Pengikut

Hadith Hari Ini

Sombongnya dia……


Hari ini menemani isteri untuk bawa Muhammad Muhaimin ke Klinik. Macam biasa la kat klinik ramai sangat orang walaupun saya dan isteri ke klinik jam 7.30 pagi. Lebih-lebih lagi kat bahagian kanak-kanak. Meriah dengan kanak-kanak dan bayi-bayi yang semuanya comel-comel belaka. Masing-masing tunggu giliran untuk pemeriksaan daripada timbang, ukur tinggi dan berbagai lagi la.

Dari segi layanan daripada para jururawat dan doktor amat memuaskan hati. Biasanya senyuman sentiasa terukir dan melayan setiap pertanyaan yang kita kemukakan. Pengalaman saya berkomunikasi dengan para doktor atau para jururawat sama ada di Pusat Perubatan Universiti Malaya atau Hospital Kuala Lumpur boleh dikatakan mereka ini sangat profesional sama ada dari segi layanan dan sebagainya.

Tapi hari ini dapat pengalaman baru pulak. Ada la seorang jururawat yang agak sombong. Senyum jangan harap la. Cakap pun agak kasar.Dah la bertugas dibahagian suntikan pulak tu. Tapi saya taknak la salahkan dia. Mungkin itu imejnya secara sejak azali kot. Nak buat macam mana bukan salah dia.

Setahu saya la kan, para jururawat dilatih untuk berinteraksi dengan orang ramai secara sopan, lemah lembut, mesra, berakhlak dan lain lagi. Tak tau la plak kot kot jururawat yang sombong tu dah lupa ilmu yang dia belajar masa latihan kejururawatan dahulu. Harap la para jururawat yang bertugas jangan la lupa ilmu-ilmu masa latihan dulu.

Tapi apa pun, masih ramai lagi jururawat yang baik, sopan, berhemah, murah senyuman dan sebagainya. Jururawat yang sombong itu hanyalah kes terpencil dan hanya segelintir sahaja. Diluar sana masih ramai lagi yang begitu dedikasi dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan masing-masing.

1 ulasan:

Mina berkata...

saya mengenali seorang doktor Pakar sakit Puan dan isterinya seorang 'staff Nurse" di hospital Sultanah Nur Zahirah, K.terengganu, sejak 2001 lagi..Mereka berdua sunnguh baik budi bahasa dan tidak meninggikan diri lansung.SEhingga kini hubungan kami masih erat terjalin, antara keluarga saya dan keluarga beliau..Sesungguhnya ada satu peristiwa yang menyebabkan kami amat terhutang budi pada beliau...Ya, segalanya daripada ALLAH SWT jua..DIA yang mengirimkan beliau pada saya tika itu..Lantas, lahirlah NUKMAN IZZUDIN, si anak yang bertuah itu pada 15 April 2002, sedangkan tarikh yang sepatutnya ialah 26 April..Beliau ialah DR MOHD NASIR CHE TAK.Istrinya, Kak Hasnah....

Catat Ulasan