Pengikut

Hadith Hari Ini

Ulamak Pun Masuk Neraka?

Negara kita Alhamduillah memang terlalu banyak orang yang sangat arif dan faham tentang Islam. Tapi dari segi pengaplikasian ilmu yang ada itu saya pun tak tahu sejauhmana keberkesanannya. Takpala yang penting ada golongan yang banyak ilmu tentang Islam. Senang sebut kita panggil ulamak la.Banyak juga ulamak-ulamak kita sama ada lepasan luar negara ataupun dalam negara yang tak kurang hebatnya. Bahkan ulamak kita sekarang dah ada dah sampai ke peringkat PhD. Alhamdulillah hebat!!!!!!


Kalau dulu sama ada sebelum merdeka atau di awal selepas kemerdekaan ulamak yang biasanya dari Tok-tok guru pondok yang kebanyakkan menuntut di Makkah. Balik Tanah Melayu yang sekarang dikenali Malaysia buka pondok dan sampaikan ilmu yang ada pada diri mereka. Hasilnya mereka berjaya membawa masyarakat lebih memahami Islam dan mengamalkan Islam secara menyeluruh bukan separuh-separuh ikut nafsu dan kepentingan diri. Alhamdulillah sampai ke hari ini masih ada pondok pengajian Islam tapi tak banyak sangat dah. Ditelan zaman. Mak bapak sekarang pun pelik juga. Bila anak gagal UPSR baru kelam kabut nak hantar anak ke pondok. Kata mereka "dunia tak dapat dah, cari akhirat la pulak". Ini pandangan akal yang dibaluti sekular.

Takpala, sekarang ni palajar agama pun dah ada tempat dah. Banyak dah IPT yang menawarkan kursus pengajian Islam di seluruh negara. Maka bercambahlah ulamak-ulamak dalam Malaysia. Banyak sungguh sampai ramai yang menganggur. Kalau dulu lulusan pengajian Islam ni sekadar dapat balik buka pondok pun dah cukup baik. Dapat sebarkan ilmu yang ada disamping membetulkan masyarakat yang tak betul-betul. Tak dak gaji, yang diharapkan hanya redho Allah SWT. Golongan ulamak mutakhir ini dah mula 'cerdik' dah. Lepas graduan, menganggur, sambil tunggu untuk berkhidmat dengan sektor awam. Gaji besar, kereta besar, rumah besar, bini pun mungkin ramai. Takpala rezeki!!!!!!Ingat, saya tak kata semua ulamak sekarang macam tu. Ada la sebilangan.

Saya nak sebut disini, ulamak sekarang ada macam-macam. Tak kira di mana la. Mana-mana pun sama saja. Ulamak itu ada dua macam pada saya. Ulamak dunia dan ulamak akhirat. Kalau ada yang tak setuju, takpa la. Terpulang la. Itu pandangan saya.Kamu semua tau dak ulamak dunia dan ulamak akhirat tu apa? Ala senang ja. hangpa tengok-tengok la senarai ulamak kat Malaysia ni. Pandai-pandai la buat bandingan. Pakat ada otak belaka dah. Tapi kalau ada otak, akal tak jalan tak guna jugak. Lembu kerbau pun ada otak jugak yang akhirnya otak tu manusia yang mentekedarah(makan la tu).

Ulamak dunia mudah ceritanya kerja buat dia adalah lil fulus. Ad-dunnia bi du nilfulus mampoos. Mungkin dia pegang falsafah tu kot. Asal ada ja pulangan masuk waimma fulus, juga jawatan dan apa apa saja, akan dipertahankan segala kemaksiatan, kemungkaran, kezaliman dan sebagainya.Paling malang sanggup buat kenyataan membenarkan tindakan yang salah. Harap-harap tak dak ramai la ulamak lagu tu. Tapi masalahnya ulamak macam ni tetap ada. Ulamak yang mempertahankan kebathilan juga adalah ulamak yang mementingkan dunia.

Ulamak akhirat pula ulamak yang jenis mempertahankan kebenaran dengan ilmu yang dia ada dan dipelajari. Segala bentuk kemungkaran dan kemaksiatan ditegahnya bahkan ada yang sanggup kehilangan pangkat dan jawatan. Ni baru ulamak betul-betul guna ilmu dia. kebenaran itu tetap akan ditegakkan walaupun akan menghadapi pelbagai fitnah, penghinaan, cercaan, kutukan dan sebagainya. Tapi mereka ini tetap meneruskan perjuangan mereka tanpa rasa lemah dan takut. Ini dia ulamak yang boleh membetulkan manusia dan mengajak manusia menerima Islam secara syumul.

Kesimpulannya: Ramai ulamak pun tak guna juga kalau semuanya penakut dan dayus. Biar sikit yang ada tapi berupaya membetulkan masyarakat dan mengajak masyarakat memahami Islam.

2 ulasan:

hafizulfaiz lan berkata...

salam..

benar kata mu..sekarang ni kt malaysia..
dah ada 2 golongan ulamak..ulamak dunia dan ulamak akhirat..ada berjuang untuk islam dan ada jufa dikalangan mereka berjuang untuk kepentingan diri sendiri..kadang2, sy keliru gak mana satu nk ikut, sebab setiap ulamak bg aplikasi yang berbeza... sampaikan negara sendiri blh bergaduh..

NORIZAN ZAKARIA berkata...

sy setuju....ingat hadis nabi,yang aku takuti di akhir zaman ialah munculnya ramai 'ulama su' ulama' jahat.
ulama' yang ada ilmu tapi menyembunyikan ilmu malah membenarkan kebathilan kerana niat yang salah,bukan kerana mardhotillah,tapi kerana dunia. hubbun dunia.

Catat Ulasan