Pengikut

Hadith Hari Ini

Sebab Perwarisan Harta Pusaka

1)Perkahwinan
Perkahwinan ialah pernikahan melalui akad nikah yang sah. Suami dan isteri berhak mewarisi satu sama lain sekalipun belum berlaku persetubuhan antara mereka.

2)Pembebasan Hamba
Diistilahkan dengan al-walak. Ertinya, hak perwarisan yang diberikan kepada seseorang yang memerdekakan hamba yang dimilikinya. Orang yang memerdekakan dan ahli warisnya akan mempusakai hamba tersebut sekiranya ia tidak meninggalkan waris.

3)Pertalian Nasab
Ertinya, hubungan kerabat yang merangkumi al-usul, al-furu', al-akh, ibn al-akh.

4)al-Islam
Baitulmal akan mewarisi harta yang ditinggalkan si mati yang tidak mempunyai waris.

2 ulasan:

Alrezamittariq berkata...

info yang bagus...

kalo rebutan warisan gmn hukumnya?

btw kunjungan perdana nih...izin follow ya?

faqih berkata...

Sebenarnya kalau betul-betul menuruti segala hukum-hukum pembahagian pusaka dalam Islam, maka tidak akan berlaku lagi perebutan harta pusaka/warisan. Tiap-tiap yang berhak akan mendapat habuan masing-masing.

Catat Ulasan