenangan. Dan yakinlah anak yang durhaka itu, akan dilakukan perkara yang sama oleh anaknya nanti terhadapnya.
Baca selanjutnya...

Ijmak Ulamak

نوعا الصلاة


لا خلاف في أن الصلاة تكون فرضًا, وتكون تطوعً

Huraian
Tiada Khilaf (sepakat para ulamak), sesungguhnya solat itu terbahagi kepada fardhu dan sunat. Adapun solat fardhu itu wajid dilakukan oleh tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan secara pasti dan ijmak ulamak secara keseluruhannya. Solat fardhu itu adalah solat lima waktu sehari semalam dan solat Jumaat yang wajib ditunaikan secara berjemaah. Solat Jumaat tidak sah dilakukan secara sendirian. Manakala solat sunat itu tersangatlah banyak didalam Islam.




Baca selanjutnya...

Pemangku Raja Berjiwa Islam


Malam tadi telah berlansungnya solat hajat yang dihadiri ribuan rakyat Kelantan bagi mendoakan kesihatan dan keselamatan KDYMM al-Sultan Negeri Kelantan. Apa yang menarik perhatian saya ialah solat tersebut dihadiri oleh anakanda KDYMM al-Sultan Negeri Kelantan yang juga Pemangku Raja Kelantan iaitu Tengku Mohammad Faris Petra.


Suatu peristiwa yang amat bersejarah bagi saya pada malam tersebut ialah Pemangku Raja mengimami solat hajat tersebut. Satu sejarah yang saya tak pernah alami setelah 23 tahun hidup di atas muka dunia ni. Tok guru Nik Aziz pula katanya sepanjang 75 tahun usia beliau, beliau tidak pernah melihat Pemangku Raja menjadi Imam solat. Inilah kali pertama.

Kalau sebelum ini juga berlaku di negeri Kelantan, di mana Ketua Polis Negeri membaca khutbah Jumaat di sebuah masjid. Ini juga teladan yang baik yang merupakan cetusan kepimpinan yang sangat baik yang akan memberikan sinar kepada suasana dan keharmonian di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Inilah kejayaan kepimpinan Islam.

Berbalik kepada isu tadi, kemampuan Pemangku Raja mengimami solat hajat tersebut amat-amat membanggakan kita semua umat Islam.Peristiwa ini akan membuka mata keseluruhan rakyat Kelantan untuk lebih mendekati Islam. Dan Pemangku Raja adalah merupakan role model untuk negeri Kelantan dan Malaysia. Amat jelas kepada kita bahawa jiwa Pemangku Raja ini sangat dekat dengan Islam dan amat-amat menghayati ajaran Islam.

Apa yang boleh dikatakan disini Pemangku Raja adalah seorang anakanda yang soleh kepada ayahda dan bondanya. Hal ini terbukti apabila mampu mengimami sendiri solat hajat untuk kesejahteraan ayahda baginda yang sedang gering itu. Tiada apa yang diharapkan oleh ibu dan bapa kepada anaknya melainkan doa daripada anak yang soleh. Dan Pemangku Raja telah melakukannya dan jelas sekali baginda seorang anakda yang soleh kepada ayahda dan bonda baginda.

Baginda juga seorang Pemangku Raja yang mewarisi kepimpinan Rasulullah SAW dan khalifah selepas Rasulullah SAW. Keupayaan baginda mengimami solat menunjukkan kepimpinan Islam yang ditonjolkan oleh baginda. Tidak mustahil suatu hari nanti kita akan dapat menimba ilmu daripada kuliah-kuliah yang akan disampaikan oleh baginda Pemangku Raja. Doakan kesejahteraan dan ketenangan kepada Pemangku Sultan. Tidak lupa juga doakan kesihatan kepada KDYMM al-Sultan Negeri Kelantan.

Yakinlah, jika Pemangku Raja yang begitu hampir rohnya dengan Islam, insyaAllah seluruh rakyat jelata khususnya rakyat Kelantan juga akan kuat Islamnya. InsyaAllah.

DAULAT TUANKU.
Baca selanjutnya...

Kagumnya Aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hari ini selepas solat Zohor, aku dengan dua orang sahabat aku pergi jalan-jalan kat Gombak. Nak pergi cari kitab. Kawan aku yang sorang tu nak cari kitab al-Azkar karangan Imam Nawawi, yang sorang lagi nak cari kitab apa aku tak pasti. Tapi aku dengar dia dok tanya tentang kitab Fiqh Islami Wa Adillatuh. Aku pulak sekadar ikut ja. Tak bercadang nak beli apa apa kitab pun. Dalam fikiran nak cari kitab tentang Fiqh Usrah. Ada la dua buah kitab. Tapi aku tak jadi beli. Kawan aku pun tak jadi beli jugak. Takpala. Boleh jalan-jalan kat Gombak. Lagipun kedai buku ni harganya murah sangat. Untuk ahli bagi diskaun 40% dan bukan ahli 30%. Kat situ memang best sangat sebab banyak buku. Tak larat nak belek. Belek-belek saja ja la. Beli tidak juga. Memang niat aku Cuma nak pegi kenal kedai tu ja.


Kat kedai buku tu aku dapat mengenali seseorang yang sebelum ni aku pernah kenal melalui media saja. Sedang aku dan kawan-kawan duk cari-cari buku aku ternampak la beliau. Beliau juga tengah cari-cari buku. Banyak juga buku kat tangan. Terkejut pun ada. Respect pun ada. Malu pun ada. Bangga pun ada jugak. Aku angkat tangan kat beliau. Beliau senyum dan angkat tangan kat aku. Lawan angkat tangan la pulak.hehe. Kemudian dia datang dekat aku dan kawan-kawan. Aku dan kawan-kawan pun bersalam la. Apa lagi. Ingat senang ka nak jumpa. Memang mesra betul. ’ustaz cari buku ke? Sapa aku. ’haah sikit-sikit’ jawab beliau. Lebih kurang macam tu la. ’Banyak ustaz beli buku’ tegur aku lagi. ’takde la sikit-sikit je’ sambil berseloroh. Ye la bagi aku banyak la juga kitab tu jika lebih dari dua. Kan dah jamak.

Terdapat beberapa perkara yang aku sangat kagum dengan beliau yang selama ini aku tak tau. Walaupun pertama kali bertemu tapi jelas kemesraan beliau kepada orang ramai. Macam tu la pemimpin. Mudah ditegur sapa hatta di kedai buku. Sebelum beliau keluar dari kedai buku itu , sempat lagi melemparkan senyuman dan memberi salam. Ditangannya ada beberapa buah buku yang aku fikir lebih dari empat buah. Entahla betul ka tak. Aku tengok dari jauh ja.

Perkara yang aku dapat tau lagi tentang beliau ialah ,mengenai hobinya. Tanggapan aku saja la. Beliau tak bagitau pun kat aku kata hobinya membaca. Kalau tak hobinya, mungkin kesukaanya. Kalau tidak pun buku tu untuk anaknya. Tapi biarlah aku anggap hobinya membaca disamping hobinya yang lain. Yang aku kagumnya, ustaz ni sangat-sangat sibuk. Beliau bukan sahaja ulamak tapi tertanggung dikepalanya pelbagai tugas kepimpinan dan sebagainya. Seorang manusia yang sibuk begitu pun masih ada masa untuk membelek buku, membeli dan membacanya. Hebat. Memang betullah, pemimpin yang berilmu memang rakyat akan selamat dan bahagia. Beliau yang saya maksudkan ialah YB USTAZ NASHARUDDIN MAT ISA.
Baca selanjutnya...

Ilmu Tasawuf (Kitab Zaadu al-Mutaa’llim)

(Bahagian 2)

Sambungan……

Sifat-Sifat Mahmudah
Sifat-sifat yang dipuji pada syarak
Sepuluh sifat(sebagaimana yang terdapat dalam kitab Zaadu al-Mutaa’llim)

(Teks asal kitab Zaadu al-Mutaa’llim)


Huraian:

Pada kesempatan ini kita akan membicarakan mengenai sifat-sifat mahmudah. Sifat mahmudah ini adalah sifat yang sangat terpuji pada sisi syarak. Manakala lawan bagi sifat mahmudah ialah sifat mazmumah iaitu sifat-sifat yang keji bahkan mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Sunah menjadi sunnatullah apabila Allah SWT menjadikan sesuatu itu ada pasangannya. Ada lelaki ada perempuan. Ada langit ada bumi. Ada tinggi ada rendah. Begitulah juga, ada baik dan ada buruknya. Ada sifat mahmudah dan ada sifat mazmumah.

Dalam kitab ini, pengarang membincangkan sepuluh sahaja sifat mahmudah yang tersangat penting dalam kehidupan manusia. Adapun sifat mahmudah itu bukan lah itu sahaja bahkan lebih daripada itu. Namun perbincangan kita akan berkisar mengenai sepuluh sifat utama ini sahaja sebagai pedoman kepada mereka yang mencari pedoman.



Sifat Mahmudah yang Pertama: Taubat
Taubat: iaitu kembali daripada yang telah dilakukannya dengan beberapa syarat-syarat yang tertentu.

(Teks asal kitab Zaadu al-Mutaa’llim)

Sifat yang pertama yang akan kita bicarakan ialah taubat. Taubat dalam bahasa mudahnya kembali. Apa yang dapat difahami daripada kembali ini ialah kembali daripada melakukan sesuatu yang keji yang mungkar. Jika dulu seseorang itu tidak minum arak, kemudiannya meminum arak dan seterusnya kembali kepada asal iaitu tidak meminum arak. Itulah taubat secara mudah hendak difahami. Namun manusia hari ini jangan kata nak bertaubat bahkan seronok pula melakukan maksiat malah berbangga. Inilah manusia yang sangat malang. Bila buat maksiat tak mahu nak bertaubat. Orang yang beriman, walaupun kadangkala melakukan sesuatu dosa, tetapi mereka akan bertaubat segera. Tiap-tiap manusia akan buat kesalahan dan dosa, sebaik-baik manusia yang buat dosa ialah mereka yang bertaubat dari dosanya. Nabi Muhammad sendiri sehari beristirgfar 70 kali sehari sedangkan baginda adalah ma’sum. Kita yang tak ma’sum ni berapa banyak kita istirgfar? Jadi, berusahalah menjadikan diri kita ni manusia yang sentiasa memohon ampun kepada Allah SWT baik dosa itu dilakukan secara sengaja ataupun tidak. Inilah manusia yang akan dapat keampunan AllahSWT.
WALLAH A’LAM

Bersambung.......(akan datang membicarakan mengenai syarat-syarat taubat)
Baca selanjutnya...

Ulamak Pun Masuk Neraka?

Negara kita Alhamduillah memang terlalu banyak orang yang sangat arif dan faham tentang Islam. Tapi dari segi pengaplikasian ilmu yang ada itu saya pun tak tahu sejauhmana keberkesanannya. Takpala yang penting ada golongan yang banyak ilmu tentang Islam. Senang sebut kita panggil ulamak la.Banyak juga ulamak-ulamak kita sama ada lepasan luar negara ataupun dalam negara yang tak kurang hebatnya. Bahkan ulamak kita sekarang dah ada dah sampai ke peringkat PhD. Alhamdulillah hebat!!!!!!


Kalau dulu sama ada sebelum merdeka atau di awal selepas kemerdekaan ulamak yang biasanya dari Tok-tok guru pondok yang kebanyakkan menuntut di Makkah. Balik Tanah Melayu yang sekarang dikenali Malaysia buka pondok dan sampaikan ilmu yang ada pada diri mereka. Hasilnya mereka berjaya membawa masyarakat lebih memahami Islam dan mengamalkan Islam secara menyeluruh bukan separuh-separuh ikut nafsu dan kepentingan diri. Alhamdulillah sampai ke hari ini masih ada pondok pengajian Islam tapi tak banyak sangat dah. Ditelan zaman. Mak bapak sekarang pun pelik juga. Bila anak gagal UPSR baru kelam kabut nak hantar anak ke pondok. Kata mereka "dunia tak dapat dah, cari akhirat la pulak". Ini pandangan akal yang dibaluti sekular.

Takpala, sekarang ni palajar agama pun dah ada tempat dah. Banyak dah IPT yang menawarkan kursus pengajian Islam di seluruh negara. Maka bercambahlah ulamak-ulamak dalam Malaysia. Banyak sungguh sampai ramai yang menganggur. Kalau dulu lulusan pengajian Islam ni sekadar dapat balik buka pondok pun dah cukup baik. Dapat sebarkan ilmu yang ada disamping membetulkan masyarakat yang tak betul-betul. Tak dak gaji, yang diharapkan hanya redho Allah SWT. Golongan ulamak mutakhir ini dah mula 'cerdik' dah. Lepas graduan, menganggur, sambil tunggu untuk berkhidmat dengan sektor awam. Gaji besar, kereta besar, rumah besar, bini pun mungkin ramai. Takpala rezeki!!!!!!Ingat, saya tak kata semua ulamak sekarang macam tu. Ada la sebilangan.

Saya nak sebut disini, ulamak sekarang ada macam-macam. Tak kira di mana la. Mana-mana pun sama saja. Ulamak itu ada dua macam pada saya. Ulamak dunia dan ulamak akhirat. Kalau ada yang tak setuju, takpa la. Terpulang la. Itu pandangan saya.Kamu semua tau dak ulamak dunia dan ulamak akhirat tu apa? Ala senang ja. hangpa tengok-tengok la senarai ulamak kat Malaysia ni. Pandai-pandai la buat bandingan. Pakat ada otak belaka dah. Tapi kalau ada otak, akal tak jalan tak guna jugak. Lembu kerbau pun ada otak jugak yang akhirnya otak tu manusia yang mentekedarah(makan la tu).

Ulamak dunia mudah ceritanya kerja buat dia adalah lil fulus. Ad-dunnia bi du nilfulus mampoos. Mungkin dia pegang falsafah tu kot. Asal ada ja pulangan masuk waimma fulus, juga jawatan dan apa apa saja, akan dipertahankan segala kemaksiatan, kemungkaran, kezaliman dan sebagainya.Paling malang sanggup buat kenyataan membenarkan tindakan yang salah. Harap-harap tak dak ramai la ulamak lagu tu. Tapi masalahnya ulamak macam ni tetap ada. Ulamak yang mempertahankan kebathilan juga adalah ulamak yang mementingkan dunia.

Ulamak akhirat pula ulamak yang jenis mempertahankan kebenaran dengan ilmu yang dia ada dan dipelajari. Segala bentuk kemungkaran dan kemaksiatan ditegahnya bahkan ada yang sanggup kehilangan pangkat dan jawatan. Ni baru ulamak betul-betul guna ilmu dia. kebenaran itu tetap akan ditegakkan walaupun akan menghadapi pelbagai fitnah, penghinaan, cercaan, kutukan dan sebagainya. Tapi mereka ini tetap meneruskan perjuangan mereka tanpa rasa lemah dan takut. Ini dia ulamak yang boleh membetulkan manusia dan mengajak manusia menerima Islam secara syumul.

Kesimpulannya: Ramai ulamak pun tak guna juga kalau semuanya penakut dan dayus. Biar sikit yang ada tapi berupaya membetulkan masyarakat dan mengajak masyarakat memahami Islam.
Baca selanjutnya...