Sebagaimana maklum sebahagian besar generasi muda di dalam negara kita masih belum mendaftar sebagai pengundi yang sah untuk memilih wakil rakyat sama ada di peringkat parlimen atau pun dun. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak bertanggung jawab terutamanya SPR dengan bantuan parti-parti politik nampaknya belum membuahkan hasil. Sepatutnya generasi muda yang kebanyakkan golongan terpelajar mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mendaftar kerana mereka juga penentu kepada corak kepimpinan negara.
FAKTOR-FAKTOR
Apa yang saya perhatian terdapat beberapa faktor yang boleh saya nukil kan di sini. Antaranya:
1)Rumit
Tidak dapat disangkal sememangnya proses pendaftaran pengundi sangat rumit sama ada kerenah semasa mengisi borang dan seterusnya terpaksa beratur panjang(jika di pejabat Pos)untuk urusan pendaftaran pemilih. Bukankah ini menimbulkan sikap acuh tak acuh untuk generasi muda mendaftar. Jadi saya cadangkan kepada pihak SPR supaya mengadakan pendaftaran secara automatik setelah umur menjangkau 21 tahun. Pihak SPR boleh mengadakan kerjasama dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara untuk tujuan itu. Saya yakin jika ini dilakukan peratusan keluar mengundi akan meningkat.
2)Kurang Promosi
Perkara yang saya lihat punca kepada kurangnya kesedaran ini adalah disebabkan kurangnya promosi. Media kita asyik membincang kan tentang kurangnya generasi muda mendaftar, tetapi tidak pula berusaha untuk mengaturkan kempen-kempem melalui media berpengaruh. Saya sendiri pernah berbual dengan generasi muda yang sebilangan besarnya adalah sahabat saya sendiri. Apa yang malangnya mereka tidak tahu di mana untuk mendaftar sebagai pemilih.
3)Kurang Kaunter Pendaftaran
Antara punca utama juga ialah kurangnya kaunter untuk mendaftar. Mungkin di kalangan mereka sendiri malas untuk ke Pejabat Pos dan sebagainya untuk mendaftar atau kesibukan kerja. Jadi sepatutnya kaunter bergerak secara agresif perlu dilakukan. Kaunter boleh dibuka di mana-mana sahaja umpamanya pusat beli belah, pusat peranginan, institusi pengajian tinggi,stesen bas dan sebagainya.
4)Larangan Berpolitik
Sebilangan besar generasi muda adalah dari kalangan pelajar IPT. Mereka semuanya terikat dengan larangan berpolitik dan berpersatuan. Ini akan menyebabkan mereka tidak mengambil kira perihal mengundi lagi. Antara yang sering kedengaran "macam mana nak mengundi kan pelajar tak dibenarkan berpolitik.Mengundikan sebahagian dari aktiviti politik". Inilah realiti hari ini.
Faktor yang dikemukakan itu mungkin sebilangannya sahaja. Mungkin di sana terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kurangnya minat untuk mendaftar.
Mengapa Perlu Mengundi
Mungkin di kalangan kita beranggapan apa perlunya mengundi. Kalau tidak mengundi pun kerajaan tetap ada juga. Baik, di sini secara ringkasnya saya kemukakan keperluan mengundi. Antaranya:
1)Memilih Kerajaan Yang Baik
Oleh kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi dalam memilih kepimpinan maka pilihan raya perlu diadakan. Melalui pilihanrayalah sesebuah parti akan dipilih untuk mengetuai kerajaan baik persekutuan atau negeri. Untuk menguasai Kerajaan Persekutuan sesebuah parti perlu memenangi kerusi terbanyak di dalam Parlimen. Manakala Kerajaan Negeri pula, parti perlu menguasai majoriti di DUN. Maka dalam hal ini, pengundi bertanggung jawab sepenuhnya untuk memilih kepimpinan yang dikehendaki. Dalam tempoh berkempen, para pengundi akan diberi maklumat dan manifesto parti yang bertanding. Dari situlah penilaian pengundi sebenarnya. Pengundi akan dapat membuat pilihan parti mana yang patut dipilih untuk memimpin kerajaan. Jika baik yang dipilih maka akan mendatang kan kebaikan kepada rakyat dan negara dan begitulah sebaliknya.
2)Amar Ma'ruf Nahi Mungkar
Sebenarnya, pengundi merupakan kuasa keramat yang sangat diharapkan oleh parti bertanding. Di sinilah peranan pengundi. Pengundi mempunyai kuasa untuk memilih dan menurunkan pemimpin yang dikehendaki. Jika sesebuah parti yang diberi kuasa tetapi memerintah dengan kezaliman dan kemungkaran, maka pengundi berupaya mencegah kemungkaran itu dengan menurunkannya sementara serta menaikkan parti yang lain. Jika kemudiannya parti yang dipilih tersebut juga membuat perkara seumpama sebelumnya, maka pengundi berupaya menukar kerajaan yang lain pula. Inilah dia prinsip demokrasi yang perlu diketahui semua pengundi.
Kesimpulan
Oleh yang demikian, seruan saya kepada generasi muda agar segera mendaftar sebagai pengundi kerana mengundi ini adalah suatu tanggunjawab kepada negara ini.
4 ulasan:
Salam,
Baguslah n3 kali ini izinkan umi copy ya..
Benar sekali hujah dari penulis,
kalau x faham lg tak tahulah.
Sedikit info penting.
Ada blog penghinaan terhadap Islam..
http://beritamuslim.wordpress.com/
laporkan pada pihak wordpress dengan cara klik
http://en.wordpress.com/report-spam/
Your Email : email anda
Blog URL : isi dengan
http://beritamuslim.wordpress.com/
Why : isi dengan --> BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion, abusing.
Semoga semakin ramai buat laporan, semakin cepat blognya ditutup.
Tolong sebarkan!!
salam ya sheikh?ana stuju ngan enta..enta dah daftar?kalo x cepat2.heee.nice blok anta...shbtMU..truskan berdakwah..
Alhamdulillah dah daftar dah. Tunggu pilihanraya ja.Dah tahu dah kawasan mana nak mengundi.hehehe
Catat Ulasan