Pengikut

Hadith Hari Ini

Pabila Sang Bapa ‘Mengandung’!

Oleh NOORZIHAN MOHAMED YIN

BANYAK yang beranggapan bahawa apabila masa seorang wanita itu mengandung, pasti sang ibu ini akan mengidamkan sesuatu. Tapi tahukah anda bahawasanya si bapa juga tidak lari daripada fenomena mengidam ini?

Fenomena ´suami mengidam´ ini disebut ‘couvade syndrome’, atau disebut juga ‘sympathetic pregnancy’. Ia merupakan suatu keadaan yang dipanggil psikosomatis yang membawa erti suatu keadaan yang dialami tubuh secara fizikal yang disebabkan oleh suatu dorongan psikologi. Dalam bahasa mudah, fenomena bilamana seorang bakal bapa mengalami simptom-simptom kehamilan seperti yang biasa dialami wanita hamil.

Psikosomatis berasal daripada perkataan ‘psiko’ yang bermaksud psikologi dan ‘somatik’ yang membawa maksud tubuh. Hampir semua fenomena psikosomatis melibatkan perubahan kepada hormon.

Lelaki yang menghadapi fenomena ini memiliki memiliki peringkat hormon termasuk ketinggian kepekatan hormon prolaktin dan kartisol dan kadar hormon testosteron dan estradiol rendah semasa peringkat sebelum kelahiran yang sama dengan pasangannya yang hamil.

Menariknya, kadar kepekatan hormon adalah sama antara kedua-dua pasangan. Sekiranya kepekatan hormon sang isteri meningkat, sang suami juga mengalami kepekatan hormon yang sama!

Perubahan pada hormon ini menurut laporan kajian berlaku pada bulan ketiga kehamilan yang mana penurunan tahap testosteron akan berakhir sehingga bulan keenam kehamilan. Pada peringkat ini, kepekatan hormon cortisol dan estradiol yang mempengaruhi sifat keibuan akan meningkat.

Fenomena ini kebiasaannya akan dialami sang bapa seperti juga sang ibu, iaitu pada awal kehamilan. Pada peringkat ini, ada dikalangan bakal bapa mengalami kekejangan, sakit belakang, perubahan mood, bertambah selera makan, alahan, keletihan melampau, kemurungan, mudah marah, pitam dan sakit gigi.

Malah ada juga yang mengalami perut buncit seolah-olah mengandung!

Punca terjadinya fenomena ini tidak dapat dipastikan. Fenomena ini juga tidak mengenal etnik dan sosioekonomi sesuatu masyarakat. Ia telah dikenalpasti berlaku seantero dunia.
Tetapi menurut pakar, fenomena ini kebiasaannya terjadi kepada masyarakat secara budayanya menerima fenomena ini sebagai suatu kebiasaan.
Penyelidikan juga melaporkan bahawa fenomena ini lazimnya berlaku dikalangan pasangan yang mengalami masalah kesuburan (greatdad.com).

Banyak teori yang dikeluarkan berkenaan dengan fenomena ini. Antaranya adalah:

• Taksub terhadap kehamilan pasangan;
• Rasa simpati/empati terhadap pasangan;
• Suatu kaedah ‘mengenalpasti’ fetus;
• Suatu ‘perasaan bersalah’ kepada pasangan;
• Perasaan cemburu terhadap pasangan kerana kelebihan pasangan mengandungkan anak;
• Perasaan cemburu terhadap pengalaman pasangan melahirkan anak (paternityangel.com).

Kaedah terbaik bagi ‘melawan’ fenomena ini adalah mengenalpasti dan memahami bahawasanya ia benar-benar wujud dan merupakan reaksi semulajadi manusia terhadap proses kehamilan.

Perkara kedua yang perlu dilakukan adalah cuba memahami mengapa anda mengalami keadaan sedemikian. Walau bagaimanapun, kebanyakan sang bapa hanya mengalami gejala yang tidak keterlaluan.

Pengumuman kepada sang bapa, fenomena ini hanya boleh ‘diubati’ hanya selepas kelahiran si comel!

Namun, apa yang menarik, menurut satu kajian yang dijalankan, lelaki yang mengalami tanda-tanda sindrom Corvade ini dilihat lebih bersedia memikul tanggungjawab barunya sebagai bapa dengan lebih baik berbanding lelaki yang tidak mengalaminya.


Sumber: http://www.yadim.com.my/Keluarga/KeluargaFull.asp?offset=5&Id=155

2 ulasan:

Afida Anuar berkata...

Owhh ingatkan istilah 'mengandung' tu untuk si bakal bapa yang mengalami simptom perut ke depan..erkk. Rupanya cite lain..hehe..
apa pun thanks for this info..

aMaLiNa asyIKin berkata...

hehehe..camtu..sympathetic pregnancy~
rupenye sbb hormon~~..
gud info n_n

Catat Ulasan