Pengikut

Hadith Hari Ini

Isu penggunaan kalimah Allah

Heboh jugak isu ni. Antara isu yang amat menggemparkan mengenai isu ini. Saya tidak berhajat nak menyentuh tentang keputusan yang di buat oleh mahkamah. Pihak Kementerian yang terbabit akan kemukakan rayuan. Di harap berjaya menyelesaikannya. Perlu diingat, isu ini bukan hanya perlu diperjuangkan oleh Kementerian terbabit sahaja tetapi oleh seluruh Umat Islam yang tidak mahu kalimah Allah yang Agung itu digunakan sewenang-wenangnya.


Sememangnya, dalam isu ini terdapat pelbagai pandangan daripada tokoh Islam sendiri.Takpa la. Masing-masing ada pandangan sendiri. Bagi saya, isu ni sangat sensitif. Dan terdapat keperluan tertentu yang menyebabkan pihak berkuasa sebelum ini melarang penggunaan tersebut.

Di sini saya mengajak semua memerhatikan firman Allah SWT yang antara lain lain membawa maksud: "dan sesekali yahudi dan nasrani itu akan redho ke atas kamu sehingga kamu mengikutinya....." Hal ini memberi gambaran dan ketakutan kepada kita akan penyalahgunaan kalimah Allah SWT untuk menyebarkan agama mereka kepada orang Islam lebih-lebih lagi di kalangan masyarakat yang kurang pengetahuan agama. Saya sangat-sangat bimbang nanti merek meyamakan Islam dengan agama mereka.

Maka disini terdapat maslahah untuk umat Islam.Kepentingan ini perlu dipertahankan agar kesucian Islam ini tidak diceroboh oleh agama lain. Jika kita melihat kepada dhoruriyyat al-khoms, menjaga agama adalah merupakan aspek yang terkandung di dalamnya. Jadi dalam hal ini persoalan ini menyentuh secara lansung mengenai agama. Kalau kalimah Allah SWT pun gagal dipertahankan, tidak mustahil suatu hari nanti Islam pun mereka berani persoalkan.

Dalam hal ini pihak pemerintah boleh ,menggunakan kuasa poliik mereka berasaskan kaedah siyasah syariyyah yang diperuntukkan dalam Islam. Apapun kita harap umat Islam sentiasa berwaspada serta ambil tahu tentang Islam agar tidak ada musuh yang berani mempersoalkan apa apa pun tentang Islam.

0 ulasan:

Catat Ulasan