Pengikut

Hadith Hari Ini

Artikel Khas Sempena Sambutan Hari Ibu


Wanita dan Ibu Muslimin

Oleh SMAHADZIR

PENGHORMATAN terhadap wanita jelas terbentang dalam ajaran Islam, malahan sehingga di dalam al-Quran terdapat surah yang membincangkan soal-soal wanita. Surah itu dinamakan An-Nisa’, bererti ‘Surah Perempuan atau Wanita.’ Ini menunjukkan persoalan wanita tidak diabaikan oleh Allah s.w.t. Di dalam surah Al-Ahzab pula diterangkan mengenai hakikat tersebut sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya lelaki dan perempuan Muslim, lelaki dan perempuan Mukmin, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah s.w.t, Allah s.w.t telah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab: 35)

Nabi Muhammad s.a.w telah memberi contoh dan teladan dan penghargaan terhadap kaum wanita. Lemah lembut dan kasih sayang dan tanggungjawab terhadap isteri-isteri baginda telah ‘melunakkan’ hati-hati orang zalim pada zaman itu, umpama cahaya yang memancar menembusi ceruk dan liku-liku kehidupan. Sebenarnya, lelaki dan wanita itu telah diberi hak yang sama dan kewajipan yang sesuai dengan keadaan jasmani dan peribadi masing-masing. Lelaki yang bertubuh kuat dan berkuasa diberi tugas untuk memimpin dan melindungi wanita yang bertubuh lemah, berperasaan halus, dan sensitif.

Memang sifat semulajadi wanita senang dengan perlindungan dikasihi, dihormat, dipelihara perasaannya, serta diambil berat tentang kebajikannya. Bagi wanita pula, tugas melahirkan anak, memelihara dan mendidik adalah perkara biasa yang memang sesuai dengan kemahuan dan fitrah semulajadi yang dikurniakan Allah s.w.t untuknya. Tentang perkara ini Allah telah berfiraman yang bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita, disebabkan Allah s.w.t telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana lelaki telah menafkahkan harta mereka.” (An-Niza’: 34)

Walaupun tugas memimpin dan memberi nafkah itu merupakan kelebihan yang diberi kepada kaum lelaki, tetapi tidak timbul sama sekali tentang siapa yang berkuasa dan siapa yang menguasai. Sebab hubungan antara pemimpin dengan yang dipimpin, antara yang memberi nafkah dengan yang diberi nafkah, bukanlah hanya diikat dengan ikatan harta benda dan pengajaran semata-mata, tetapi yang kuat dan teguh mengeratkan ikatan tersebut adalah ikatan ‘kasih sayang.’ Dapat juga dijelaskan bahawa dunia akan menjadi kosong tanpa wanita di dalamnya, sebagai pasangan lelaki untuk memperkembangkan keturunan. Kelahiran seorang wanita itu memang dinanti-nantikan untuk mengubat kesunyian hati seorang lelaki, iaitu Adam a.s. Oleh hal yang demikian, Allah s.w.t telah menjadikan Hawa sebagai teman daripada tulang rusuk Adam sendiri.

Begitulah Allah s.w.t memulakan kehidupan seorang wanita untuk melengkapi kehidupan di dunia ini bagi seorang lelaki, maka jadilah seorang wanita itu daripada tulang rusuk kiri yang bengkok lagi lemah. Oleh sebab itu wanita adalah teman rapat lelaki yang perlu dipimpin kehidupannya dengan penuh kebijaksanaan dan berhati-hati oleh lelaki. Tulang yang bengkok tidak boleh diluruskan secara kekerasan kerana dikhuatiri akan patah dan tidak pula boleh terlalu lembut hingga ia terus bengkok. Ini kerana lemahnya kejadian wanita, Allah s.w.t tidak memberatkan dengan tuntutan syariah yang melebihi kemampuannya.

Wanita adalah sebahagian daripada lelaki kerana ia dicipta dari tulang rusuk lelaki sebelah kiri. Ia dikurniakan dengan ‘sembilan’ nafsu dan ‘satu’ akal. Kelemahan wanita kerana menurut naluri daripada menggunakan akalnya. Lelaki dikurniakan ‘sembilan’ akal dan ‘satu’ nafsu. Kelemahan lelaki adalah kerana mudah terpedaya akan godaan wanita. Kenapa lelaki yang dikurniakan dengan ‘sembilan’ akal masih boleh tewas apabila digoda oleh wanita? Allah s.w.t Yang Maha Bijaksana telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Dan Dia telah menjadikan hamba-Nya itu berpasang-pasangan. Lelaki dan wanita saling memerlukan di antara satu sama lain. Sebahagiannya menjadi pembantu kepada sebahagian yang lain.

Kemuliaan manusia hanyalah dalam agama, sejauh mana mereka berupaya mentaati perintah Allah s.w.t dan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Allah s.w.t telah mengurniakan kepada wanita dengan berbagai-bagai kelebihan. Syarat untuk wanita masuk syurga begitu mudah. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Seorang wanita yang mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya.” (Riwayat Abu Nuaim)

Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Seorang wanita salihah lebih baik daripada seribu lelaki yang tidak salih. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibuka lapan pintu syurga yang mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab.”

Siti Aisyah pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seorang wanita yang didatangi haid kecuali haidnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidnya, dia membaca ‘Alhamdulillahi ‘alakulli hal waastaghfirullaha min kulli zanbin’, maka Allah s.w.t menetapkan baginya bebas daripada neraka, dengan mudah melalui sirat, aman daripada seksa, bahkan Allah s.w.t mengangkat ke atasnya darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berzikir kepada Allah s.w.t selama haidhnya.”

WANITA YANG MULIA DI SISI ALLAH

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, apabila engkau perintah dia taat, apabila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya.”

Terdapat sebuah riwayat, bahawa pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, ada seorang lelaki yang bakal berangkat untuk berperang di jalan Allah s.w.t. Dia berpesan kepada isterinya, “Wahai isteriku, janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali.”

Secara kebetulan ayahnya menderita sakit, maka wanita tersebut mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda kepada utusan itu, yang bermaksud: “Supaya dia taati suaminya.” Wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali sehingga akhirnya dia benar-benar mentaati suaminya dan tidak berani keluar dari rumah. Maka ayahnya meninggal dunia, tetapi dia tetap tidak pergi melihat atau menziarahi jenazah ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah s.w.t menurunkan wahyu kepada Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah s.w.t telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya.” Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah s.w.t turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu.

Inilah sebenarnya perkara yang menyebabkan wanita diredai oleh Allah s.w.t, bukannya dalam persamaan hak yang seperti dituntut golongan yang jahil agama. Sedangkan dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi s.a.w telah melihat di dalam syurga bahawa Allah s.w.t memasukkan wanita ke dalam syurga 500 tahun lebih awal daripada suami mereka dan apabila melihat ke dalam neraka, Nabi s.a.w dapati dua pertiga daripada penghuninya adalah wanita.

KELEBIHAN WANITA

Abdullah bin Masud meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya, maka Allah s.w.t mencatat baginya seribu kebaikan, diampunkan 2000 kesalahan, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah s.w.t mengangkat seribu darjat untuknya.”

Maulana Syed Ahmad Khan dalam bayannya menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita. Katanya:
1. Seorang wanita yang salihah lebih baik daripada seorang wali Allah.
2. Wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah s.w.t akan rezekinya.
3. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti membersihkan Baitullah.
4. Wanita yang salihah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang salih.
5. Allah s.w.t akan memberkati rezeki apabila wanita memasak dengan berzikir.
6. Seorang wanita yang menutup auratnya ditingkatkan oleh Allah s.w.t nur wajahnya 13 kali daripada wajah asalnya.
7. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah s.w.t yang Maha Indah di akhirat nanti, tetapi bagi Allah s.w.t sendiri akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang menjaga auratnya purdah dengan istiqamah.

PERKARA YANG AMAT DILARANG ALLAH PADA SEORANG WANITA

1. Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Hiduplah dengan apa yang kau suka.”
2. Allah s.w.t melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.
3. Perempuan yang memakai kain yang nipis dan jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan kepada orang lain, maka dia tidak akan mencium bau syurga.

Wanita yang jahat lebih buruk daripada seribu orang lelaki yang jahat. Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah s.w.t dan rasul-Nya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain daripada agama kerana merasakan pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti di Barat. Ini semua bukanlah salah mereka, tetapi kitalah yang bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yang dianugerahkan dengan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini - memberi harapan dan bimbingan kepada manusia.

KEMULIAAN ISTERI DI DALAM ISLAM

1. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri melayan dengan baik, maka dia memperoleh pahala jihad.
2. Wanita yang menyebabkan suami keluar ke jalan Allah s.w.t dan menjaga adab rumah tangga akan masuk syurga 500 tahun lebih dulu daripada suaminya. Dia akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggang dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yaqut.
3. Wanita yang menjaga solatnya, puasa, dan taat kepada suami, Allah s.w.t izinkan dia memasuki syurga dari mana-mana pintu yang ia sukai.
4. Kalau isteri melayan suami tanpa khianat, dia mendapat pahala 12 tahun solat.
5. Wanita yang meninggal dengan keredaan suaminya akan masuk syurga.
6. Jika suami mengajar isterinya satu masalah agama, akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
7. Isteri yang memandang suami dengan kasih sayang dan suami yang memandang isteri, juga dengan kasih sayang, maka Allah s.w.t memandang dengan penuh rahmat.
8. Jika suami mendatangi isterinya kemarahan, tetapi isteri melayan dengan baik, maka mendapat separuh pahala jihad.

KEMULIAAN IBU DI DALAM ISLAM

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil mendapat pahala puasa pada siang hari dan pahala ibadat pada malam hari.
3. Wanita yang bersalin mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah s.w.t menganugerahkannya satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia dikira sebagai mati syahid.
5. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya, akan dapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya yang menangis, maka Allah s.w.t beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh dua setengah tahun, maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit, akan memperoleh pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit, akan diampunkan oleh Allah s.w.t akan seluruh dosanya dan apabila dia menghiburkan hati anaknya, Allah s.w.t mengurniakan 12 tahun pahala beribadat.

WANITA YANG DIMURKAI ALLAH

Kemurkaan Allah s.w.t pada hari kiamat amat dahsyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat. Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, ‘semoga engkau mendapat kutukan Allah s.w.t’, maka dia dikutuk oleh Allah s.w.t dari atas langit ketujuh dan mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah s.w.t kecuali dua jenis makhluk, iaitu manusia dan jin.’

Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermkasud: “Seorang isteri yang menyebabkan kesusahan kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu lakukan, maka Allah s.w.t tidak akan menerima amalannya yang wajib dan sunatnya.”

Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Seandainya apa yang ada di bumi ini merupakan emas dan perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, ‘engkau ini siapa? Semua harta ini milikku dan engkau tidak punya harta apapun.”

Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak. Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang yang sangat kasih kepada umatnya. Baginda menghadapi segala rupa bentuk penderitaan, kesakitan, keletihan, dan tekanan. Begitu juga air mata dan darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih sayang terhadap umatnya. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita dan seluruh umat baginda. Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: “Aku bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kepada baginda, “Mengapa tuan menangis, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Pada malam aku diisrakkan ke langit, aku melihat orang sedang mengalami berbagai-bagai penyeksaan, maka apabila teringatkan mereka, aku menangis.” Aku bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, apakah yang tuan lihat?’ Beliau bersabda:
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari belakangnya sedangkan lahar yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari belakangnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
4. Wanita yang digantung, diikat kedua-dua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit di bawah kekuasaan ular dan kala jengking.
5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya kelihatan api yang menyala-nyala dengan dahsyat.
6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
8. Wanita yang tuli, buta, dan bisu dalam peti neraka, sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.
9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan kaldai yang menerima berjuta jenis seksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.” Rasulullah s.a.w bersabda, “Wahai Fatimah, adapun tentang:
• Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) di kalangan lelaki.
• Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata kesat.
• Kemudian Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah s.w.t akan membuatnya mulutnya kelak pada hari kiamat, selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya di belakang lehernya.
• Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
• Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib daripada haid dan nifas.
• Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
• Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) di kalangan orang ramai dengan tujuan supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.
• Adapun wanita yang diikat kedua-dua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa, tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
• Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti kaldai kerana dia suka melaga-lagakan orang serta berdusta.
• Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ‘ahli fitnah’ serta suka marah-marah pada suaminya.

Ada di antara isteri para yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik. Di antara sifat buruk mereka:
1. Isteri Nabi Nuh suka mengejek dan mengutuk suaminya.
2. Isteri Nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.

KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w akan hal tersebut, baginda menjawab: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang salihah (baik) itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang salih.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t dan orang yang ttakut akan Allah s.w.t, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barangsiapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w) di dalam syurga.
6. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila ibu bapa memanggil kamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan walinya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya.”
13. Wanita, apabila melakukan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Setiap wanita yang membantu suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang wanita mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginya setiap hari dengan seribu kebaikan dan menghapuskan daripadanya seribu kejahatan.
16. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
17. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t memberinya pahala seperti memerdekakanya 70 orang hamba dengan ikhlas demi membela agama Allah s.w.t.

Demikianlah besarnya anugerah Allah kepada para wanita yang taat akan perintah Allah, ajaran rasul-Nya, juga kepada suaminya.

sumber: sini
Baca selanjutnya...

Jihad Bukan Berperang Semata-Mata


Oleh mohd Rumaizuddin bin Ghazali
Timbalan Presiden ABIM

Sebahagian umat Islam beranggapan bahawa jihad hanya disyariatkan selepas nabi s.a.w berhijrah ke Madinah. Sebelum itu, umat Islam tidak mengenali istilah jihad dan hukumnya. Padahal kenyataannya bukanlah begitu. Ini kerana terdapat ayat al-Quran yang diturunkan pada zaman Mekah yang menyuruh nabi agar berjihad. Ayat ini ialah dalam surah al-Furqan ayat 52. Allah berfirman yang bermaksud:

“Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir dan berjihadlah kepada mereka dengan al-Quran dengan jihad yang benar."

Dalam surah al-Nahl ayat 110, Allah juga telah berfirman yang bermaksud :

" Dan sesungguhnya Tuhanmu adalah (pelindung) bagi orang orang-orang yang berhijrah sesudah menderita cubaan, kemudian mereka berjihad dan sabar. Sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Nahl, ayat 110)

Menurut sebahagian besar ulamak ayat ini diturunkan di Mekah. Antaranya ialah Ibn Zubair, Hasan al-Basri, Ikramah ‘Ata dan Jabir. Menurut Ibn Abbas, surah ini adalah makkiyyah kecuali ayat 95-97. Maksud hijrah dalam ayat diatas ialah hijrah ke Habsyah dan bukannya hijrah ke Madinah.

Sebab utama mereka beranggapan bahawa ayat jihad diturunkan di Madinah selepas hijrah kerana mereka berpendapat bahawa jihad dengan makna yang sempit. Mereka melihat jihad itu hanya melalui peperangan semata-mata. Sememangnya perintah untuk berjihad dan memerangi orang musyrikin adalah setelah Rasulullah berhijrah dan tinggal di Madinah.

Pandangan seperti ini menyebabkan sebahagian makna dan kondisi jihad yang lain dipinggirkan. Tidak diragukan lagi bahagian terpenting jihad adalah yang muncul pada masa awal permulaan Islam di kota Mekkah iaitu jihad berdakwah, mengajak orang musyrikin ke jalan yang benar dan memerintahkan mereka meninggalkan kebiasaan buruk mereka dengan mengikut kesesatan nenek moyang mereka. Juga termasuk dalam kategori jihad ini ialah kesabaran Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dalam mempertahankan akidah, kebenaran meskipun menghadapi pelbagai cabaran, hambatan yang berupa seksaan dan cemuhan. Satu lagi jihad yang terpenting dalam period ini ialah kesunggguhan nabi dan para sahabatnya dalam mempelajari al-Quran dan menyingkap hukum-hukum dengan segala sesuatu yang terkandung di dalamnya dengan penuh teliti dan tekun.

Bagaimana tidak dikatakan jihad sedangkan secara jelas Allah menyebutkan ketika berfirman kepada Rasul-Nya iaitu ketika nabi masih di kota Mekkah dengan menyatakan : "Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir dan berjihadlah kepada mereka dengan al-Quran dengan jihad yang besar." (al-Furqan, ayat 52)

Ibn Abbas menyebutkan berjihadlah pada jalan Allah dengan menggunakan al-Quran dan dalil-dalilnya dengan jihad yang besar. Jihad ini merupakan jihad yang besar dan merupakan inti dari perintah jihad itu sendiri. Kedudukan jihad sebegini mempunyai keistimewaan dan kemuliaan dibandingkan dengan jihad-jihad yang lain. Jihad yang dilakukan oleh Rasulullah semasa di Mekkah ini bagaikan sebatang pohon yang kukuh sepanjang zaman. Sedangkan perang di jalan Allah diibaratkan sebagai cabang-cabangnya yang tumbuh berganti sesuai dengan musim yang dilaluinya.

Inilah hakikat jihad yang sebenar iaitu jihad dakwah mengajak manusia mengesakan Allah. Ia bukan bermakna berperang atau bertempur di medan terbuka semata-mata seperti yang tersirat dalam fikiran sebahagian umat Islam kini.

Masih banyak orang yang ketika dibacakan hadith nabi s.a.w. yang bermaksud : "Jihad yang paling utama adalah mengucapkan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim." (Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud, Turmizi dan Ibn Majah secara marfu'). Lantas mereka mentakwilkan hadith ini dengan perintah untuk melaksanakan perang. Tidak terlintas dalam fikiran mereka "kalimah yang benar” (kalimah haq) dalam hadith tersebut kecuali mereka ertikan dengan perang dan pertempuran. Sedangkan maksud yang sebenarnya dari hadith tersebut adalah agar dalam memberi peringatan kepada para penguasa yang zalim hendaklah dengan cara bertutur dengan bahasa yang halus dan benar, jauh dari kata-kata kotor ,mengumpat dan memaki.

Perintah untuk berperang baru datang setelah nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah dan dakwah pada masa itu telah diatur oleh satu negara yang dipimpin oleh Rasulullah. Hal itu juga berkaitan untuk memelihara masyarakat Islam yang semakin berkembang dan menjaga negara dari segala bentuk pencerobohan. Oleh itu, menjadi kewajipan setiap muslim untuk berjihad secara menyeluruh dengan dimulai dengan menerapkan pokok jihad yang utama iaitu jihad berdakwah, mengenal Tuhan dalam diri kita, keluarga dan masyarakat. Kemudian barulah dilanjutkan dengan cabang-cabang jihad yang lain sesuai dengan perkembangan masyarakat dan zaman..

Oleh itu, usaha untuk mengenal Islam, ilmu-ilmu yang berhubungan dengan Islam dan berdakwah kepada agama Islam merupakan rukun pertama dalam berjihad. Perkara yang perlu diketahui dari hakikat jihad yang pertama ini ialah bahawa jihad ini merupakan sebahagian dari kewajipan umat Islam untuk menyampaikan agama Islam kepada orang lain. Kewajipan menyampaikan jihad dakwah ini merupakan kewajipan setiap individu muslim tanpa menunggu kebenaran keizinan ketua sepertimana terjadi dalam peperangan.

Jihad dalam berdakwah dilakukan dengan cara halus, tidak dengan kasar. Seorang pendakwah tidak diperkenankan berdakwah dengan menggunakan cara-cara yang kasar, keras dan paksaan. Ini kerana dakwah kepada Allah dalam erti globalnya adalah memenuhi kewajipan Allah kepada hambaNya untuk saling membantu dalam kebaikan dan ketakwaan. Firman Allah yang bermaksud : " Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksaNya ,” (al-Maidah, ayat 2)

Firman Allah yang bermaksud : " Jika kamu berpaling maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kewajipan rasul kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang." (al-Maidah, ayat 92)

Ayat ini diturunkan di Madinah setelah turunnya kewajipan untuk berjihad dengan berperang. Ertinya, dalam apa jua keadaan dan masapun kewajipan dakwah tidak berubah, iaitu dilakukan dengan cara halus dan damai, tidak dengan cara kekerasan.

Seorang pendakwah adalah seorang yang berusaha untuk merealisasikan tertanamnya hidayah dalam setiap individu muslim dan manusia keseluruhannya. Di samping itu, seluruh kegiatannya harus disertai dengan kegigihan dan kesabaran yang tinggi. Demi untuk kejayaan dakwah itu, pendakwah perlu menunjukkan contoh teladan yang baik, berbudi pekerti dan berakhlak mulia dalam interaksinya bersama semua lapisan masyarakat. Namun kita dapati juga ada yang terjun dalam dunia pergerakan Islam dan parti tertentu yang memperjuangkan matlamat masing-masing. Mereka ini saling berlumba dengan mengagungkan parti dan kelompok masing-masing demi merebut populariti, kerusi dan kedudukan. Dan untuk mencapai apa yang mereka inginkan itu mereka satu sama lain saling menjatuhkan. Jika demikian berlaku,bagaimana mereka hendak mempersiapkan diri untuk melakukan dakwah dan bagaiman mereka mampu untuk merebut hati masyarakat sedangkan mereka sendiri tidak mampu mengendalikan diri sendiri dengan sempurna. Jika para pendakwah kita bersifat demikian, saya yakin dakwah kita tidak akan berjaya. Saya juga tidak yakin mereka lakukan semua itu dengan penuh keikhlasan.

Faktor kejayaan dakwah yang dimaksudkan adalah agar seorang pendakwah memiliki rasa cinta kepada mad'unya. Bagi seorang pendakwah, hatinya selalu diliputi dengan perasaan kasih sayang kepada seluruh manusia yang berbeza-beza agama, aliran pemikiran, adat kebiasaan dan perbezaan-perbezaan yang lain. Perkara ini dapat direalisasikan sekiranya seorang pendakwah dapat mengorbankan kepentingan duniawi demi kebaikan masyarakat disekelilingnya. Inilah hakikat dakwah Islam sebagai pembawa rahmat kepada seluruh manusia dan alam. Firman Allah yang bermaksud : " Dan tidaklah kami mengutuskan kamu melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam." (al-Anbiya',ayat 107) Sabda Rasulullah yan bermaksud : "Orang-orang penyayang akan disayangi Allah, maka sayangilah orang-orang yang ada di bumi, maka kamu akan disayangi orang-orang yang ada di langit." Dalam kitab sirah disebutkan bahawa Rasulullah sentiasa berdoa kepada seluruh golongan manusia sama aada muslim atau bukan Islam agar mereka mendapatkan rahmat, pengampunan dan hidayat dari Allah. Nabi s.a.w. tidak pernah berdoa untuk musyrikin kecuali doa-doa kebaikan. Selama beberapa tahun di Mekah, beliau tidak pernah menggerakkan lisan baginda untuk mendoakan dengan doa-doa yang buruk.

Jihad melalui dakwah itu bukti di atas keimanan. Ia sentiasa mempunyai perasaan cinta kepada Allah dan rasul-Nya. Alamat kecintaan itu ditonjolkan dengan berjihad pada jalan-Nya dan berdakwah kepada agama-Nya dan melindungi orang-orang yang beriman. Oleh itu, sesiapa yang tidak mengetahui hakikat dari dakwah dan jihad ini, maka mereka akan melakukan dakwah, namun pada hakikat itu bukan makna dakwah yang sebenar dan begitu juga mereka akan melakukan jihad namun apa yang mereka lakukan itu bukanlah erti jihad yang sebenar.

Jelaslah kepada kita bahawa jihad dakwah dapat dilakukan dengan cara-cara halus tanpa menggunakan kekerasan dan paksaan, didasarkan pada kasih sayang, rahmat serta sabar dalam menghadapi ujian dan mehnah hidup. Oleh itu, dakwah dengan mengajak manusia kepada agama Allah, menghayati dan mengamalkan ajaran Islam dengan berterusan merupakan jihad yang agung dan dapat membangunkan masyarakat Islam ke arah umat yang terbaik dalam memimpin tamadun manuia pada masa akan datang.

sumber: SINI
Baca selanjutnya...

Kitab Bahru al-Maazi (Bahagian Empat): Islamnya Saidina Umar RA


Sambungan

(Teks asal yang dialih daripada jawi ke rumi)

6) Masalah: Apa sebab Islam Saidina Umar? (Ya saudaraku) Adalah sebab Islam Saidina Umar itu ialah mulanya iaitu ada baginya saudara perempuan yang telah Islam dahulu daripadanya ianya dengan suaminya. Apakala didengarnya orang dua laki isteri telah Islam naiklah meradang didalam hatinya kerana panaskan mengapa orang dua laki isteri meninggalkan ugama datuk nenek, iapun terus pergi kerumah saudaranya itu bermaksud hendak dideranya manakala sampai ia kesana lalu dibacakan oleh saudaranya akan Quran. Orang arab bila mendengar Quran istimewa orang yang tinggi akal seperti Saidina Umar itu sudahlah disambar oleh kelazatan Quran akan papan hatinya dan sempurna kenyang perasaan ruhnya. Didalam itu pun sudah tertanya-tanya mana Muhammad, mana Muhammad SAW? Dan berbetulan pada masa itu ada seorang sahabat nabi bersama disitu bernama Khabab lalu berkata: terimalah khabar kesukaan ya Umar! Engkau telah didoakan oleh Rasulullah SAW malam kemarin pada Tuhan, ia minta muliakan Islam dengan salah seorang daripada dua Umar, iaitu engkau atau Abu Jahal. Maka Tuhan sudah makbulkan doanya menjadikan engkau memuliakan Islam. Maka pergilah is kepada Rasulullah SAW dirumahnya disisi tempat bernama al-Sofa di Mekah dan menzahirkan Islamnya dihadapan segala sahabat. Maka sekalian orang Islam pun mengucap takbir belaka oleh mendapat kesukaan kerana Islamnya.

Huraian:

Sebelum Saidina Umar RA memeluk Islam, beliau telah didahului oleh adiknya. Setelah mengetahui Islamnya adik dan suaminya maka meradanglah Saidina Umar RA. Sejurus itu, Saidina Umar RA terus ke rumah adiknya dengan tujuan meyakiti adiknya suami adiknya itu. Namun setibanya dirumah adiknya itu, beliau mendengar bacaan ayat suci al-Quran yang amat menusuk jiwanya yang menjuruskan dirinya untuk memeluk Islam. Ketika itu terdapat salah seorang sahabat Nabi SAW berada disitu dan menyatakan kepada Umar RA bahawa beliau merupakan salah seorang dari dua Umar yang didoakan Nabi SAW agar memasuki Islam. Maka pergilah Saidina Umar RA kepada Rasulullah serta menzahirkan Islamnya dihadapan Rasulullah SAW dan para sahabat yang lain. Maka gembiralah sekalian para sahabat setelah seorang yang sangat berani telah bersama-sama Islam.
Baca selanjutnya...

Bangau oh Bangau


Oleh: ZALILA ISA

SUASANA hingar seketika. Hilaian si perempuan tiada henti. Sambil tangan kanan membetul-betulkan helaian rambut di dahi yang terjulur keluar melepasi tudung, tangan kiri pula kemas digenggam si lelaki. Bibir si lelaki pula tidak berhenti memperkatakan sesuatu sambil memandang rakan-rakan yang lain. Sekali-sekala si perempuan menyandarkan kepala di bahu temannya.

Di bahagian tempat duduk bertentangan pula dipenuhi dengan barisan si arjuna muda yang baru belajar bergaya. Berfesyen ala-ala model kononnya, menggenggam erat telefon bimbit dan memasang lagu-lagu Barat dengan kuat.

Fesyen mereka sangat pelik. Sekali pandang seumpama gaya ‘mat rempit’. Selekeh. Ada juga yang berfesyen ala-ala penyanyi ‘underground’ dari Barat. Itu belum lagi fesyen-fesyen yang muncul dan diaplikasikan oleh belia muda tanpa segan silu atau tanpa tahu di sebalik cerita fesyen tersebut yang kebanyakannya mendukung suatu idealisme yang kadangkala menyimpang dari budaya dan agama. Malah, pakaian yang dikenakan oleh mereka bukan sahaja melambangkan lontaran perasaan tidak puas hati dan marah kepada budaya dan prinsip sekeliling tetapi juga membenci suatu elemen yang dinamakan kehidupan sebagai manusia. Maka syaitan dan iblis menjadi pujaan dan itulah yang biasanya menjadi intipati dalam lagu-lagu yang didendangkan.

Remaja kita tidak tahu, malah sengaja tidak mengambil tahu latar belakang perkara yang cuba mereka aplikasikan dalam hidup. Mengikut-ikut, itulah istilah terbaik yang boleh dilabel kepada mereka.

Di Malaysia, merujuk kepada generasi mudanya, usah pelik apabila melihat mereka berpakaian senteng walaupun bukan musim hujan. Jangan geleng kepala bila melihat mereka menindik telinga sebesar syiling lima sen (lelaki dan perempuan) serta deretan subang pelbagai bentuk menghiasi cuping telinga. Usah ternganga jika mata terlirik dedahan pusat dan punggung yang menjadi fesyen kegemaran kebanyakan remaja perempuan di Malaysia. Juga, tidak janggal melihat anak-anak muda yang kadangkala hanya berumur awal belasan tahun sudah pandai pegang-pegang tangan, gesel-gesel badan atau kucup-kucup pipi di khalayak ramai.

Itu belum lagi remaja yang terlibat dengan jenayah-jenayah ringan dan berat seperti pengambilan alkohol yang berlebihan, dadah dan ganja, mencuri, meragut, merogol malah membunuh. Siapa yang mempengaruhi mereka? Cetek benarkah akal mereka sehingga tidak dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk?

Apabila berbicara soal remaja dan masalah-masalah yang dihadapinya, pelbagai pihak terlibat sama dan adakalanya saling tuding menuding menyalahkan satu sama lain. Babak ini tak ubah seperti kisah dalam lagu “Bangau oh Bangau”. Bangau dijadikan watak utama dalam lagu ini kerana perkembangan cerita bermula dengan sang bangau yang terlalu kurus kerana tidak dapat memakan ikan yang bersembunyi di celah rumput yang panjang.

Bangau oh bangau,
kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus,
ikan tak mahu timbul…..ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan,
kenapa engkau tak timbul?
Macam mana aku nak timbul,
rumput panjang sangat…..rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput,
kenapa engkau panjang?
Macam mana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku…..kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau,
kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan,
perut aku sakit…..perut aku sakit.

Perut oh perut,
kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit,
makan nasi mentah….makan nasi mentah.

Nasi oh nasi,
kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah,
api tak mahu menyala…..api tak mahu menyala.

Api oh api,
kenapa engkau tak mahu menyala?
Macam mana aku nak menyala,
kayu api basah…..kayu api basah.

Kayu oh kayu,
kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah,
hujan timpa aku…..hujan timpa aku.

Hujan oh hujan,
kenapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa,
katak panggil aku…katak panggil aku.

Katak oh katak,
kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil,
ular nak makan aku…..ular nak makan aku.

Ular oh ular,
kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan,
memang makanan aku….memang makanan aku

Persamaan lagu itu dengan masyarakat kita amat banyak. Bukan sahaja isu remaja yang terlibat dalam jenayah, malah boleh diaplikasi berdasarkan isu-isu lain seperti masalah pengangkutan, banjir, alam sekitar, penganguran, kebanjiran warga asing, rasuah, keruntuhan sosial, dan rumah tangga serta pelbagai lagi.

Persamaan yang ingin dikemukakan melalui lagu tersebut dan juga situasi masyarakat pada hari ini ialah perbuatan menyalahkan orang lain atas sesuatu perkara. Rantaian tuding menuding akhirnya terhenti apabila si ular memberi jawapan “memang makanan aku”. Begitu jugalah dalam masyarakat yang akhirnya mengambil jalan mudah memberi alasan seperti, “sudah takdir”, “benda sudah berlaku” dan sebagainya yang akhirnya membuntukan segala penyelesaian dan penggalian ke akar umbi sesuatu masalah. Seolah-olah sesuatu yang berlaku itu tiada pilihan.

Kisah remaja dan generasi muda hari ini amat membimbangkan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyatakan, pada tahun 2006, jenayah remaja tempatan bawah 18 tahun didapati 2 % daripada 232,620 kes pada 2006. Seramai 1,831 melibatkan remaja yang bersekolah. Dalam sesetengah kes ada yang melibatkan kanak-kanak seawal umur 7-10 tahun. Jika usia semuda ini sudah bergelumang dengan jenayah, bagaimana pula perjalanan mereka meniti usia dewasa?

Apabila jari dituding kepada ibu bapa kerana tidak menyediakan kesempurnaan akhlak, ibu bapa melenting. Mereka pula menyalahkan sekolah yang tidak bertindak seperti sepatutnya. Pihak sekolah pula dengan angkuhnya menyalahkan kerajaan atas dasar-dasar kebebasan dalam bentuk hiburan dan sebagainya. Kerajaan sekali lagi menyalahkan ibu bapa kerana terlalu mementingkan kebendaan sehingga lupa tanggungjawab terhadap anak-anak. Dan begitulah seterusnya.

Malaysia sudah mencapai tahun ke-50 kemerdekaannya. Kemajuan dan pencapaian sudah berada pada tahap membanggakan. Produk dan perkhidmatan kita sudah mendapat tempat di mata dunia. Pelaburan, eksport dan import semakin melebarkan sayapnya. Begitu juga aspek pendidikan dan pelancongan yang semakin membanggakan Malaysia.

Sudah tiba masanya Malaysia meninjau semula dasar-dasar keterbukaan yang diamalkan dalam sesetengah perkara seperti unsur hiburan yang melampau yang seringkali dikaut dari Barat. Sudah tiba masanya juga Malaysia yang merdeka ini tidak berkiblatkan Barat atas dasar kemajuan dan kemodenan. Lihat sahaja kemodenan barat yang disertai sekali dengan kemusnahan sosial dan budayanya. Semuanya di sebabkan oleh dasar keterbukaan atau liberalisme tanpa batasan. Takkan kita nak mengakui kerosakan akhlak artis-artis barat seperti Paris Hilton dan Britney Spears sebagai suatu nilai seni tersendiri?

Menurut mereka yang terlibat dengan masalah ini, punca kebejatan sosial remaja hari ini adalah disebabkan oleh hiburan yang melampau, tiada batasan atau sekatan. Hiburan yang bagaimana yang merosakkan generasi muda kita?

Menurut Dr. Mohd Asri Zainul Abidin melalui artikelnya yang bertajuk “Apabila Dunia Hiburan Kita Terbabas” (Utusan Malaysia, 24 Jun 2007), Islam bukanlah agama yang jumud menolak kehadiran unsur hiburan dalam masyarakat Islamnya. Malahan, pada zaman nabi wujud unsur-unsur hiburan dalam majlis keraian atau perkahwinan. Bezanya, pada waktu itu, unsur hiburan mempunyai batasan dan sempadan. Baginda Rasulullah s.a.w sendiri telah bertindak sebagai lembaga penapisan dan penilaian seni agar unsur hiburan itu tidak terseleweng daripada apa yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Lihat sahaja unsur hiburan yang melampau yang terdapat di Malaysia. Konsert yang kadangkala lebih banyak keburukan diadakan tanpa batasan. Rancangan-rancangan di televisyen yang disediakan untuk anak-anak dan remaja lebih berunsurkan keseronokan, kegembiraan dan seterusnya memupuk budaya hedonistik, sintetik (mengikut-ikut sesuatu budaya/tiruan) serta krisis identiti kepada mereka. Ditambah lagi dengan aktiviti luar yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu demi mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan kepada pemikiran dan sosiobudaya remaja.

Sebenarnya banyak lagi punca yang boleh dipaparkan berikutan masalah sosial remaja. Selain hiburan yang terlalu liberal, ibu bapa juga harus kembali kepada tanggungjawab asal mereka iaitu memelihara anak-anak sebagai suatu amanah dari Allah s.w.t. Kenal pasti semula peranan dan kuasa-kuasa yang ada pada ibu bapa untuk melahirkan anak yang soleh dan solehah, seterusnya menjadi generasi yang berguna kepada negara.

Begitu juga dengan dasar pendidikan negara dan masyarakat. Masing-masing ada peranan dan hak untuk membentuk setiap anggota masyarakatnya melalui landasan yang betul. Sikap saling tegur menegur, bertolak ansur, dan muafakat antara semua pihak bakal melahirkan masyarakat yang merdeka dari segi jasmani dan rohani. Sistem pendidikan seharusnya memperkaya tamadun dan bukannya menjadi bahan dagangan.

Selain itu, sistem pendidikan di negara ini juga harus seimbang antara tradisional dan moden. Ajaran dan buah fikir orang dulu-dulu jangan dibuang, aplikasikan dengan cara dan sistem yang moden. Jangan terlalu memandang sains dan teknologi sebagai satu wadah yang boleh membawa manusia kepada kejayaan secara menyeluruh.

Imbangan antara budaya dan sains amat penting seperti yang disarankan oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim, iaitu sistem pendidikan harus menekankan aspek budaya kerana budaya melahirkan manusia dan seterusnya manusia melahirkan sains. Sains dan budaya seterusnya lebih sempurna jika dilangsungkan melalui landasan “kepercayaan kepada tuhan”, iaitu sentiasa percaya bahawa Allah s.w.t telah memberi yang terbaik untuk kita.

Antara bangau, ikan, rumput, kerbau, perut, nasi, kayu api, hujan, katak dan ular, siapakah kita? Jadilah diri sendiri yang beretika tinggi namun bersikap rendah diri, kurang berfalsafah tetapi lebih berpraktikal, tidak berteori tetapi penuh rasional dan yang lebih penting memikul peranan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t, dan juga peranan sebagai manusia di muka bumi ini. Biarlah lagu itu berkumandang di setiap zaman untuk menghiburkan anak kecil. Jangan lupa tafsirkan sekali maknanya agar anak-anak lebih tahu tanggungjawab dan nilai hidup yang harus ada pada mereka apabila dewasa kelak.

Sumber: sini
Baca selanjutnya...

Kisah Si Buta

Kejadian manusia di atas muka dunia ni ada yang sempurna dan ada pula yang kurang sempurna. Kekurangsempurnaan itu sama ada semasa lahir ataupun sesudah dilahirkan sama ada disebabkan kemalangan atau sebagainya. Apa pun sebagai manusia segala apa yang telah Allah SWT takdirkan hendak diterima dengan penuh keimanan. Apa yang saya nak ceritanya ialah mengenai seorang pakcik yang buta. Pakcik ni boleh dikatakan tiap-tiap malam jika ada kuliah kat masjid dia mesti ada punya. Duduk depan plak tu. Sepatutnya orang yang celik ni kena malu la skit. Bayangkan seorang yang buta datang masjid nak dengar kuliah agama. Yang celik duk merayau kat pasar malam. Tak malu ka orang celik kat pakcik buta tu? Insaflah wahai hamba Allah SWT.

Baca selanjutnya...

"Bahagian Seorang Anak lelaki Menyamai Bahagian Dua Anak Perempuan"


Komen dari cinta wardah berbunyi:

“salam.mula2 dulu ana pelik jugak kenapa lelaki dapat lebih bnyk..tapi lepas kuliah bedah buku dr. yusuf qardawi br ana faham.rupanya tanggungjawab lelaki ni lagi bnyk..mungkin ustz boleh terangkan kat semua”

Ulasan saya:

Pengenalan

Islam adalah agama yang syumul dan lengkap. Ianya sesuai untuk diamalkan dalam segenap lapangan sama ada politik, ekonomi, sosial, kekeluargaan dan sebagainya. Pendek kata, Islam memberi penekanan dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-sebesar perkara hatta nak memasuki tandas sekalipun ada peraturan dan adab-adabnya tersendiri. Dalam konteks pembahagian pusaka, Islam juga memberi panduan secara terang mengenai kaedah-kaedah pembahagian pusaka sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran. Penerangan yang terdapat di dalam al-Quran mengenai pusaka ini sangat lengkap dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Ayat al-Quran Mengenai Pembahagian Pusaka

Surah al-Nisa’ayat 11.
“Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. yaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, Maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, Maka ia memperoleh separo harta. dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), Maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, Maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Surah al-Nisa’ ayat 12
“Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. jika Isteri-isterimu itu mempunyai anak, Maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) seduah dibayar hutangnya. para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. jika kamu mempunyai anak, Maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), Maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. tetapi jika Saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, Maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Penyantun.”

Surah al-Nisa’ ayat 176
“Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah). Katakanlah: "Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalalah (yaitu): jika seorang meninggal dunia, dan ia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, Maka bagi saudaranya yang perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang laki-laki mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika ia tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, Maka bagi keduanya dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. dan jika mereka (ahli waris itu terdiri dari) Saudara-saudara laki dan perempuan, Maka bahagian seorang saudara laki-laki sebanyak bahagian dua orang saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu, supaya kamu tidak sesat. dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.”

Persoalan Yang Ditimbulkan

Dalam konteks pembahagian pusaka ini, timbul persoalan, mengapa lelaki mendapat bahagian yang lebih berbanding wanita sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan”.

Hujah

Pertama: Ditentukan Allah SWT
Sebagaimana yang dinyatakan bahawa lelaki akan mendapat dua bahagian berbanding perempuan hanya satu bahagian sahaja. Hal ini sewajarnya tidak perlu kepada dipertikaikan lagi kerana ketetapannya telah ditentukan Allah SWT sebagaimana dalam firmanNYA dalam ayat 11 surah al-Nisa’. Samalah sebagaimana kewajipan kita berpuasa dalam bulan Ramadan. Tidak perlulah dipertikaikan lagi kenapa kita perlu puasa dalam bulan Ramadhan. Sewajarnya manusia yang beriman dengan Allah SWT serta kitab suciNYA tidak perlu mempertikaikan lagi hukumnya.

Kedua: Bebanan Dan Tanggungjawab
Dalam konteks bebanan dan tanggungjawab, golongan lelaki lebih berat berbanding kaum wanita. Sama ada dalam konteks mahar, nafkah dan sebagainya. Sedangkan wanita tidak dibebankan dengan semua itu. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh Karena Allah Telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan Karena mereka (laki-laki) Telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. sebab itu Maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh Karena Allah Telah memelihara (mereka). wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, Maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, Maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha besar.”

Kesimpulan

Sesungguhnya apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT itu adalah amat adil dan bersesuaian dengan kehidupan manusia. Allah SWT mengetahui apa yang diperlukan oleh manusia kerana Allah SWT lah yang menjadikan manusia. Dalam konteks pembahagian pusaka ini, amatlah perlu dilihat dengan akal yang waras berpandukan wahyu Allah SWT. Para wanita tidak perlu gusar kerana mendapat satu bahagian kerana di sana suami mereka akan mendapat dua bahagian. Manakala bagi lelaki yang mendapat dua bahagian, maka isteri mereka mendapat satu bahagian. Artinya lelaki dan wanita mendapat hak yang sama.Inilah keadilan Allah SWT.

Allahu a’lam.
Baca selanjutnya...

Fiqh al-Mawarith: Pewaris Lelaki


Terdapat sepuluh orang pewaris lelaki iaitu:

a)Anak lelaki
b)Cucu lelaki bagi anak lelaki dan generasi seumpamanya
c)Bapa
d)Datuk sebelah bapa dan asal-usul seumpamanya
e)Saudara lelaki seibu sebapa, sebapa atau seibu.
f)Anak lelaki bagi saudara lelaki seibu sebapa, sebapa dan generasi seumpamanya

g)Suami
h)Tuan kepada hamba dan 'asabahnya
i)Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa atau sebapa sahaja
j)Anak lelaki bagi bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa atau sebapa atau generasi seumpamanya

Sumber: Kitab al-faraid al-mubassat karangan al-Sheikh 'Abduh bin Salim al-Himsi
Baca selanjutnya...

Keteladanan Nabi Ibrahim A.S


Dalam lintasan sejarah kenabian, nama Nabi Ibrahim Alaihissalam, merupakan nama yang sudah tidak asing lagi bagi umat Islam. Selain dikenal sebagai salah seorang rasul ulul azmi (yang memiliki keteguhan), beliau juga sering disebut sebagai Khalilullah (kekasih Alloh Subhaanahu wa Ta’ala), dan Abul Anbiya' (bapaknya para nabi). Tulisan singkat ini memberikan sedikit gambaran tentang perilaku kehidupan beliau untuk kemudian nantinya bisa kita teladani.

Kritis terhadap lingkungan

Nabi Ibrahim Alaihissalam dilahirkan dilingkungan penyembah berhala, termasuk bapaknya sendiri, Azar, namun ternyata lingkungan tidak memberi pengaruh terhadap dirinya. Hal ini dikarenakan sikap kritis yang beliau miliki. Suatu ketika beliau bertanya kepada bapaknya tentang penyembahan berhala ini. Sebagaimana dalam firman Alloh Subhaanahu wa Ta’ala, yang artinya: "Dan (ingatlah) di waktu Ibrahim ber-kata kepada bapaknya Aazar: "Pantaskah kamu menjadikan berhala-berhala sebagai ilah-ilah. Sesungguhnya aku melihat kamu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata". (QS: Al-An'am: 74)

Demikianlah keteguhan iman beliau, kesesatan tetaplah beliau katakan sebagai kesesatan meskipun itu dihadapan ayahnya sendiri, sehingga dalam riwayat lain beliau akhirnya diusir oleh sang ayah. Sikap Nabi Ibrahim tidaklah berhenti disini, namun dilanjutkan dengan mencari siapakah sesembahan (Ilah) yang sebenarnya. Tatkala ia melihat bintang ia katakan "Inilah Tuhanku," namun ketika bintang itu tenggelam ia berkata: "Saya tidak suka yang tenggelam", demikian juga ketika melihat bulan dan matahari sama seperti itu. Akhirnya karena merasa bahwa benda-benda di alam ini tak ada yang pantas untuk disembah maka ia berkata, sebagaimana dalam firman Alloh Subhaanahu wa Ta’ala, yang artinya: "Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan."

Kisah ini membuktikan bahwa hanya dengan mengikuti akal sehat dan hati nurani saja (fitrah) ternyata beliau mampu menjadi muslim yang muwahid (lurus tauhidnya) meski lingkungan yang ada tidak mendukung. Dan ini menunjukan bahwa fitrah manusia pada dasarnya adalah bertauhid. Lalu bagaimana dengan kita umat Islam sekarang ini, bukankah selain memiliki akal dan hati nurani kita juga mempunyai pembimbing berupa Al-Qur'an dan As-Sunnah. Masihkah kita akan menutupi kemusyrikan, kebid'ahan dan kemungkaran-kemungkaran yang kita lakukan dengan alasan lingkungan? atau sudah tradisi?

Cerdas, diplomatis dan pemberani

Hal ini dibuktikan ketika beliau berhadapan dengan penguasa musyrik saat itu yang bernama Namrudz, raja Babilonia. Firman Alloh Subhaanahu wa Ta’ala, artinya: "Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Rabbnya (Alloh) karena Alloh telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: "Rabbku ialah yang menghidupkan dan mematikan". Orang itu berkata: "Saya dapat menghidupkan dan mematikan". Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Alloh menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat," lalu heran terdiamlah orang kafir itu; dan Alloh tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (QS: Al-Baqarah: 258)

Dalam tafsir di sebutkan bahwa yang di maksud orang yang diberi kekuasaan adalah Namrudz, kemudian arti ucapannya: "Saya dapat menghidupkan dan mematikan" ialah membiarkan hidup seseorang dan membunuh yang lainya. Sadar menghadapi orang yang punya kekuasaan yang bisa bertindak apa saja semaunya maka Nabi Ibrahim lalu menyampaikan hujjah yang sekiranya membuatnya diam, yakni disuruh ia menerbitkan matahari dari barat, jika memang bisa dan punya kekuasaan.

Kecerdasan Nabi Ibrahim juga tertuang dalam kisah lainya yakni tatkala ia menghancurkan berhala-berhala para musyrikin ia sisakan satu berhala yang terbesar. Hal ini tentunya bukan dengan tanpa tujuan. Ketika dalam persidangan iapun ditanya tentang siapa yang menghancurkan berhala-berhala itu. Nabi Ibrahim menjawab: "Tanyakan saja kepada berhala yang paling besar yang belum rusak! Sebenarnya jika para musyrikin itu mau menggunakan otaknya mereka sudah tahu dengan maksud perkataan Nabi Ibrahim tersebut. Namun karena kebodohan mereka merekapun balik mengumpat: "Bagaimana kami bertanya kepadanya, bukankah dia itu hanyalah patung benda mati? Maka dijawab lagi oleh Nabi Ibrahim dengan yang lebih tegas: "Jika sudah tahu itu benda mati mengapa kalian sembah?"

Inilah bukti kecerdasan dan kehebatan beliau dalam berdiplomasi. Memang banyak orang cerdas pemikirannya, namun jika sudah berhadapan dengan penguasa, maka terkadang tidak begitu terlihat kehebatannya bahkan justru yang dilakukan adalah minta petunjuk.

Memiliki ketaatan luar biasa

Sengaja disini kami tulis dengan luar biasa karena memang tidak dimiliki dan tidak bisa dimiliki oleh manusia-manusia biasa seperti kita. Mari kita renungkan arti firman Alloh Subhaanahu wa Ta’ala berikut ini yang mengisahkan tentang perintah penyembelihan Nabi Isma'il: "Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelih-mu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Alloh kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".

Perintah menyembelih anak bukanlah perintah sembarangan, namun demikian Nabi Ibrahim tetap saja mengerjakannya, walaupun akhirnya diganti oleh Alloh Subhaanahu wa Ta’ala dengan seekor domba. Jika bukan karena ketaatan yang luar biasa maka tentu Nabi Ibrahim tak sanggup untuk mengerjakannya, demikian pula dengan Nabi Isma'il yang akan disembelih, beliau pun persis seperti ayahnya, pasrah (Islam) terhadap apa yang diwahyukan Alloh Subhaanahu wa Ta’ala.

Telah kita pahami pada awal artikel ini, bahwa beliau adalah seorang yang kritis, cerdas dan diplomatis serta pemberani. Namun itu semua sama sekali tidak berlaku di hadapan Alloh Subhaanahu wa Ta’ala. Mestinya dengan sikap kritis dan kecerdasannya ia bisa menolak perintah itu dengan mengatakan bahwa perintah itu tidak masuk akal dan diluar kebiasaan atau kemampuan. Jika tidak, sebagai seorang yang diplomatis ia bisa menyampikan alasan-alasan tertentu untuk berkelit dari printah itu atau minimal minta diganti perintah lain yang lebih ringan, bukankah ia seorang nabi yang jika meminta sesuatu pasti dikabulkan? Akan tetapi kaum muslimin, beliau bukanlah tipe manusia seperti kita yang ketaatanya hanya setebal kulit ari, dan sangat mudah terhampas oleh tiupan badai. Jika bukan karena rahmat Alloh Subhaanahu wa Ta’ala kita tak punya kekuatan apa-apa untuk mempertahankannya. Rupanya yang ada dalam diri Nabi Ibrahim ketika berhadapan dengan perintah Alloh Subhaanahu wa Ta’ala adalah Sami'na wa atha'na ya dan ya. Tak pernah ada kata 'tidak', 'nanti saja' atau 'perlu analisa dulu', dengan tujuan supaya bebas darinya. Demikianlah ciri-ciri muslim dan mukmin sejati.

Hal ini sesuai dengan firman Alloh Subhaanahu wa Ta’ala, yang artinya: "Dan tidakkah patut bagi laki-laki yang mu'min dan tidak (pula) bagi perempuan yang mu'min, apabila Alloh dan Rasul-Nya telah menetappkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.Dan barang siapa mendurhakai Alloh dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata." (QS: Al-Ahzab: 36)

Memang begitulah idealnya seorang disebut sebagai mukmin. Jika Al Qur'an atau Sunnah mengatakan salah dan haram maka seperti itu pula yang ia katakan. Jika memerintahkan sesuatu maka itulah yang ia kerjakan dan jika melarang sesuatu pantangan jangankan dia mengerjakan, mendekati saja tidak akan mau. Sungguh Alloh Subhaanahu wa Ta’ala Maha Tahu bahwa seorang hamba tak akan sanggup untuk menyembelih anaknya dan seandainya pun yang diperintahkan Alloh Subhaanahu wa Ta’ala hanya ini saja dan tidak ada perintah-perintah lain maka tetap saja dan kita tak akan mampu melakukannya. Dan tiadalah suatu larangan Alloh Subhaanahu wa Ta’ala kecuali di situ terdapat sesuatu yang merugikan dan membawa petaka, oleh karenanya wajib untuk di jauhi.

Dan masih banyak sebenarnya teladan yang bisa diambil dari sirah Nabi Ibrahim ini. Namun karena keterbatasan tempat dan ilmu maka tidak bisa untuk disampaikan semuanya, diantaranya yang terpenting adalah ketegasan beliau terhadap kemusyrikan dan kekafiran. Seperti yang tersebut dalam Al-Qur'an Surat Az-Zurkhruf 26-27.

Pelajaran yang bisa diambil
Pelajaran yang bisa kita ambil dari sedikit uraian diatas adalah: (QS: Ash-Shaffat: 102)

1.
Seseorang tidak boleh melakukan kesyirikan/ kebid'ahan hanya dengan alasan lingkungan, karena telah ada Al Qur'an dan As Sunnah sebagai petunjuk.
2.
Seseorang da'i dituntut memiliki sifat yang cerdas, kritis, peka terhadap lingkungan, bisa bertukar pendapat dengan baik dan pemberani.
3.
Kecerdasan dan intelektualitas bukan penghalang bagi seseorang untuk berlaku taat kepada Alloh Subhaanahu wa Ta’ala. Bahkan akal harus tunduk terhadap wahyu.
4. Hikmah dari perintah penyembelihan nabi Ismail adalah disyariatkanya ibadah kurban.
5. Tegas terhadap kemusyrikan dan kekafiran adalah sikap yang harus dimiliki setiap muslim.

Oleh karenanya, akankah lingkungan terus menerus kita kambing hitamkan untuk mempertahankan sebuah kesalahan atau tradisi yang menyimpang, ataukah dengan kecerdasan dan intelektual yang kita miliki kita akan mencoba membelokkan makna ayat-ayat Alloh Subhaanahu wa Ta’ala atau menafsiri semaunya dan dikatakan sudah tidak relevan lagi. Padahal kita tahu, Nabi Ibrahim adalah orang yang sangat cerdas, namun ia berubah menjadi orang yang sangat bodoh (karena taat) ketika berhadapan dengan wahyu, sehingga ketika disuruh menyembelih putranya ia pun bersedia melakukannya tanpa banyak berpikir panjang.

Dimanakah muslim yang berjiwa seperti nabi Ibrahim ini? memang kita tak akan bisa seperti beliau namun setidaknya kita harus berusaha menjadi muslim yang taat dan tidak banyak membantah walau belum mampu untuk melakukannya. Wallahu ta’ala a’lamu bish-shawab... (Parlin Abdurrahman)

(Sumber Rujukan: Al-Qur'an tafsir Bayan, Mushaf terjemah, Kitab Tauhid karya Syaikh At-Tamimi)

Sumber: sini
Baca selanjutnya...

Pakar Pertanian & Penternakan


Oleh HAPPIS BASHA

Dalam Islam pertanian dan penternakan amat penting kerana ia merupakan sumber makanan bagi umat manusia. Negara yang memberikan perhatian kepada pertanian tidak akan mengalami kebuluran di kalangan rakyatnya.

Dikalangan ilmuan Islam tidak kurang juga yang memiliki kepakaran serta mahir dalam bidang tersebut. Beliau ialah Abu Zakaria Yahya bin Muhammad bin al-Awamm al-Isybil atau lebih dikenali sebagai Ibnu Al-Awwam.

Beliau dilahirkan di Seville dan hidup pada zaman kejatuhan peradaban Islam di Andalus. Walaupun beliau menghadapi kesukaran dan pelbagai rintangan hidup, namun beliau tetap mampu menghasilkan kitab yang berkaitan dengan pertanian dan ternakan. Baginya kitab mengenai pertanian ini penting bagi umat manusia.

Kitab pertanian yang dihasilkannya itu berjudul "al-Filahah" yang mengandungi 34 fasal atau bab. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pertanian dan penternakan.

Bahagian pertama menceritakan cara memilih tanah dan bagaimana untuk menyuburkannya, memilih baja, menyalurkan air dan cara menanam dan memilih benih pokok sama ada sesuai ditanam atau tidak.

Seterusnya beliau menerangkan cara menguruskan kebun bermula daripada kaedah memilih benih, jenis pokok yang boleh ditanam dan sesuai dengan tanah serta kawasan.

Beliau juga menunjukkan cara bagaimana untuk menyuntik pokok, mengahwinkan pokok, menyembuhkan penyakit pokok, serta cara menyimpan benih dan cara menyimpan buah-buahan yang kering atau basah.

Dalam bahagian kedua kitab "al-Filahah" pula, Ibnu Awwam menerangkan mengenai dunia penternakan haiwan. Pada bab ini beliau menerangkan bagaimana menternak haiwan dan merawatnya termasuk cara pembedahan yang patut dilakukan ke atas haiwan sekiranya dihinggapi penyakit.

Kitab Tersebut juga mempunyai satu bab khusus mengenai cara-cara memelihara kuda, termasuk pemakanan haiwan, dan rawatan yang harus diberikan. Selain itu beliau turut menerangkan cara bagaimana menunggang kuda, sama ada menunggang dengan membawa senjata atau tanpa senjata.

Ketinggian ilmu beliau dalam bidang penternakan tidak dapat dipertikaikan. Beliau turut menerangkan cara untuk memelihara unggas dengan sempurna dan baik malah beliau mampu mengulas secara terperinci.

Oleh kerana bukunya mengenai pertanian dan penternakan itu dianggap sangat berguna, maka ia telah diterjemahkan kepada beberapa bahasa antaranya bahasa Sepanyol (dicetak di Madrid-1802), Seville (1878) dan bahasa Perancis (dicetak di Paris 1865).

Dalam bidang tersebut, beliau telah mengkaji terlebih dahulu sebelum menghasilkan resolusi yang berkaitan dalam pertanian dan penternakan. Ibnu Awamm dianggap sebagai tokoh dan ilmuan yang sangat teliti dalam mengembangkan ilmu yang diketahuinya.

Beliau menulis bukan saja berdasarkan teori semata-mata tetapi berasaskan amalan yang dilakukannya terlebih dahulu dan mempraktikkannya.

Sekiranya sesuatu tumbuhan itu tidak sesuai di sesuatu kawasan, beliau akan menyenaraikan sebab yang terjadi dan menerangkan apa yang harus dilakukan seterusnya. Ini membuktikan bahawa beliau seorang tokoh yang bertanggungjawab dan jujur dalam mengembangkan ilmu pertanian.

Selain itu, Ibnu Awwam juga berjaya mencipta cara menghasilkan pelbagai jenis bunga yang berwarna-warni dan menghasilkan buah epal di luar musim. Kisah tokoh ilmuan ini telah menjadi kebanggaan umat Islam pada masa kini.

Hasil karya-karya beliau telah banyak diterjemahkan dalam pelbagai bahasa untuk rujukan terutama para petani dan peladang.

Dalam riwayatnya, beliau pernah berkata ; “Sesiapa yang menyemai semaian atau terlibat dalam pertanian, lalu hasilnya dimakan oleh manusia, burung atau haiwan maka ia adalah sedekah bagi dirinya.”

Sumber: Sini
Baca selanjutnya...

Menu Istimewa Untuk Isteri


Allah mentakdirkan aku dilahirkan di desa dan di kampung yang penuh dengan aneka citrawarnanya. Dari segi pakaian, makanan, adat, tingkahlaku dan sebagainya diambil kira dalam budaya kekampungan. Hari ini, aku nak sembang pasal makanan. Aku ni, alhamdulillah ada beberapa jenis makanan yang aku agak pakar dalam menyediakannya. Bukan nak berbangga, tapi sekadar nak bagitau.

Pagi tadi ini, sesudah pulang dari mengajar terus ke pasar. Tujuannya nak cari kerang tapi kerang dah habis dijual. Terpaksa la cari ideal baru. Terdetik dalam hati, takpelah masak sup daging ja la. Jadi aku pun beli la apa yang patut untuk masak sup daging. Resipi memasak sup daging aku dapat ilmu dari ayah aku yang memang selalu memasak ketika majlis kenduri di kampung.

Jadi sampai kat umah aku pun masak la sup daging ala kampung. Tengah hari ni memamg selera sangat-sangat la. Lebih-lebih lagi isteri aku yang memang suka sangat makan makanan yang aku masak walaupun hanya sekadar gulai telur. Bahagia sangat hati ini, bila dapat tolong isteri memasak.

Sekali sekala bagi la isteri dapat makan masakan aku.Lagipun dalam Islam, tanggungjawab menyediakan makanan untuk isteri adalah tanggungjawab suami. Sepakat fuqaha Hanafiah, Malikiah, Syafiiyyah dan Hanabillah bahawa menyediakan makanan untuk isteri adalah tanggungjawab suami. Jadi atas rasa tanggungjawab itulah aku selalu menyediakan makanan untuk isteriku yang tercinta. Sesungguhnya pengorbanan isteriku melahirkan anak untukku tak mampu ku balas. Tanda terima kasihku, dan sayangku pada isteriku, aku sajikan hari ini sup daging sebagai menu istimewa untuk isteri.
Baca selanjutnya...

Selamat Hari Pekerja 2010: Jadikanlah Pekerjaan Sebagai Ibadah


KERJA ADALAH IBADAH

Sesungguhnya setiap perbuatan yang dilakukan seorang muslim akan dianggap sebagai ibadah jika ia mematuhi garis panduan yang dikehendaki syarak. Namun kenapa masih ada komuniti pekerja yang memandang remeh mengenai kerja yang diusahakan dengan melakukan sambil lewa dan ala kadar. Salah satu punca yang dikenalpasti adalah kerana mereka menganggap kerja sebagai amalan rutin untuk mendapat upah atau hasil tanpa membabitkan perancangan, etika dan kualiti.

Kerja merupakan” kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah atau ganjaran”.Manakala ibadah bermaksud” kepatuhan dari ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadanya”. Apabila digabungkan ,ia bolehlah diertikan sebagai tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah.

Sesungguhnya bekerja amat dituntut oleh Islam bagi membolehkan umat manusia mendapat rezeki kurniaan Allah dan secara tidak langsung menjadi mekanisme memakmurkan muka bumi ini. Ini menepati penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Allah Taala berfirman dalam surah AtTaubah ayat 105 yang bermaksud:

“Katanakanlah(Wahai Muhammad):”Beramallah kamu(akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”

Segala tindakan dan kerja hendaklah berorientasikan kepada ciri-ciri serta nilai-nilai kerja sebagai amal soleh dan bersifat sepadu antara duniawi dan ukhrawi, rohani dan jasmani. Allah Taala berfirman dalam surah Al Jumaah ayat 10 yang bermaksud:

“Kemudian setelah selesai solat,maka bertebaranlah kamu di mukabumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak-banykanya(dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya(di dunia dan akhirat)

Sesuatu kerja itu dikategorikan sebagai ibadah apabila ia bekerja untuk:

1.Bekerja untuk keperluan diri

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Jika pergi sesorang di antara kamu pada tengahari untuk mengambil kayu bakar dibelakangnya, sehingga dia dapat bersedekah darinya dan mencegah daripada meminta-minta maka yang demikian adalah lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain sama ada diberi atau tidak kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah, mulailah daripada yang terdekat.”

2. Bekerja untuk keperluan keluarga.

Rasulullad S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Allah sangat cintakan kepada orang mu’min yang bekerja (Hadiht)”.

3. Bekerja untuk keperluan masyarakat

Umum mengetahui tidak semua manusia mempunyia kepakaran dalam semua bidang. Untuk itu kemahiran individu dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat yang diklasifikasikan sebagai tuntutan fardhu kifayah sebagai menepati firman Allah yang bermaksud: “Bertanyalah pada orang yang lebih tahu jika kamu tidak mengetahui.”

4. Bekerja untuk memakmurkan bumi Allah

Pekerjaan yang kita lakukan mempunyai hubungan kait yang rapat dengan unsur kehidupan manusia didunia selain memelihara segala nikmat Allah yang dikurniakan dimuka bumi ini.

Manakala cirri-ciri kerja itu, dianggap sebagai ibadah apabila memenuhi perkara berikut:-

a) Niat kerana Allah
b) Berteraskan Iman dan taqwa
c) Tidak meninggalkan yang wajib
d) Mendapat ganjaran dunia dan akhirat

Namum sesuatu kerja itu dianggap sebagai ibadah apabila :-

a) Pekerjaan itu mestilah perbuatan yang harus atau boleh dikerjakan menurut syara’
b) Pekerjaan yang disertakan dengan niat dan diredhai Allah
c) Pekerjaan yang dilaksanakan dengan tekun, cekap dan bersungguh-sungguh
d) Pekerjaan berasaskan prinsip syariah seperti amanah, adil dan bertanggungjawab
e) Menghasilkan kerja yang berkualiti

Apabila semua perkara di atas telah tercerna maka ia akan melahirkan beberapa implikasi berikut:-

a) Menerima 3 jenis balasan
1) Mendapat balasan dalambentuk material
2) Mendapat balasan dalam bentuk kepuasan
3) Mendapat pahala di akhirat kelak

b) Ia akan dirangsang dengan kuat untuk bekerja
c) Ia akan menjadi seorang proaktif berdisplin dan boleh dipercayai
d) Ia akan selalu berwaspada untuk mengelakkan diri dari sebarang kemungkaran termasuk perkara tidak bermoral
e) Ia menjadi pekerja yang berprestasi tinggi

Oleh itu, marilah kita bermuhasabah diri sempena merayakan sambutan Hari Pekerja yang jatuh pada 1 Mei setahun dengan sentiasa membetulkan niat apabila melangkah keluar rumah untuk bekerja bahawa semua kerja yang dilaksanakan kerana Allah Taala. Mudah-mudahan setiap pergerakan kita dari mula berdoa keluar rumah hingga kita pulang dikira sebagai ibadah dan amal soleh, rezeki yang diterima penuh keberkatan dan dapat menghindar diri dari bersifat culas dalam pekerjaaan kerana konsep ihsan yang menjadi pegangan hidup kita.

Disediakan Oleh:
Nordin bin Bayadi
Bahagian Dakwah, JAIS

Sumber: sini
Baca selanjutnya...