Pengikut

Hadith Hari Ini

Isu Serangan Ke Atas Gereja: Angkara Pengganas?

Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan serangan ke atas gereja yang tidak diketahui oleh siapa pun yang melakukannya. Isu ini pastinya menimbulkan kemarahan terhadap mereka yang beragama Kristian. Itu tidak dapat dinafikan. Bahkan amat ditakuti ianya akan menyebabkan berlakunya ketegangan agama di negara kita. Kita doakan perkara sedemikian tidak berlaku.


Persoalan yang saya nak lontarkan disini, siapakah angkaranya? Amatlah malang jika ianya dilakukan oleh umat Islam. Harapan saya perbuatan tersebut bukanlah tindakan umat Islam kerana Islam sendiri menganjurkan keamanan serta menentang keganasan. Bahkan umat Islam sendiri disarankan menghormati amalan dan agama orang lain. Jika tindakan itu dilakukan oleh umat Islam, maka tindakan itu adalah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab dan memalukan.

Kepada mereka yang beragama Kristian, saya ingin tegaskan bahawa ajaran Islam tidak pernah menganjurkan umatnya melakukan tindakan yang sedemikian. Sejarah telah membuktikan bahawa di dalam peperangan di zaman Rasulullah, tentera Islam dilarang sama sekali menyakiti dan memusnahkan perkara berikut iaitu:
1)Kanak-kanak, wanita dan orang tua.
2)Rumah ibadat
3)Tumbuh-tumbuhan dan binatang.

Sesungguhnya ajaran Islam amat mementingkan keamanan. Bahkan menjadi suatu tuntutan kepada umat Islam untuk mewujubkan keamanan sejagat. Sekalipun serangan itu dilakukan oleh orang Islam, sekali lagi ingin ditegaskan bahwa tindakan itu bukanlah atas nama Islam tetapi atas hawa nafsu dan sifat kemunafikan mereka yang bertujuan untuk memusnahkan Islam. kami umat Islam bersetuju supaya pemerintah mengenakan tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang.

Kami berharap mereka yang beragama Kristian tidak mengaitkan peristiwa tersebut dengan agama Islam. Islam adalah agama yang paling baik dan pada masa yang sama menghormati penganut agama lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan