Pengikut

Hadith Hari Ini

Masjid Tidak Dikunjungi, Kemana Manusia?

Kita di Malaysia boleh dikira beruntung kerana Masjid di negara kita dibina dengan begitu indah sekali. Keindahan senibina mungkin juga menjadi faktor kedatangan orang ramai untuk berjemaah di masjid, Barangkali. Tapi malangnya, kebanyakkan masjid nampaknya jumlah tiang melebihi kehadiran manusia. Mana perginya manusia? Kalau depan tv atau dikedai kopi boleh lepak berjam-jam lamanya, tapi di Masjid nak tunggu antara Maghrib ke Isyak pun susah. Kalau pergi pasar malam(lebih-lebih lagi waktu Maghrib) penuh dengan manusia yang namanya Islam. Tak malu ka kat orang bukan Islam? Kalau persoalan datang berjamaah di Masjid pun tak boleh selesai macammana nak laksana perkara yang lebih besar. Ustaz-ustaz atau pandakwah pun jarang ulas benda ni. Cari la jalan macammana nak penuhkan Masjid-Masjid di Malaysia ni.

0 ulasan:

Catat Ulasan