Pengikut

Hadith Hari Ini

Memahami Konsep Negara Islam


0leh: Mohd Rumaizuddin Ghazali, Exco Dakwah ABIM

Mukadimah

Persoalan apakah itu negara Islam dan mengapa perlunya negara Islam menjadi topik perbincangn yang hangat di kalangan masyarakat dari pihak pemerintah sehingga rakyat jelata, dari parlimen sehinggalah di kedai-kedai kopi. Persoalan ini menjadi semakin rumit apabila ia dijadikan bahan untuk meraih keuntungan kelompok dan kepentingan parti politik. Masing-masing mendakwa ingin melaksanakan negara Islam ala masing-masing semenrtara orang bukan Islam dihantui pula dengan inggaun yng mengatakan negara Islam akan menyekat kebebasan, menyebabkan mereka menjadi warganegara kelas kedua dan autoriti undang-undang hanya terletak pada ulamak atau mullah sahaja..Salah erti tentang negara Islam perlu diperbetulkan dengan penuh amanah ilmu dan dakwah yang jauh dari sentimen politik semata-mata atau untuk meraih satu undi sedangkan kita mengadaikan maruah dan menyebabkan Islam ditohmah dengan tohmahan yang sewenang-wenangnya akibat dari percakapan dan perbuatan kita yang tidak bertanggungjawab.

Justeru itu, dalam konteks zaman moden ini para sarjana muslim perlu merangka semula konsep negara Islam moden yang selaras dengan zaman kini kerana agama Islam tidak meletakkan format yang tetap dalam melaksanakan perkara tersebut. Ia terpulang kepada keperluan dan kebijaksanaan masyarakat tersebut menjalankan pemerintahan asalkan ia melaksanakan prinsip-prinsip asas sebagai sebuah negara yang adil dan makmur. Yusuf al-Qaradawi mengingatkan umat Islam supaya berusaha meluruskan kefahaman, pemikiran, hukum-hukum dan kaedah-kaedah terutama dalam fiqh politik yang tidak dibahas secara mendalam pada masa yang lalu seperti kedudukan wanita dalam urusan politik umat, pilihanraya, kemajmukan parti politik dan isu menghadkan masa kepimpinan.

Zaman moden ini banyak alat-alat dan kemudahan yang boleh dicipta dan dipakai untuk memaksimakan pelancaran pemerintahan Islam dan mencapai maksud yang dikehendaki nya. Nas-al-Quran dan hadith banyak memberi keluasan untuk berijtihad ke arah itu. Sarjana politik berperanan untuk memikul tugas ini itu mendidik masyarakat dengan nilai-nilai murni sejagat yang dapat diterima oleh masyarakat dunia kini.Tidak menjadi satu kesalahan kepada umat Islam untuk membawa contoh dan mencipta sesuatu yang baru bagi sistem pemerintahan. Umpamanua sejenis ombudsman yang berfungsi dan berkuasa menyiasat dakwaan orang rami tentang layanan buruk yang dilakukan oleh pegawai kerajaan terhadap mereka atau mengawasi pentadbiran negara dan mahkamah. Ini tidak jauh bezanya dari institusi hisbah yang diperkatakan oleh ulamak-ulamak klasik Islam ; satu badan untuk menegakkan perkara-perkara makruf dan mencegah perkara mungkar atau badan yang dipertanggungjawabkan mengawas akhlak dan interaksi rakyat. Tidak menjadi kesalahan dan halangan bagi negara mengembang, memperluas, membatas makna ini atau menukarkannya jika matlamat dan tujuan negara tercapai.

Menurut al-Qaradhawi, syariat Islam telah memberikan berbagai-bagai contoh dan teladan yang ideal kepada kaum muslimin dalam pelaksanaan amal ibadat. Tujuannya ialah agar mereka memperhatikannya dan berusaha untuk mencapainya dengan sepenuh hati dan sepenuh usaha. Tetapi sebagai manusia yang lemah kita sering gagal untuk mencapai peringkat amalan yang paling ideal dan sempurna.Setelah ditekan oleh keperluan-keperluan dalm kehidupan, kita menyedari bahawa peringkat tersebut terlalu tinggi untuk didaki. Akhirnya kita terpaksa memilih turun daripada peringkat yang paling ideal kepada realiti kehidupan yang sebenar. Di sinilah timbullah kaedah-kaedah syariah yang menetapkan “keaadan darurat yang menghalalkan yang dilarang”, “kesukaran mendatangkan kemudahan”, “jangan menimbulkn bahaya ke atas diri sendiri atau orang lain dan “menghindari kesukaran”..Contohnya, salah satu syarat seorang saksi dalam hukum Islam ialah adil, tetapi juka tidak terdapat saksi yang adil para ulamak membenarkan kita menggunakan saksi yang fasik.

Realiti kehidupan kaum muslimin pada masa sekarang dipenuhi dengan kelemahan, perpecahan dan kemunduran. Manakala musuh-musuh Islam memiliki seluruh kekuatan dan keunggulan. Keadaan seperti ini menjadikan kita terpaksa menerima perkara-perkara yng sepatutnya kita tolak semasa kita dalam keadaan kuat dan bersatu. Di serata negara Islam dewasa ini, hukum dan pemerintahan Islam belum lagi ditegakkan sepenuhnya. Umat Islam belum mampu melaksanakan kehendak Allah kecuali dalam lingkungan golongan Islam sahaja. Dalam keadaan seperti ini kita dibenarkan untuk turun kepada realiti kehidupan yang pratikal.Saidina Umar bin Abdul Aziz pernah menegur anaknya yang sedang bergelora semangat keagamaannya ingin agar ayahnya segera melaksanakan perbaikan terhadap masyarakat tanpa memperdulikan risiko apapun yang akan menimpa asalkan tetap di jalan Allah. Umar menyebutkan saya khuatir jika masyarakat saya bawa kepada kebenaran secara serta merta mereka akan menolaknya secara serta merta pula. Akibatnya tentu akan timbul fitnah.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mengatakan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam (Mingguan Malaysia 30 September 2001) dan semasa ucapan Seminar Kebangsaan “Memahami Malaysia sebagai sebuah Negara Islam” pada 17 September 2002. Pada pandangannya, Malaysia adalah negara Islam berasaskan kepada pendapat ramai daripada ulamak-ulamak zaman dahulu. Menurutnya, Malaysia diakui sebagai sebuah negara Islam dan berpegang kepada ahli Sunnah wa Jamaah. Jumlah yang besar daripada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia mengiktirafkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Di samping itu, beliau mengatakan ajaran Islam berjalan dengan baik oleh pemerintahan Malaysia. Orang Islam dan ajaran –ajaran Islam diberi perlindungan oleh kerajaan Malaysia. Penyebaran ajaran sesat mengikut pendapat jemaah dihindarkan. (Ucapan Perdana Menteri pada 17 September 2002). Kenyataan ini merupakan suatu peristiwa baru dan pembuka tirai kepada pembicaraan tentang negara Islam. Kenyataan ini juga memaksa pihak parti pembangkang membuat kenyataan penafian dan meminta Perdana Menteri mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam di parlimen. Bagi menguatkan hujah-hujah tersebut, pihak pemerintah telah mengambil pandangan-pandangan tokoh-tokoh luar negara bagi menyokong kenyataan tersebut seperti kenyataan Syeikh al-Azhar Syeikh Sayyid Muhammad al-Tantawi yang menyebutkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh. (Utusan Malaysia, 11 Julai 2003). Parti PAS pula mendakwa Malaysia belum lagi sebagai sebuah negara Islam tulen.Segala langkah selama ini masih belum mencukupi dan belum memenuhi tuntutannya. Oleh itu, mereka berusaha menjayakan wawasan ini walaupun mendapat tentangan yang hebat dari golongan bukan Islam. Sehubungan dengan itu, mereka telah mengeluarkan buku Dokumun Negara Islam yang dilancarkan pada 12 November 2003 sebagai panduan menjayakan sebuah negara Islam dan sekaligus menbuktikan kegagalan Pas mengiktirafkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam seperti yang dinyatakan oleh pihak pemerintah.Oleh itu, diharapkan artikel ini dapat memberi pengetahuan yang mendalam dalam mengatasi polimek negara Islam berdasarkan kepada amanah ilmu dan dakwah.

Islam merupakan agama yang meliputi segala dimensi kehidupan manusia. Shariat Islam mempunyai peraturan kehidupan manusia dan membawa keadilan kepada alam sejagat. Pembinaan negara adalah merupakan “dharurat ijtima’iyy” (keperluan masyarakat) kerana manusia memerlukan ketua untuk memimpin mereka. Keperluan manusia kepada pemerintahan menyamai keperluan terhadap perkara-perkara asas yang lain seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Manusia ialah makhluk yang memerlukan interaksi, kerjasama, tolong menolong dan memenuhi keperluan hidup. Ia termasuk dalam perkara fardu kifayah. Kepentingan tentang pembentukan negara Islam berkaitan rapat dengan pelaksanaan shariat kerana shariat itu tidak dapat dilaksanakan tanpa ada negara dan kekuasaan politik. Tuntutan pelaksanaan shariat ini adalah wajib ke atas individu Muslim maka mewujudkan pemerintahan Islam juga adalah wajib.
Manusia memerlukan kepada pemerintahan atau hidup bernegara kerana mereka perlu melaksanakan menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran, mewujudkan keamanan dan keselamatan. Perkara ini tidak dapat dilaksanakan tanpa ada pemerintahan. Pemerintahan yang paling adil adalah pemerintahan Islam.

Negara Dan Segi Bahasa Dan Istilah

Dalam Bahasa Arab, negara disebut sebagai ‘daulah’ atau ‘dar’. Para fuqaha menggunakan istilah ‘dar’ manakala ulamak semasa menggunakan istilah ‘daulah’. Kedua-dua istilah ini adalah sama maksud yang bererti negara. Dar bermakna tempat, negara atau tanahair. Ia juga bermakna tempat. bagi orang yang tinggal di dalamnya. Dar iaitu sebuah negara atau kawasan yang mempunyai penduduk yang mempunyal kuasa memerintah, jika kuasa memerintah ditampok orang Islam maka disebut negara Islam, jika ditampok orang bukan Islam dinamakan negara Harb. Dalam al-Qur’an, terdapat kalimat ‘dar’. Firman Allah SWT dalam surah al-Hasyr ayat 9 yang bermaksud:

~Dan orang-orang yang menetap di Kota Madinah (dar) dart telah beriman (Ansar) sebelum kedatangan orang Muhajirin, mereka mencintai orartg yang berhijrah kepada rnereka Dan mereka tiada rnenaruh keinginan dalam hati mereka untuk mendapat apa-apa dan orang muhajirin dan mereka mengutamakan orang-orang Muhajirin atas diri mereka walaupun mereka dalam keadaan susah.”

Maksud dar di sini ialah Madinah al-Munawarah. Al- Qurtubi ketika menafsirkan ayat ni berkata, mereka adalah golongan Ansar yang menetap di Madinah sebelum kedatangan golongan Muhajirin dan beriman kepada Allah dan RasulNya. Ibn Abidin menyebutkan bahawa maksud dar iaitu sesuatu tempat yang di bawah milik kekuasaan sama ada di miliki oleh orang Islam dan orang bukan Islam. Ulamak kanun memberi definisi negara iaitu, satu kelompok manusia yang menetap di suatu tempat atau kawasan tertentu dan mempunyai kerajaan serta peraturannya dan juga mcmpunyai personaliti yang berpotensi dan kebebasan politik. Oleh itu, negara membawa erti sekumpulan manusia yang menetap dalam satu daerah tertentu yang diperintah oleh suatu badan pemerintahan yang mengelolakan urusan kenegaraan.

Makna negara Islam ialah negara yang terdiri dari masyarakat orang Islam dan ahli zimmi yang tunduk di bawah pemerintahan Islam dan segala urusan kenegaraan sama ada urusan dalam negeri atau antarabangsa bertetapan dengan shariat Islam.

Bagi menegakkan negara Islam ia mestilah mempunyai tiga perkara:

1. Tempat: iaitu bumi atau kawasan yang diduduki.
2. Penduduk atau bangsa yang tinggal di atas kawasan tersebut.
3. Kekuasaan yang tertegak peraturan serta undang-undang dan mempunyai pentadbiran kenegaraan.

Sesebuah negara tidak akan tertegak jika tidak mencukupi tiga syarat di atas.

Pembahagian Negara.

Fuqaha telah membahagikan negara kepada dua bahagian iaitu:

1. Negara Islam (Dar al-Islam)
2. Negara Kafir (‘Dar al-Harb,)

Golongan Zaidiah mcnambahkan satu lagi yang dinamakan negara fasik. Ulamak semasa membahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

1. Negara Islam
2. Negara Kafir
3. Negara al-Sulh

Mengikut ulamak feqah, ada lima pembahagian ncgara iaitu:

1. Dar al-Islam
2. Dar al-Harb
3. Dar al-‘Aqd (Dar al-Sulh)
4. Dar al-Riddah
5. Dar al-Bughat


Sifat-sifat Negara Islam Dan Negara Harb

Al-Qur’an menyifatkan keadaan Mekah sebagai dar al-Harb sebelum pembukaan Kota Mekah pada tahun 9H.. Firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 59 yang bermaksud:

‘Teiah diizirikan benperang bagi orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai. Dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk menolong mereka.”

Ibn Abbas berkata ayat ini diturunkan ketika nabi Muhammad serta para sahabat keluar dan Mekah dan ketika ini Mekah diiktibarkan sebagai ‘dar al--Harb’. Dan ayat ini jelas menunjukkan bahawa sifat “dar al-Harb” iaitu melakukan kezaliman seperti membunuh orang mukmin, menghalau mereka serta menjalankan hukum-hukum yang mensyirikkan Al-lah SWT. Mereka juga menghancurkan masjid serta tempat ibadat.

Sifat Negara Islam

Al-Qur’an mengambarkan “dar al-Islam” seperti firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 41 yang bermaksud:

“Orang yang kami teguhkan kedudukan mereka di atas muka bumi ini nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan kepada Allahlah segala urusan.”


Ayat ini memberi gambaran bahawa orang mukmim yang menetap di atas muka bumi ini sentiasa menjaga. sembahyang, mengeluarkan zakat, menyeru ke arah kebaikan dan menegah kemungkaran dan berkasih sayang sesama mereka. Sifat negara Islam ialah:

1. Kekuasaan dipegang oleh orang Islam.

2. Agama Islam menjadi dominan serta undang--undang Islam dilaksanakan.

3. Suasana keamanan kepada umat Islam.

Dar al-Sulh:

Dar al-Sulh iaitu negara yang penduduknya membuat perjanjian keamanan dengan pemerintahan Islam dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan atau negara yang telah dibuka oleh orang muslim dengan cara aman. Ia juga dikenali sebagai Dar al-‘Aqd atau Dar al-Mu’ahhidin (negeri damai). Menurut al-Shafi’i, Dar al-Sulh membawa erti wilayah bukan Islam yang terikat kepada perjanjian yang memberi kedaulatan kepada sebuah negara Islam tetapi mengekalkan kuasa autonomi tempatan. Bidang perjanjian itu menuntut pembayaran ufti ke atas tanah (kharaj) kepada kerajaan Islam bagi memenuhi syarat-syarat jizyah.

Mengikut sistem pada zaman Umar mereka dikenakan membayar kharaj. Mengikut al-Qarafi menyatakan bahawa sistem kharaj ini adalah mengikut kesesuaian tempat dan waktu. Ia merupakan sistem yang telah diasaskan oleh Saidina Umar dan bukanlah hukum syarak yang tetap. Harus orang muslim mengadakan
hubungan dengan negara Sulh ini tanpa mengunakan kharaj. Pada zaman dahulu pembayaran kharaj tidak termasuk .dalam syarat perjanjian. Menurut al-Shafi’i tidak harus bagi pemerintah mengadakan akad Sulh kecuali dengan membayar kharaj dan sebagainya. Pada hakikatnya pembahagian negara ini tiada ada nas yang nyata dalam al-Quran dan al-Sunnah, hanya ulamak pada kurun kedua yang membahagikan kepada bahagian seperti ini. Bukan maksud pembahagian ini menjadikan dunia ini kepada dua sistem tetapi ia lebih berdasarkan keselamatan dan keamanan bagi orang mukmin dan wujudnya ketakutan dari musuh di negara lain seperti pendapat Abu Hanilah.

Bukan maksud pembahagian negara ini menjadikan umat Islam umat yang suka berperang. Mengikut Dr. Wahbah al-Zuhaili kalimah harb pada istilah fuqaha tidak semestinya sama dengan kalimat ‘adu (musuh) dan tidak bermaksud ‘dar al-Harb’ ini menjadi musuh kepada negara Islam selamanya tetapi ia sebagai keputusan dalam bentuk sementara sahaja iaitu dalam peperangan. Menurutnya lagi bahawa pandangan fuqaha yang menyatakan perang merupakan asas kekal (bagi hubungan antarabangsa) tidak mengikat sesiapapun. Saranan ini tidak disokong oleh al-Qur’an atau al-Sunnah. Ia hanya sebagai keputusan (hukum) untuk sementara waktu. Ini juga bertetapan dengan pendapat Ali Ali Mansor yang menyebut bahawa istilah negara musuh yang digunakan terhadap negara-negara bukan Islam pada waktu itu bukannya berasaskan mana-mana ayat al--Qur’an atau al-Sunnah tetapi semata-mata berdasarkan ijtihad yang berasaskan realiti pada waktu
itu. Dari sini, jelaslah bahawa bukan menjadi dasar negara Islam untuk menjadikan suasana permusuhan terus menerus dengan negara-negara bukan Islam sebagaimana yang digembar-gembur oleh setengah orientalis dan sarjana Barat.

Definisi Negara Islam

Para fuqaha tidak sependapat dalam memberi definisi yang tepat dalam menentukan negara Islam atau negara musuh. Perbezaan ini berlaku hasil daripada perbincangan ulamak mengenai persoalan negara Islam itu berdasarkan kepada kedaulat.an undang-undang atau berasaskan penduduk orang Islam.

Dar al-Islam (Negara Islam) iaitu negara yang melaksanakan undang-undang Islam dan kekuasaan milik orang Islam. Ia juga membawa erti wilayah yang bebas dan selamat bagi orang Islam. Dar al-Harb iaitu kawasan-kawasan bukan Islam yang bermusuhan dengan kaum muslimin dan merbahaya bagi kebebasan dan keselamatan umat Islam. Ia juga membawa erti negara yang menjalankan hukum bukan Islam dan kekuasaan milik orang kafir. Menurut Abu Yusuf bahawa negara Islam ialah negara yang menjalankan hukum Islam walaupun dalam negara ada orang bukan Islam dan diktibarkan sebagai negara harb jika undang-undang bukan Islam dijalankan walaupun yang menetap di dalam negara tersebut orang Islam. Sementara al-Rafi’i dalam kitab Fath al-Aziz mengatakan tidak disyaratkan negara Islam itu majoriti penduduknya Islam tetapi memadai kekuasaan dipegang oleh orang Islam. Suatu negara dipandang sebagai negara Islam apabila dipimpin oleh seorang muslim. Pendapatnya ini didasarkan pada kenyataan yang pernah berkembang pada masanya, dimana seorang pemimpin berpengaruh dan menentukan keputusan-keputusan politik negara tersebut. Seorang pemimpin muslim yang memiliki komitmen kepada ajaran Islam tentu berusaha menjalankan nilai-nilai agama di dalam negara yang dipimpinnya. Abdul Karim Zaidan dalam Majmu’ah Buhuth Fiqhiah mengatakan bahawa negara Islam itu ialah sebuah negara ideologi yang ditegakkan atas asas akidah Islam. Dengan akidah inilah lahirnya pelbagai ide, peraturan dan hukumnya. Lantaran itu, ia bukanlah sebuah negara yang terikat dengan sesuatu iklim atau rupa bangsa. Keadaan ini melayakkannya menjadi sebuah negara antarabangsa yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kabilah dan kepada setiap manusia yang ingin berlindung dibawah ideologi dan peraturan-peraturannya.
Sayyid Qutb dalam Fi Zilal al-Qur’an (Dibawah Naungan al-Quran) ketika membicarakan persoalan ini dengan berkata bahawa negara Islam meliputi negara yang menjalankan undang-undang Islam serta berhukum dengan shariat Islam sama ada penduduknya semua muslim atau muslim dengan ahli zimmah. Al-Kasani menyebutkan negara Islam itu ialah negara yang menjalankan undang-undang Islam. Beliau mengatakan bahawa tiada berselisih di kalangan para sahabat kami bahawa negara harb akan menjadi negara Islam apabila ia menjalankan undang-undang Islam. Berkata Ibn Qaiyim bahawa kebanyakan ulamak menyatakan bahawa negara Islam ialah negara yang diduduki oleh kaum muslimin dan menjalankan undang-undang Islam, jika tidak menjalankan undang-undang Islam maka bukanlah ia negara Islam. Fuqaha telah bersepakat menyatakan negara Islam itu mestilah wujud kekuasaan politik pemerintahan ditangan orang Islam. Tidak mungkin orang bukan Islam hendak menjalankan undang-undang Islam walaupun ia membenarkan syiar Islam dijalankan.

Mawdudi mentakrifkan negara Islam ialah negara yang kuasa mutlaknya pada Allah SWT yang menentukan shariat, dan shariat itu dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia sebuah negara yang bercorak theodemocracy yang tergabung di dalamnya autoriti mutlak pada Allah dan penycrahan autoriti yang terbatas kepada manusia dalam perlaksanaan urusan negara yang diakui oleh syarak. Beliau juga menghuraikan prinsip-prinsip pemerintahan Islam seperti berikut:

1. Puncak segala kekuasaan adalah Allah yang Maha Berkuasa. Tidak seorang atau golongan pun di dalam sesuatu negara yang mengatasi undang--undang yang digubal.

2. Allah adalah pemberi hukum dalam erti kata yang sebenar. Padanya terletak kekuasaan mutlak mengadakan undang-undang.

3. Pembentukan negara Islam mestilah diasaskan kepada undang-undang ciptaan Allah yang disampaikan oleh Allah melalui rasul-Nya. Justeru itu, Pemerintahan Islam wajib melaksanakan undang-undang Islam.

Maksud negara Islam menurut al-Mawdudi ialah negara yang dibentuk dengan berasaskan al-Qur’an dan al-Sunnah yang disampaikan oleh Allah melalui Rasulullah s.a.w. Kedua-dua sumber itu tadi berfungsi sebagai pembimbmg negara yang dapat memberikan keadilan kepada rakyat. Menurut pandangan Abu Hanifah bahawa negara bukan Islam ialah ada tiga syarat iaitu:

1. Hukum bukan Islam dilaksanakan di negeri tersebut.

2. Negeri itu tidak ada perhubungan langsung dengan orang Islam. Malah dari segi geografmya terhalang daripada negara Islam. Kalau kawasan bukan Islam itu ada hubungan dan di kelilingi oleh kawasan Islam ia bukannya dar al-Harb.

3. Tidak ada di sana seorang Islam pun atau zimmi yang boleh hidup dalam keamanan sebagaimana keamanan Muslim awal dan pengikut--pengikutnya.

Abu Hanifah membedakan negara Islam dengan negara musuh berdasarkan rasa keamanan yang dinikmati penduduknya. Apabila umat Islam merasa aman dan dapat menjalankan aktiviti-aktivi keagamaannya, maka negara tersebut termasuk dalam kategori negara Islam. Sebaliknya, jika tidak ada rasa aman untuk umat Islam, maka negara tersebut masuk kategori dar al-Harb.

Berdasarkan pandangan Abu Hanifah ini, para fuqaha membuat kesimpulan bahawa penafsiran negara Islam dan bukan Islam itu terdapat dua pandangan iaitu: Pandangan pertama negara Islam diasaskan kepada perjalanan dan pelaksanaan shariat Islam. Kalau tidak ia bukannya negara Islam. Pandangan yang kedua berdasarkan majoriti penduduk Muslim dan keamanan negara Islam. Berdasarkan pandangan yang kedua ini yang mengatakan bahawa negara Islam berasaskan unsur majoriti penduduk Muslim dan keamanan maka ia merupakan sebuah negara Islam sckalipun shariat Islam tidak dilaksanakan sepenuhnya.Ini merupakan pandangan sebahagian para fuqaha kini termasuk Abu Zahrah. Walau bagaimanapun mereka mengatakan pelaksanaan Islam harus dilaksanakan dalam negara--negara Islam adalah merupakan pendapat ijma’ ulamak.

Menurut Dr Abdul Halim El-Muhamady, pensyarah Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malysia, takrif dan ciri-ciri negara Islam merupakan perkara yang tidak disepakati oleh para ulamak dan tidak ada nas yang qat’i dalam perkara itu. Ulamak tidak sepakat pendapat tentang ciri-ciri dalm menentukan identiti sebenar negara Islam. Jesteru itu, persoalan ini termasuk dalam perkara ijtihad. Apabila ia termasuk dalam perkara ijtihad maka kita mempunyai ruang untuk memilih pendapat yang lebih sesuai dengan keperluan dan kepentingan umat. Pendapat Abu Hanifah adalah lebih sesuai dipakai dalam suasana masa kini kerana dengan mengambil pendapat beliau dapat kita menentukan identiti negara Islam. Menurut Abu Hanifah, negara Islam berasaskan majoriti penduduknya beragama Islam, pemimpin –pemimpin tertinggi Islam dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat. Kenyataan ini disokong oleh ulamak semasa seperti Yusuf al-Qaradawi, Wahbah al-Zuhayli dan Muhammad Abu Zahrah. Ini bermakna bahawa garis penentu ciri-ciri negara Islam bukanlah bergantung kepada pelaksanaan hukum hudud-qisas semata-mata. Banyak perkara yang perlu diambil kira dalam menentukan ciri-ciri negara Islam moden.

Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, undang-undang Islam telah diperkenalkan seperti Kanun Melaka, Kanun Pahang dan lain-lain. Semasa penjajahan British, peranan undang-undang Islam diperkecilkan bidang pelaksanaannya iaitu hanya undang-undang diri dan kekeluargaan dan terhad kepada orang-orang Islam sahaja. Walaupun begitu, penghayatan Islam seperti pendidikan agama dan kehidupan agama masih diberi ruang dan penghayatannya masih dapat dipertahankan. Sejak mencapai kemerdekaan, pembangunan Islam dalam semua aspek terus berlaku walaupun terdapat beberapa masalah dan sekatan akibat undang-undang yang ditinggalkan oleh penjajah dalam perlembagaan. Dalam bidang jenayah hanya undang-undng hudud yang agak ketara percanggahannya dan masih belum dilaksanakan sepenuhnya. Manakala bidang jenayah membunuh atau mencederakan sebahagian daripada prinsip dan hukumnya tidak banyak berbeza dengan Islam. Demikian juga dalam hukum takzir kesalahan-kesalahan maksiat. Dalam muamalat unsur riba yang ketara bercanggah dengan Islam tetapi dalam kebanyakan bidang lainnya tidak banyak percanggahan berlaku.. Dalam bidang perkahwinan dan kekeluargaan, kita dapati sepenuhnya undang-undang Islam dilaksanakan.Dengan menerima negara ini sebagai sebuah negara Islam bukan bermakna ia telah selesai segala tuntutannya. Kesempurnaannya perlu kepada pengisian, peningkatan ilmu dan penghayatan pada diri, masyarakat dan negara.

Dalam bidang ekonomi, Malaysia merupakan negara yang terkehadapan dalam memperkenalkan produk-produk kewangan Islam dengan penubuhan Bank Islam pada tahun 1983. Pada hari ini, kita mempunyai dua bank Islam iaitu Bank Islam dan Bank Muamalat dan terdapat puluhan institusi kewangan konversional yang menawarkan kemudahan perbankan Islam melalui lebih daripada 1000 cawangan di seluruh negara.Termasuk dalam bidang ini ialah sistem pajak gadai Islam, syarikat takaful dan syarikat broker saham yang beroperasi secara Islam.Kita dapati sistem kewangan yang diamalkan ini berjaya dengan cemerlang dan peranan sarjana muslim dalam merangka sistem kewangan Islam moden dengan melakukan tajribah dan ijtihad bagi mengemukakan jalan penyelesaian yang boleh merealisasikan hukum Islam sekaligus menjauhkan masyarakat dari sistem-sistem barat khususnya dalam isu riba. Perkara yang diutamakan ialah isi, ruh dan nilai-nilai Islam dalam usaha mencapai setakat mampu kesempurnaan dan ideal dalam bentuk baru.

Di Malaysia, perkembangan pelaksanaan undang-undang Islam telah dijalankan sejak selepas mrdeka dengan mengadakan Undang-Undang Pentadbiran Hukum Syarak. Usaha-usaha untuk menyelaraskan undang-undang di Mahkamah Syariah di seluruh negara perlu kepada reformasi yang lebih menyeluruh dan harmoni. Arah dan hala tuju yang perlu diambil bagi mempertingkatkan kefahaman kepada orang Islam dan bukan Islam perlu jelas dan berada dalam landasan yang betul. Perkembangan secara berperingkat adalah pendekatan yang harmonis dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia yang mempunyai latar belakang pendidikan dan sosial budaya yang berbagai dalam masyarakat majmuk dan arus globalisasi. Undang-Undang Islam merupakan undang-undang asas dan undang-undang negeri di Malaysia barat. Ini diterima dan disahkan oleh hakim-hakim British yang dahulunya ada di Malaysia seperti hakim Acton dan Hakim Thomas yang mengatakan hukum Islam ialah hukum negeri dan bukan hukum asing dan menjadi kewajipan mahkamah mengiktirafkan dan menggunakan undang-undang itu.

Orang Islam perlu menyakini bahawa undang-undang Islam itu adalah adil dan saksama kepada semua manusia dan alam sejagat. Mereka perlu menguatkan keimanan dan ketakwaan supaya menerima pelaksanaan syariat yang menjamin kepentingan manusia tanpa mengira pangkat dan kedudukannya.Pendidikan dan dakwah mengenai undang-undang Islam perlu diterangkan dengan jelas dan tepat agar masyarakat mengenali Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Generasi muda terutama graduan fakulti undang-undang perlu mempelajari keseluruhan perkara dalam undang-undang Islam dan mengembangkannya dalam masyarakat. Ini bermakna kita harus menyiapkan diri kita sendiri untuk menyerapkan undang-undang Islam dalam perundangan di Malaysia. Adalah menjadi tnggungjawab kita untuk membina kesedaran masyarakat tentang penghayatan Islam terutama mengenai undang-undngnya. Ini boleh dilakukan menerusi saluran rasmi dan bukan rasmi, penerbitan buku dan sebagainya. Di samping itu, kesedaran kepada aliran pendidikan barat mengenai undang-undang Islam perlu diperhebat dan dimantapkan lagi sementara kepada golongan tradisional dapat diatasi dengan meninggikan pengalaman, kebolehan dan taraf.

Dari definisi yang telah diberikan oleh para ulamak dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa negara Islam ialah negara yang kekuasaannya milik orang Islam, melaksanakan undang-undang Islam, orang Islam bebas mengamalkan ajaran agama tanpa gangguan, bebas mengeluarkan arahan, timbulnya suasana keamanan pada orang Islam dan orang bukan Islam tiada dapat menzahirkan syiar-syiar mereka kecuali dengan izin orang Islam melalui perjanjian ‘akad zimmah’ dan seumpamanya.

Matlamat Negara Islam

Di antara matlamat negara Islam ialah:

1. Melaksanakan undang-undang Islam di atas muka bumi ini. Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 36 yang bermaksud:

“Maka demi tuhanmu, mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu sebagai hakim terhadap perkara yang mereka perselisihan, kemudian mereka tiada merasa keberatan dalam diri mereka terhadap apa yang telah kamu putuskan dan mereka menerima dengan sepenuhnya.”

Pelaksanaan hukum Islam tidak dapat dijalankan kecualilah terdirinya negara Islam. Ibn Taimiyah menyatakan: “Mendirikan negara adalah kewajipan manusia yang besar terhadap agama malah tidak dapat ditegakkan agama melainkan dengannya kerana Allah mewajibkan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan segala kewajipan berkaitan jihad, menegakkan keadilan dan melaksanakan hukum-hukum Islam tidak akan sempurna kecuali dengan adanya kekuasaan (kekuatan) dan negara.”

2. Mcndirikan syiar Islam dalam masyarakat tersebut seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain seperti firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 41.

3. Membawa keadilan kepada seluruh manusia dan alam sejagat. Pemerintahan negara Islam merupakan pemerintahan yang adil, tiada mengira bangsa serta warna kulit, kescmua tertakiuk kepada undang-undang Islam dan tiada yang dapat mengatasi dan undang-undang. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Demi jiwa Muhammad di dalamnya, jika Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku akan potong tangannya.”

4. Melahirkan masyarakat penyayang dan bersaudara. Masyarakat ini sentiasa menjalinkan hubungan baik sesama mereka, jauh dari perkelahian, hasad dengki dan dendam. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Antara orang mukmin dengan orang mukmin yang lain seperti sebuah bangunan, mereka menguatkan antara satu sama lain.”

5. Mengembangkan agama Islam kepada seluruh manusia dan berjihad mempertahankan Islam dari ancaman dalaman dan luaran.



Pembahagian Negara Islam Mengikut Tempat:

Fuqaha telah membahagikan kepada tiga tempat:

1. Kota Mekah dan sekitarnya. Ulamak mengisytiharkan bahawa Mekah merupakan
negara Islam dan tidak dibenarkan sama sekali orang kafir melawati dan menetap di sini. Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 28 yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, sesungguhnya orang musynik (kafir) itu najis maka tidak boleh mereka mendekati masjid haram selepas tahun ini.”

Para ulamak juga bersepakat bahawa Madinah al-Munawarah inerupakan negara Islam.

2. Semenanjung Tanah Hijaz: Ia merupakan negara Islam dan orang bukan Islam boleh melawati tetapi tidak boleh menetap.

3. Semua negara Islam selain Haramain (Mekah dan Madinah) dan Hijaz. Orang bukan Islam boleh melawati dan menetap di negara tersebut.

Bumi Negara Islam

Para ulamak menyatakan bumi negara Islam meliputi gunung-ganang, gurun Sahara, sungai, pulau, semenanjung, wang udara dan bawah bumi. Lautan hanya dimiiki oleh negara yang mempunyai pantai dan sempadannya hingga had yang telah ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa mcngenai laut.

Kewajipan Warganegara Negara Islam

Setiap warganegara Islam sama ada Muslim atau non
Muslim wajib mempertahankan negara dan ancaman luar dan serangan musuh. Ia juga harus memberi kerjasama kepada pemerintah dalam membangunkan negara dalam segala dimensi sama ada dan segi pendidikan, industni, pentadbiran dan sebagainya. Menurut al-Kasani bahawa apabila musuh menyerang negara Islam adalah menjadi fardhu. ‘ain untuk mempertahankannya dan harus bagi kanak--kanak berjihad tanpa izin ibu bapa dan hams isteri keluar tanpa izin suami kerana dalam perkara fardhu ‘ain tidak harus meminta izin dari mereka seperti solat, puasa dan lain-lain.

Pembahagian Negara Islam Dari Segi Hukum

Fuqaha membahagikan negara Islam kepada dua kategori:

1. Negara Islam secara hukum dan hakikat iaitu negara yang melaksanakan hukum Islam dan kekuasaan milik orang Islam.

2. Negara Islam secara hukum dan bukan hakikat iaitu negara yang tidak menjalankan keseluruhan undang-undang Islam tetapi kekuasaan adalah milik orang Islam. Ia diisytiharkan negara Islam dari segi hukum sahaja.

Sesetengah ulamak mcnamakan Darul Fasiq apabila penduduk negara Islam melakukan kcmaksiatan dan tidak menjalankan undang-undang Islam seperti pendapat Ibn Taimiyah dan golongan Zaidiah.


Pembahagian Negara Harb

Ulamak membahagikan kepada dua kategori.

1. Negara Harb hakikat iaitu negara yang asalnya diperintah oleh orang kafir serta menjalankan undang-undangnya tetapi ia membenarkan syiar--syiar Islam dilaksanakan.

2. Negara Harb hakikat dan hukum iaitu negara yang diperintah oleh orang kafir, menjalankan undang-undangnya dan tidak membenarkan orang Islam menunaikan kewajipan mereka seperti solat, zakat dan lain-lain.

Kebanyakan para ulamak melihat pembahagian negara kepada dar al-Islam dan dar al-Harb didorong oleh beberapa faktor :

1. Untuk mengatur kepentingan muslim secara umum sebagai pemimpin dan yang dipimpin di suatu wilayah dalam hubungannya dengan non-muslim yang berada di negara yang sama dan dengan negara yang berdampingannya dengannya.

2. Sebagai upaya untuk menerapkan hukum Islam, baik bagi umat Islam sendiri maupun non- muslim yang menetap di wilayah Islam.

3. Sebagai usaha ahli fiqh untuk menjawab persoalan semasa terutama dalam hubungan negara Islam dengan negara non-muslim dalam berbagai lapangan hidup.

Dar al-Harb ini juga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
1. Negara yang di dalamnya tidak terdapat unsur-unsur pokok sebagai dar al-Islam yang mana negara tersebut tidak menjalankan undang-undang Islam dan kekuasaan politik berada di tangan non-muslim.

2. Negara yang hanya memenuhi salah satu unsur pokok untuk disebut sebagai dar al-Islam, meskipun tidak utuh. Negaranya dikuasai oleh non-Muslim dan hukum yang berlaku pun bukan hukum Islam. Namun, umat Islam yang menetap di negara tersebut diberi kelonggaran untuk melaksanakan sebahagian hukum Islam dan syiarnya seperti solat, zakat, haji, pernikahan dan kewarisan. Contoh negara seperti ini seperti Singapura dan Filipina yang mengadakan undang-undang khas untuk orang Islam.


3. Negara yang mulanya dikuasai oleh umat Islam tetapi kemudiannya dijajah oleh non –muslim sehingga umat Islam setempat terpaksa tunduk pada mereka. Umat Islam di negara tersebut tetap menjalankan agama mereka tetapi sesuai dengan kemampuan dan kondisi yang mereka hadapi. Termasuk dalam kategori ini seperti negara bekas-bekas jajahan Soviet Union.

Negara al-Riddah

Al-Mawardi menyebutkan dar al-Riddah sebagai sebuah negara yang asal penduduknya adalah beragama Islam tetapi telah murtad dan keluar dari agama Islam. Menurutnya, golongan ini wajib diperangi. Beliau menjelaskan empat perbezaan negara murtad dengan negara Islam dan negara Harb.

(i) Tidak boleh dibuat perjanjian damai dengan mereka untuk mereka bersenang lenang di dalam negara mereka, sedangkan harus dibuat perjanjian dengan orang bukan Islam.

(ii) Tidak harus dibuat perjanjian damai sebagai pertukaran kepada harta benda yang memperakui kedudukan mereka yang murtad, sedangkan boleh dibuat perjanjian damai dengan orang bukan Islam.

(iii) Anak-anak dan isteri mereka tidak boleh ditawan dan dijadikan hamba sedang isteri-isteri orang bukan Islam dan anak-anak mereka boleh ditawan dan dijadikan hamba.

(iv) Harta mereka tidak boleh dimiliki sebagai harta rampasan perang sedangkan harta orang bukan Islam boleh dimiliki sebagai harta rampasan.

Negara Bughat

Bughat bererti golongan yang melawan secara kekerasan bagi meminta sesuatu yang bukan haknya. Ia juga membawa makna pemberontak atau golongan yang zalim dan menentang kerajaan yang adil secara kekerasan. Ada juga yang menamakannya sebagai penderhaka. Negara Bughat adalah sebuah negara bagi sekumpulan orang-orang Islam yang menderhaka dan mewujudkan suatu aliran yang mereka ciptakan serta menyisihkan diri ke suatu daerah yang mereka lantik seorang ketua untuk memimpin mereka. Mereka memungut cukai dan melaksanakan hukum-hukum sendiri. Dalam keadaan ini, kerajaan Islam yang adil hendaklah memerangi mereka serta mengembalikan mereka semula kepada ketaatan terhadap negara Islam.

Bertukar Status Kenegaraan Dari Negara Islam Kepada Negara Harb

Di sini ada empat pendapat:

Pendapat Pertama: Negara Islam tidak akan bertukar menjadi negara harb seperti pendapat setengah ulamak dan golongan Shafi’i.

Pendapat Kedua: Negara Islam bertukar menjadi negara Harb jika ia mengamalkan undang-undang selain undang-undang Islam dan kekuasaan dimiliki oleh orang bukan Islam seperti pendapat Abu Yusuf, ulamak Hanbaliah dan golongan Zaidiah.

Pendapat Ketiga: Negara Islam tidak akan bertukar menjadi negara harb walaupun ia menjalankan selain
hukum Islam selagi mana ia membenarkan syiar Islam dijalankan seperti pendapat Malikiyah.

Pendapat Keempat: Negara Islam tidak akan bertukar menjadi negara harb kecuali ada tiga perkara:

1. Menjalankan undang-undang selain undang--undang Islam.

2. Mengadakan hubungan dengan negara harb.

3. Tidak memberi keamanan kepada umat Islam dan ahli zimmah.

Negara Islam akan bertukar menjadi negara Harb apabila majoriti penduduknya ahli zimmi, murtadnya penduduk negara Islam dan ahli zimmi tidak lagi membuat perjanjian dengan pemerintahan Islam. Menurut Dr. Ismail Lutfi menyatakan bahawa negara Islam apabila dikuasai oleh orang kafir serta menjalankan undang-undangnya dan umat Islam tidak boleh menjalan syiarnya, maka ia disebut negara Harb dan segi hukum dan hakikat, jika umat Islam boleh menjalankan syiarnya maka ia disebut “dar harb” dari segi hakikat sahaja. Harus diingat bahawa negara Islam yang telah bertukar menjadi negara harb atau dijajah oleh orang bukan Islam maka wajib orang Islam membebaskannya.
Di sini ada tiga pendapat:

1. Orang Islam yang tinggal di negara yang tidak memberikan umat Islam menjalankan kewajipan agamanya maka ia wajib berhijrah. Firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 97 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan oleh Malaikat dalam keadaan menganiayakan diri sendiri, kepada mereka Malaikat bertanya; Dalam keadaan bagaimanakah kamu ini? Mereka menjawab:Kami orartg-orang yang tertindas di rtegeri (Mekah). Para Malaikat berkata: Bukankah bumi Allah ini luas sehingga kamu dapat berhjrah di bumi itu?


Setengah fuqaha menyatakan adalah haram bagi Muslim tinggal di negara yang tidak membenarkan syiar Islam dijalankan.

2. Orang Islam yang menetap di negara Islam, kemudiannya dijajahi oleh orang bukan Islam maka wajib ia berhijrah bagi membebaskan negara tersebut.

3. Orang Islam yang menetap di negara bukan Islam yang membenarkan syiar-syiar Islam dijalankan ia mempunyai dua pilihan:

i. Jika ia khuatir keselamatan agama terhadap diri serta keluarga maka ia wajib berhijrah.

ii. Jika ia yakin keselamatan agama terjamin terhadap diri dan keluarga, tidak harus ia berhijrah.


Jawatan Menteri

Jawatan menteri merupakan jawatan yang terpenting dalam sesebuah negara. Menteri merupakan pembantu kepada ketua negara dalam kebanyakan urusan negara. Al-Mawardi membahagikan menteri kepada dua kategori:

1. Menteri Tafwid (Menteri Penyerahan)
2. Menteri Tanfidh (Menteri Pelaksana)

Menteri Tafwid iaitu menteri yang dilantik oleh ketua negara untuk mentadbir pcntadbiran mengikut pendapatnya dan bebas membuat keputusan. Menteri penyerahan ialah apabila ketua negara melantik seorang menteri dan menyerahkannya segala urusan berpandukan pandangan dan ijtihadnya. Menteri jenis ini mempunyai kuasa mutlak untuk menjalankan pentadbiran, melantik pegawai dalam pentadbiran awam, tentera, kadi dalam semua jenis pangkat bagi pihak pemerintah.

Menteri Tanfidh iaitu menteri yang hanya menjalankan perintah dan tidak berkuasa mengubal undang-undang serta mengeluarkan arahan. Ia hanya melaksanakan

tugas yang dikeluarkan oleh ketua negara. Menteri jenis ini tidak boleh melantik atau membuang wakil kabinet atau pegawai tertinggi kecuali dengan kebenaran ketua negara.


Syarat-syarat Menteri

Di antara syarat-syarat menjadi menteri

1. Islam, baligh, merdeka dan lelaki.
2. Akhlak yang mulia.
3. Berilmu sampai tahap ijtihad.
4. Sempurna pancaindera dan ~ihat. tubuh hadan.
5. Pemikiran yang bernas dalam pentadbiran dan politik.
6. Berani dan tabah.
7. Mengetahui taktik peperangan.

Syarat Menjadi Menteri Pelaksana

Fuqaha tidak mensyaratkan untuk menjadi menteri pelaksana seperti syarat menjadi menteri penyerahan tetapi memadai mereka beramanah, bercakap benar, tidak tamak, jauh dari mengikut hawa nafsu.

Secara ringkasnya perbezaan antara kedua-dua jenis wazir tersebut adalah seperti berikut:-

1. Menteri Penyerahan boleh menjalankan pemerintahan menurut inisiatifnya sendiri dan mengetuai mahkamah Mazalim sedangkan Menteri Pelaksana tidak boleh bertindak demikian.

2. Menteri Penyerahan mempunyai autoriti melantik gabenor, pegawai-pegawai pentadbir tentera sedangkan Menteri Pelaksana tidak memiliki autoriti ini.

3. Menteri Penyerahan boleh mengarah dan melibatkan angkatan tentera dengan peperangan. Sementara Menteri Pelaksana tidak dibenarkan berbuat demikian.

4. Menteri Penyerahan boleh mengelolakan perbelanjaan wang dari perbendaharaan negara secara langsung, sementara Menteri Pelaksana mesti mendapatkan izin khalifah terlebih dahulu.

Perbezaan-perbezaan antara kedua-dua menteri dari segi kelayakan jawatan seperti berikut:

1. Menteri Penyerahan mestilah seorang yang merdeka dan syarat ini tidak dikenakan pada Menteri Pelaksana.

2. Menteri Penyerahan mestilah seorang yang beragama Islam sementara Menteri Pelaksana tidak perlu.

3. Menteri Penyerahan perlu memahami ilmu-ilmu syariah. Syarat ini tidak perlu bagi Menteri Pelaksana.

4. Pengetahuan tentang aspek-aspek peperangan dan kewangan perlu dimiliki oleh Menteri Penyerahan sementara Menteri Pelaksana tidak perlu.

Pekerjaan Menteri Penyerahan (Wazir Tafwid) adalah sama dengan tugas khalifah kecuali dalam tiga perkara iaitu:

1. Ketua negara (khalifah) boleh menentukan bakal ketua negara selepasnya, sementara hak itu tidak boleh dilakukan oleh menteri.

2. Ketua negara boleh meniadakan orang ramai dari jawatan ketua negara sedang menteri tidak boleh berbuat demikian.

3. Ketua negara boleh melucutkan jawatan mereka yang dilantik oleh menteri, tetapi menteri tidak boleh melucutkan jawatan mereka yang dilantik oleh ketua negara.

Oleh kerana menteri penyerahan mempunyai tugas-tugas yang sama dengan khalifah kecuali dalam beberapa perkara, maka para Ulamak telah mensyaratkan menteri penyerahan perlulah seorang Islam. Menteri penyerahan juga mempunyai tugas-tugas yang berkaitan dengan hukum-hukum syarak, sudah tentu orang yang melaksanakan adalah seorang muslim yang beriman kepada Allah.

Menteri Penyerahan ini juga boleh membuat polisi penting dan melaksanakannya tanpa campur tangan khalifah dan dalam keadaan strategik ini, mereka yang bukan Islam mungkin menyalahgunakan amanah atau membawa kesan yang tidak diingini oleh masyarakat.

Dalil-dalil pandangan yang menegah orang bukan Islam menjadi Menteri Penyerahan.

1. Tugas dan kewajipan menteri ini seperti tugas ketua negara maka disyaratkan Islam dan berijtihad dan lain-lain syarat yang telah disepakati. Menteri ini berkuasa penuh untuk membuat keputusan, mentadbir dan menyelesaikan permasalahan rakyat. Oleh itu, menteri ini mestilah seorang yang beragama Islam. Firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 59 yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, taatilah Alah dan taatilah Rasul dan pemimpin di kalangan kamu”

2. Ayat ini menunjukkan pemimpin urusan umat Islam hendaklah seorang muslim.Maksud “di kalangan kamu” adalah dikalangan orang-orang yang beriman.

3. Menteri ini juga berkuasa melantik hakim untuk mengadili di kalangan umat Islam. Disyaratkan hakim seorang beragama Islam, adil dan lain-lain sifat yang telah disepakati oleh para ulamak. Oleh demikian, sudah tentu orang yang hendak melantiknya hendaklah terdiri daripada orang-orang Islam.

4. Syarat menteri penyerahan mestilah seorang yang adil tidak harus melantik menteri ini di kalangan orang-orang yang fasik, apatah lagi orang-orang bukan Islam.

5. Menteri ini juga berkewajipan menghantar strategi ketenteraan, menyebarkan dakwah Islamiah dan mempertahankannya. Tugas-tugas ini tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh orang-orang bukan Islam.

Kesimpulannya, jawatan menteri penyerahan iaitu dengan memberi segala tugas-tugas kenegaraan kepadanya secara mutlak dan menyamai kuasa ketua negara tidak relevan kini. Ketua negara merupakan orang yang mempunyai kuasa penuh dan kuasa menteri penyerahan dalam konteks huraian Ulamak silam tidak relevan pada masa kini. Kuasa menteri penyerahan yang terlalu berkuasa yang menyamai kuasa ketua negara kecuali dalam beberapa perkara tidak boleh lagi dipraktiskan.

Al-Mawardi menulis perkara ini memandangkan pada zaman bani Buwaih itu berlaku kemelut politik yang begitu rumit antara khalifah dan menteri-menteri. Perebutan kuasa berlaku dengan begitu gawat. Sebagai seorang ulamak adalah menjadi kewajipannya merumus methodologi politik bagi menyelesaikan perselisihan politik pada zamannya. Lalu beliau telah membahagikan hak-hak kuasa khalifah dan pembahagian dua menteri kepada Menteri Penyerahan dan Menteri Pelaksanaan bagi menyelesaikan perebutan kuasa ketika itu.

Khalifah yang lemah menjadi punca perebutan kuasa pada ketika itu. Oleh itu, al-Mawardi telah mencari jalan sebagai usaha untuk menyelamatkan institusi pemerintahan Islam supaya tidak berpecah. al-Mawardi telah merumus methodologi pembahagian ini supaya semua pihak mempunyai peranan dalam pembangunan negara.

Perlantikan Menteri Pelaksana (Wazir Tanfidh)

Al-Mawardi mengharuskan Menteri Pelaksana ini daripada golongan ahli zimmi apabila mencukupi syarat seperti beramanah, bercakap benar, tidak tamak dan jauh daripada sifat-sifat keji. Al-Mawardi mendatangkan dalil bahawa menteri jenis ini tidak mempunyai kuasa membuat keputusan, cuma sekadar menjalankan suruhan ketua negara. Dr. Namar Khalil menyebutkan bahawa kebanyakan ulamak tidak mengharuskan perlantikan zimmi walaupun menjadi menteri jenis ini seperti Ahmad bin Hanbal, Ibn Jamaah dan Juwayni. Beliau juga memilih pendapat yang menyebutkan tidak harus melantik orang zimmi menjadi menteri Tanfidh. Beliau berhujahkan bahawa wazir jenis ini lebih tinggi kedudukannya daripada saksi. Orang kafir tidak boleh menjadi saksi ke atas orang Islam. Kedudukan wazir ini lebih tinggi dan lebih utama daripada saksi. Oleh itu, tidak harus orang zimmi menjadi menteri ini.

Sementara itu, Dr. Muhammad Abdul Qadir Abu Faris menyebutkan tidak harus mengambil orang kafir zimmi walaupun Menteri Pelaksana. Ini berdasarkan hadith yang melarang orang Islam bersama meminta pandangan daripada orang kafir dan peristiwa saidina Umar yang menyuruh Abu Musa Asyaari yang mengambil seorang zimmi menjadi penulis lalu disuruh oleh Umar supaya memecatnya. Begitu juga, sejarah telah membuktikan bahawa orang Yahudi dan Nasrani adalah orang yang kuat dendamnya kepada agama Islam sehingga kini. Beliau berpendapat keharusan ini berlawanan dengan nas, maslahah umat Islam dan perangai orang zimmi yang terdiri daripada Yahudi dan Nasrani sepanjang sejarah.

Pendapat Penulis

Dalam konteks zaman sekarang, mungkin pembahagian ini tidak lagi relevan dan kita para ulamak, cendekiawan dan pemimpin politik perlu merumus semula methodologi kefahaman politik Islam berteraskan shariah dan nilai-nilai etika Islam.

Ketua negara perlu berfungsi sepenuhnya. Menteri-menteri sebagai pembantu dalam mentadbir negara. Menteri-menteri tidak perlu mempunyai kuasa yang terlalu besar yang menyamai ketua negara.

Al-Mawardi membahagikan kategori kuasa menteri-menteri kerana khalifah menjadi lemah dan tidak dapat menjalankan tugas. Bagi mengelak keadaan yang lebih buruk maka beliau telah membahagikan kuasa menteri-menteri, pentadbir dan pengurus dalam negara ketika itu. Sekiranya tugas ketua negara diserahkan semua kepada menteri-menteri, apakah tugas ketua negara? Oleh itu, kita perlu memperjelaskan apakah bidang kuasa ketua negara dan bidang kuasa menteri dalam politik dan pentadbiran.

Pembahagian yang telah dilakukan oleh al-Mawardi merupakan ijtihad dalam menyelesaikan krisis politik pada zamannya. Ini merupakan tugas para ulamak dan cendekiawan muslim. Keadaan politik, sosial dan ekonomi telah berubah, maka menjadi tanggungjawab kita para ulamak, cendekiawan dan pemimpin politik membina semula sains politik Islam, bukan sekadar kita memuji ijtihad yang telah dilakukan oleh ulamak-ulamak silam.

Kita harus sedar bahawa tidaklah memadai hanya kita menerokai khazanah-khazanah turath silam tanpa kita juga melihat kemaslahatan umat kini dengan melakukan ijtihad dalam perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak. Oleh itu, pembahagian menteri seperti yang telah diutarakan oleh al-Mawardi tidak lagi sepenuhnya relevan pada zaman sekarang. Suasana politik zamannya amat berlainan sekali dengan suasana zaman kini.

Di sini ada baiknya kita melihat pandangan Dr. Siddiq Fadhil dalam kertas kerja Siyasah Syar’iyyah : Isu-Isu Dalam Pemikiran Politik Islam Kini menyebutkan:

“Pemberian hak kepada warga bukan Islam untuk berpatisipasi dalam pentadbiran negara Islam bukanlah suatu yang terlarang secara mutlak. Al-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkamu s-Sultaniyyah memberikan ruang kepada kafir dhimmiy menjadi Menteri Pelaksana (Waziru ‘t-tanfidh). Ruang partisipasi politik golongan bukan Islam tentunya membeku pada tahap tersebut. Realiti yang berubah adalah faktor yang ikut menentukannya. Gambaran tentang keterbatasan hak berpatisipasi orang-orang bukan Islam seperti yang dipaparkan kebanyakan karya-karya Ulamak silam mengenai status dan hak kaum dhimmiy dalam masyarakat Islam, tidak lagi sepenuhnya relevan dengan realiti yang kita hadapi ketika ini.”

Melihat kepada huraian-huraian yang telah diterangkan tadi, ternyata al-Mawardi telah memberi ruang kepada orang bukan Islam untuk memegang jawatan Menteri Pelaksana pada ketika itu. Walaupun realitinya kekuasaan Islam masih utuh dan kukuh.

Dalam konteks Malaysia, kemasukan orang-orang bukan Islam bukan lagi melalui proses peperangan tetapi hasil daripada proses politik. Lagipun, warga Islam dan warga bukan Islam bersama-sama sebagai rakan pembangunan negara dan berkongsi politik. Melihat realiti dan maslahah umat Islam kini di Malaysia sudah tentu perlantikan mereka sebagai menteri dalam menjayakan kemakmuran negara dan untuk survival umat, maka perkongsian politik dan kuasa tidak dapat dielakkan. Tidak ada larangan yang mutlak daripada melarang mereka berpatipasi dalam perkongsian kuasa. Tambahan pula membuktikan sikap toleransi agama Islam.

Dr. Siddiq Fadhil menjelaskan suatu fenomena unik politik Malaysia ialah kewujudan warganegara bukan Islam dengan jumlah yang hampir menyamai dengan jumlah warganegara Muslim. Status mereka bukan lagi sebagai kafir zimmi seperti yang banyak diperkatakan dalam karya-karya klasik politik Islam. Mereka adalah warganegara penuh, malah merasa sebagai pengasas bersama sebuah negara baru-Malaysia Merdeka. Umat Islam tidak lagi dalam melayani minoriti bukan Islam yang lemah tetapi menghadapi warganegara bukan Islam yang besar dan kuat. Persoalannya bukan lagi melindungi orang zimmi, tetapi berkongsi kuasa dengan warganegara bukan Islam. Andainya kita menerima hakikat perkongsian kuasa sebagai formula politik yang diperlukan demi kestabilan negara dan kesejahteraan umat, maka soal pengangkatan orang bukan Islam sebagai wakil rakyat atau menteri sekalipun tidak perlu dijadikan isu.

Sementara itu, semasa pertemuan penulis dengan Dr. Fathi Uthman, beliau mempunyai pandangan yang sama iaitu beliau berpendapat pada zaman ini menteri Penyerahan tidak ada lagi. Menteri yang ada pada zaman kini ialah menteri Pelaksana iaitu menteri yang ahnay amenjalankan tugas. Pada zaman al-Mawardi kuasa menteri penyerahan ini terlalu besar yang bergantung kepada kuasa individu sahaja sedangkan pada zaman kini menteri menjalankan tugas perkara yang diputuskan dalam mesyuarat kabinet. Oleh itu, menurutnya harus melantik warganegara bukan Islam menjadi wakil rakyat atau menteri. Beliau menegaskan bahawa dalam negara moden sekarang hak untuk berpatisipasi dalam politik terjamin untuk semua warganegara tanpa mengira kepercayaan mereka.

Dr. AbdulHamid A. AbuSulayman telah menyinggung perkara ini dengan menyebutkan bahawa kefahaman para fuqaha tentang sejarah awal negara Muslim nampaknya hanya lebih menekankan aspek pertentangan dan permusuhan di antara kaum muslimin dengan orang bukan muslimin, dari unsur-unsur Islam yang lain. Mereka tidak mencuba menyelami pengertian sebenar seruan Islam pada masa itu dari unsur-unsur yang berkaitan. Menyentuh tentang hubungan kedua belah pihak misalnya, para fuqaha memberi tumpuan kepada perkataan saghir dalam ayat al-Quran al-Taubat 29 yang bermakna golongan yang kalah atau ditewaskan. Ini disebutkan dalam al-Quran dalam konteks permusuhan antara orang muslim dan bukan muslim. Sementara para fuqaha melupakan tentang betapa pentingnya perjanjian di antara Rasulullah s.a.w dan puak Kristian Najran dan juga Perjanjian Madinah di antara Baginda dan kaum Yahudi Madinah. Melalui perjanjian-perjanjian inilah sepatutnya ditekankan gambaran sebenar dalam hubungan dengan orang-orang bukan muslim dan bukan hanya melalui perkataan saghirun sahaja.

Wadi Zaidan Haddad ketika menulis artikel ahl al-Dhimmah in an Islamic state : The Teaching of Abu al-Hassan al-Mawardi’s al-ahkamu s-Sultaniyyah menyebutkan pandangan tokoh pemikir Mesir Fahmi Huwaidi yang melihat bahawa zimmi ini adalah warganegara Islam dalam bukunya berjuduil Muwatinun La Dhimmiyyun ( Warganegara bukan Zimmi) yang diterbitkan pada tahun 1985.Beliau menyebutkan orang muslim dan bukan muslim sebagai satu ummah. Beliau membuktikan perkara ini dengan merujuk kepada ayat-ayat al-Quran, hadith, sahifah madinah yang mana Rasulullah bersama golongan Muhajirin dan Ansar serta Yahudi mengadakan perjanjian. Agama Islam adalah agama yang memelihara hak-hak kemanusiaan dan kemuliaannya. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 70 yang bermaksud ; “ sesungguhnya Kami memuliakan bani Adam.” yang meliputi seluruh manusia tanpa pengecualian. Oleh itu, memelihara kemuliaan merupakan asas yang wajib dipatuhi. Nas al-Quran membuktikan pengisytiharan kemuliaan manusia sepertimana dijelaskan dan tidak ada pembahagian darjat atau kata dalam warganegara. Sementara itu, dalam perlembagaan yang diasaskan oleh Rasululah termaktub : “Sesiapa yang mengikuti kami dari golongan Yahudi, maka baginya pertolongan dan kesamaan.” Dr. Muhammad Salim Al-Awwa menyebutkan bahawa kesamaan di antara warganegara di sisi undang-undang merupakan nilai-nilai Islam.

Begitu juga pandangan Abd Mueim Ahmad Barakah yang menyebutkan keharusan melantik orang zimmi menjadi menteri. Beliau berpendapat perkara ini adalah masalah ijtihad asemasa yang boleh berubah-ubah dan bukan sesuatu hukum yang tetap. Perkara ini akan berubah bersama dengan maslahah umat dengan perubahan masa dan tempat. Perkara ini bukan perkara yang tetap yang berkaitan dengan ibadat dan akidah. Pendapat ini beliau ambil dari pendapat gurunya Dr. Abd Hamid Mutawalli dalam bukunya Mubadi Nizam al-Hukm fi al-Islam.

Sejarah juga turut membuktikan beberapa orang Kristian telah memegang jawatan sebagai Menteri Pelaksana lebih daripada sekali pada zaman Bani Abbasiah. Di antaranya ialah Nasr Harun pada tahun 369H dan Isa Nostors pada tahun 380H. Sebelum itu, Khalifah Muawiyah bin Abu Sufian memiliki seorang penulis Kristian yang berkhidmat untuknya bernama Sarjoun sehinggakan ahli Sejarah Adam Mitz mencatatkan dalam bukunya “Tamadun Islam Abad keempat Hijriah” bahawa seolah-olah orang Kristian yang memerintah kerajaan Islam kerana ramainya orang-orang bukan Islam menjadi gabenor atau pegawai tinggi di dalam negara Islam.

Di sini, penulis menegaskan bahawa orang bukan Islam adalah mempunyai hak warganegara yang sama dengan orang Islam dalam apa jua kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang rakyat. Mereka bukan warganegara kelas kedua atau dikotomi kerakyatan. Mereka adalah rakan kongsi pembinaan negara Malaysia yang sama-sama mengasaskan kemerdekaan negara.Golongan bukan Islam yang mendapat kerakyatan diberi kebebasan bersuara dan memberi pendapat, bebas beragama, boleh melakukan ibadat di rumah mereka dan menghayati syiar agamanya. Mereka juga boleh menjadi jemaah menteri dalam sebuah negara Islam, pegawai kanan kerajaan atau sebagainya.

Apa yang perlu dilakukan kini ialah menggunakan pendekatan siyasah syar’iyyah untuk maslahah umat walaupun perkara ini belum pernah disentuh oleh para fuqaha dan ulamak muktabar sebelum ini. Kaedah siyasah shar’iyyah ini amat penting dalam menyelesaikan kemelut dan krisis masyarakat kini tentang konsep kenegaraan Islam yang sebenar.

Dengan masa berlalu dan begitu juga banyak perubahan dalaman dan luaran, maka orang-orang muslim tidak lagi boleh bergerak dalam rangka moden klasik yang hanya memerlukan pengekalan sistem sosial yang sedia ada. Apa yang diperlukan sekarang ialah melahirkan pemikiran tulen selaras dengan kehendak hal ehwal dalam dan luar yang tidak bercanggah dengan hasrat dan nilai asasi Islam.

sumber: sini

1 ulasan:

Thariq berkata...

sip....

Catat Ulasan