Pengikut

Hadith Hari Ini

Di Mana Islam?

Salah satu sifat yang terdapat pada Islam ialah menyeluruh. Ia, Islam itu sangat meyeluruh dan sempurna. Islam memberi garis panduan yang sangat jelas baik dalam bidang ekonomi, politik, sosial, hidup berumahtangga, undang-undang dan sebagainya. Pendek kata ajaran Islam merangkumi semua perkara baik kehidupan duni atau pun akhirat.


Sebenarnya manusia sangat beruntung lebih-lebih mereka yang lahir dalam keadaan Islam yang ada di mana-mana saja. Allah SWT yang buat manusia. Makanya Allah SWT sangat mengetahui apa yang sangat diperlukan manusia buat hidup di atas muka dunia ni. Maka Allah SWT menurunkan Islam yang dibawa oleh pesuruhnya iaitu Nabi Muhammad SAW. Tapi malang manusia sombong, takbur, bodoh, ego dan macam-macam lagi. Mereka tak mahu ikut sepenuhnya ajaran Islam dan jika ikut pun hanyalah untuk memenuhi kepentingan nafsu mereka sahaja.

Hasil pengabaian kepada ajaran Islam, kita boleh lihat pelbagai perkara yang amat merugikan umat Islam. Apabila ekonomi yang berunsurkan riba dan gharar berleluasa maka lihatlah petakanya. Disamping dimurkai Allah SWT, ekonomi juga mengalami kemerosotan. Apabila pentadbiran tidak meninikberatkan Islam. Cuba lihat begitu banyak sekali berlaku rasuah, kronisme, nepotisme, penyalahgunaan kuasa dan banyak lagi yang beraku.

Bukan itu sahaja, kemaksiatan dan kemungkaran umpamanya zina, minum arak, rompak, buang bayi dan sebagainya begitu berleluasa. Inilah padahnya manusia menggunakan undang-undang sendiri dan mengetepikan hukum Allah SWT. Sedangkan segala bentuk penyelesaian telah tersedia dalam ajaran Islam.

Kalau nak disebut memang banyak mengenai kesilapan manusia apabila tidak menerima Islam secara syumul. Oleh itu saya menyeru, marilah sama-sama kita bertekad untuk mempelajari ilmu-ilmu Islam dan seterusnya dapat melaksanakan ajaran Islam secara syumul dan seterusnya meyambaikan kebaikan Islam kepada orang lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan